pang... kepak.. kepak... kepung... kepung... kepung...
sekarang pukul sepuluh setengah malam... dari kejauhan kedengaran bunyi kompang bergema memecahkan kesunyian kampung... bunyi itu semakin hampir... bunyi itu semakin kuat... perghhh... meriah betul jiran aku membuat kenduri kawin untuk anak perempuannya... selepas isyak tadi ada majlis berzanji... khemah empat buah... lembu dua ekor ditumbangkan... ramai orang yang akan memasak... ahli jawatankuasa kemas dan orang kampung akan menyediakan berkat... katerer untuk kenduri esok... malam ini masa majlis berzanji hidangan akan disediakan oleh orang kampung... esok pagi majlis nikah dan kemudian petangnya ada majlis persandingan pula... kemungkinan ketua menteri melaka akan turut hadir... kereta tetamu menjalar sehingga kehadapan rumah aku dan jiran-jiran yang lain... pergghhhh... meriah betul... ayah aku pun dah pergi tolong menyembelih tadi... seingat-ingat aku semenjak duduk di kampung ni... inilah pertama kali majlis kenduri perkahwinan yang meriah seantario kesang yang pernah diadakan... itu esok... hari ahad pula anak pakcik mat jan yang sebaya dengan bayeed pulak akan melangsungkan perkahwinan... alhamdulillah... aku doa'kan agar mereka akan bahagia sehingga ke anak cucu dan semoga makin bertambahlah umat Muhammad s.a.w. :-)
ayah aku dok mengayat aku semalam... nanti bila along kawin nanti ayah buat camtu nak? ceh... dak ayah ni... buat lawak la pulak... kata aku ;p ayah aku pun tensi sebab aku tak serius maka dia tak jadi nak ayat aku lebih-lebih... hehehe... commitment? ilek dulu beb...
selepas maghrib tadi aku pergi ke shopping centre nak cari jajan... mang aiii dak alfonso... dia pau aku abis-abisan... mementang la aku dah nak balik utara dah ni... nasib baik cukup duit dalam pouch tengkuk aku tu... kalau idak... harus aku jual lemak-lemak dak alfonso tu... hehehe... alahai faiz... jangan la tensi... kekeke... i lap u... hehehe...
okeh... aku nak layan survivor sekejap sebelum menyambung semula tugasan aku ni... aku harap boleh siap segala-galanya by sunday... isnin? alahai... tak payah la kau balik asrama dulu arifnya... ilek la... balik hari selasa la... heheh... bujukan devil ni... heheh... cherio!
No comments:
Post a Comment