alhamdulillah... perjalanan yang bermula seawal 9 pagi tadi telah berakhir dengan selamat pada jam 6 petang... aku menaiki bas untuk pulang ke tanjung... maniobi ku tinggalkan di rumah... beliau sudah terlalu penat berkhidmat... lagipun aku juga amat tidak larat untuk memandu pulang... masa yang panjang di dalam bas ku habiskan dengan lena yang panjang... lena di dalam kegelisahan dan kepenatan... semalam aku sampai di melaka lewat petang... hanya sempat meluangkan masa bersama keluarga tercinta untuk seketika... subuh menjelang... aku terpaksa berkelana semua... berkelana ke wilayah utara...
malam ini... aku berasa sedikit gelisah... gelisah dengan apa yang bakal aku hadapi di dalam pertemuan dengan penyelia ku pada keesokan harinya... gelisah memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak pasti... sesungguhnya kehidupan ku ini adalah sesuatu yang tidak pasti... aku sendiri tidak pasti apa yang aku benar-benar mahukan di dalam hidup ku ini... adakah segalanya yang telah berlaku di dalam hidup ku ini cuma suatu persinggahan tempat di mana aku diuji dan diduga untuk suatu matlamat yang benar-benar tercipta untuk diriku? adakah apa yang aku alami sekarang merupakan kesudahan yang panjang buat diriku ini? adakah aku ini benar-benar pasti dengan segala ketidakpastian ini? selama mana boleh aku bertahan? adakah aku benar-benar kuat dan tabah? adakah aku benar-benar secerdik yang disangkakan? adakah aku mampu? siapakah aku sebenarnya?
tunjahan demi tunjahan... asakan demi asakan... segalanya bagaikan tombak menikam lumat jantung ku ini... perit... darah memercik membasahi bumi... diresap dek tanah kelabu... tanah ini tanahair ku... walaupun kelabu... di sini aku mesti berdiri... di sini aku mesti gagah... kerana... di sini segala-galanya bermula dan mungkin... di sini segala-galanya bakal berakhir... walau berpalit duka... walau berpalit sengsara... akhiran yang baik... akhiran yang penuh dengan seribu makna...
No comments:
Post a Comment