Kalau semuanya berjalan dengan lancar sahaja... tidaklah namanya sebuah kehidupan. Hidup seharusnya disulami dengan onak dan ranjau berduri. Seperti bila mana kita inginkan sekuntum ros, pasti ada duri-duri yang menghalang kita untuk memetik bunga tersebut. Tetapi dengan cara yang bijak kita pasti akan dapat memetik kuntuman bunga ros tersebut untuk kita berikan kepada insan yang tersayang. Well... ini hanya dari segi perbandingan sahaja. Aku kurang bersetuju di dalam perkara merosakkan alam sekitar ini. Bagi aku bunga-bungaan adalah indah sekiranya ia dibiarkan memekar di dalam habitatnya tersendiri. Tanpa ada tangan yang menyentuhnya... Tanpa ada gunting yang memisahkannya dari tangkainya... Tanpa ada tangan yang mahu mencabut kelopak-kelopak bunga tersebut lantas dijadikan sebagai kayu pengukur... sebagai tanda untuk pengiyaan atau penidakkan. Hmmm...
Aku sebenarnya amat gusar... Pagi tadi aku telah menerima satu berita buruk. Amat buruk sehingga aku merasa seperti satu tangan perkasa telah menampar hebat pipiku ini... seperti hatiku telah ditikam dengan berbilah pisau... seperti kurasakan dunia ini telah terhenti berputar... Kenapa kau berikan aku harapan yang palsu? Kenapa kau lontarkan aku ke arah harapan yang tidak pasti? Aku sememangnya phobia dengan harapan... tetapi aku telah terperangkap sekali lagi dengan sesuatu yang dinamakan harapan... sukar untuk aku bernafas di dalam perangkap ini... amat sukar...
Aku cuba untuk mengharunginya... namun... insan kerdil seperti aku... adakah aku mampu?
No comments:
Post a Comment