Wednesday, January 17, 2007

don't walk... RUN!

It's not too late to wish Selamat Tahun Baru Masehi 2007 and the fact that Muharram is just around the corner - Selamat Tahun Baru Hijrah 1428!

Dah hampir dua tahun aku tidak menulis dengan kerap di SIGHNOMORE nih. Tidak mengapa, aku tidak gundah kerana aku ini bukannya blogger yang terkenal. Niat asal aku menulis pun hanya sebagai wadah ekspresi diri. Ada ke insan di luar sana yang kecewa kerana aku tidak selalu berkunjung di sini? Hmmm... I wonder...

Pejam celik pejam celik, dah hampir dua tahun juga mak meninggalkan kami dan dah hampir setahun ayah hidup ditemani makcik. Sejujurnya, aku gembira melihat ayah gembira dan sihat. Adik-adik aku pun dah stabil kehidupan mereka. Persoalannya, bagaimana aku?

Sad to say, aku masih campurtolak ditakuk yang sama. Hidup tanpa ada kerja tetap dan puas hati dengan kebebasan serta tanggungjawab aku terhadap beberapa kerat students yang ada di bawah jagaanku. Gembira? Sesuatu yang diragui. Tenang? Sesuatu yang abstrak. Mampu? Jauh sekali.

Namun apa yang pasti - dengan kedatangan 2007 dan 1428 ini, tekad aku hanya satu... berhenti dari menjadi "walking shadow"! It's about time for me to find comfort in being a solid form. Aku sudah letih menjadi bayang samada secara rela atau tidak. Aku mahu menjadi aku. Fikirkan hanya tentang aku. Aku. Aku. Aku.

Selfish? Tidak. Aku bukan manusia yang sebegitu. Aku cuma mahu merasai dan mengalami sendiri rasa menjadi objek utuh, bukan "bayang" seperti masa silamku. Semoga aku berjaya! May the Force be with me. Semoga Allah memberkati dan membantu aku di dalam perjalanan (perlarian?) baruku ini. Amin...