sixth sense?
khamis... aku rasa berat untuk pergi ke kl... boleh aje kalau aku lepaskan tanggungjawab aku menjemput mak dan alf kepada bayeed... but still... aku rasa berat...
jumaat... pinggang aku sengal-sengal dan aku rasa kurang selesa... boleh aje kalau aku pergi ke kl... tapi aku rasa aku perlu lepak sehari lagi di rumah... lagipun arif akan pulang pada malamnya... ayah pun tiada di rumah... apalah salahnya kiranya aku menaburkan khidmat menemani emak di rumah... jam 11 malam kami menerima panggilan daripada anak mak long mengatakan sepupu rapat kami anak uteh telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana kemalangan motor... tiada lelaki di rumah... emak tak benarkan aku memandu di malam hari... kami berniat... esok sahajalah kami pergi melawat...
dinihari... aku rasa resah... emosi aku tak menentu... mood aku kurang baik kerana mendapat email yang sungguh merunsingkan hati... aku cuba untuk tidur... memang aku payah nak lelap... aku termenung dan berkira-kira untuk ke kl seawal jam 7.30 pagi... ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan...
jam 7.30 pagi... telefon rumah kerap berdering... uiks... kenapa rumah aku hotline tiba-tiba ni?
innalillahiwainnailaihirajiuun... sepupuku telah kembali ke rahmatullah... aku terkedu... angah dan suami dengan segera bertolak dari jb pulang ke rumah... sofea masih lena... mak kata tak apa sekiranya aku ke kl... aku ada urusan... aku ada janji... di dalam hati aku pasti akan rasa amat bersalah sekiranya aku tidak melawat uteh sekeluarga... uteh memang sungguh rapat dengan ayah dan kami sekeluarga... ayah pula tiada di rumah... aruah adalah anak lelaki tunggal mereka... anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa...
aku hantar beberapa sms... keadaan aku difahami... alhamdulillah... syukur aku mendapat sahabat-sahabat yang sedemikian... apabila angah sampai kami sekeluarga balik kampung... kami sama-sama menyusul dengan ketibaan jenazah dari hospital... alhamdulillah... kami belum terlambat... rumah uteh dibanjiri orang-orang kampung, sanak saudara dekat dan jauh serta rakan taulan aruah... empat orang pensyarah aruah dari uitm shah alam pun turut turun... inilah pertama kali aku menghadiri majlis pengebumian... terasa berdebar juga... teringat aku kali terakhir aku jumpa dengan aruah... dua bulan lepas... semasa majlis pernikahan kakaknya...
sanak saudara mengesat air mata... suasana hening sepi dan syahdu menyelubungi seluruh ruang... jenazah aruah terbujur kaku... hati aku sebak...
sesungguhnya... mati itu adalah wajib... hanya kita yang tidak tahu bila dan bagaimana ruh kita akan ditarik oleh Allah... aruah meninggal di dalam usia yang sungguh muda... motosikal yang dipacunya dirempuh oleh sebuah kereta yang pancit secara tiba-tiba... post mortem terpaksa dilakukan kerana ianya adalah kes polis...
pada ketika ini ayah dan emak dalam perjalanan ke kampung... ayah baru sahaja pulang dari kelantan... dan aku... aku sememangnya tidak pandai berbicara di dalam suasana yang penuh keharuan ini... lebih baik aku diam... muhasabah diri... dan... perbanyakkan sedekah buat aruah...
semoga ruh aruah tenang di bawah peliharaanNya...
al-Fatihah
No comments:
Post a Comment