Kadang-kadang kita lupa. Lupa pada matlamat sebenar kehidupan insani. Lupa kepada asal kejadian kita. Lupa kepada sejarah yang telah mencorakkan kehidupan kita. Itu adalah lumrah manusia. Manusia selalu lupa. Manusia perlu sentiasa disentak dan diberi peringatan. Kealpaan selalu membuatkan manusia menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Nau'zubillah...
Petikan daripada...
Syair Perahu
~Hamzah Fansuri~
Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan
No comments:
Post a Comment