Saturday, August 02, 2003

rindu sama aku?

don't worry... aku pun merindui diriku yang sebenar... rindu pada cyberspace... rindu pada awang kenit... rindu pada space aku... rindu pada kenyenyakan tidur malam... rindu pada katil di jasin... rindu pada breakfast yang mak buat... rindu pada bulan... rindu pada bintang... rindu pada tiupan angin... rindu pada ruang angkasa yang luas... rindu pada kebebasan... rindu pada ketenangan... rindu... rindu... rindu... sangat sangat rindu pada sighnomore...

walaupun aku pernah tak masukkan entry selama seminggu tapi kali ini berlainan benar rasanya... rasa seperti ada racun yang sedang merebak di dalam diri pun ada... rasa seperti urat kentut nak putus pun ada... rasa seperti nak pengsan buat selama-lamanya pun ada... nih la dia antara akibat tak dapat nak releasekan tensi atau lawak bodoh atau rutin harian yang boring atau apa-apa sahaja di dalam sighnomore ni... siapa kata blogging isn't dangerous and addictive... sifoo dear, scooby doo bi doo where are you? terasa tempted tak macam nak disown ajek anak didik kau ni? hehehe...

erk... sebelum tepek-tepekan aku nak ucap terima kasih bebanyak pada es... es, terima kasih bebanyak ek sebab pinjamkan line kau ni... kau telah berjaya memberikan CPR kepada salah seorang (i'm not alone, am i?) mangsa cyber cruelty... you are my saviour... my heroin... afundi es!

oleh itu... nih dia offline entries yang sempat aku letuskan sebelum aku jumpa internet connection ni... meh aku just tepekkan sahaja... memang lama giler adingdong aku tak berinternet ni... ni pun ha... sambil nyelam minum air... memang sungguh sarat mailboxes aku ni... fuhhh... tak larat... tak larat...

-------------------------------------------------------------------------------------

Monday July 28th 2003 11.08 p.m.

sebabkan aku tak dapat nak cari line tepon maka terpaksalah aku offline ;p

hari ni aku terasa sungguh pentan... sejak semalam perasaan aku sememangnya bercampur baur... aku sendiri sungguh keliru... beyond words... sepatutnya aku perlu rasa gembira sebab aku dapat kerja di selangor which means aku dapat sedikit duit poket dan juga aku akan dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang sungguh ramai di daerah tengah ini... tetapi sebaliknya berlaku...

malam semalam adik aku sudah puas taruh dan kemudiannya memujuk aku... hampir saja aku cabut lari dan pulang semula ke melaka... aku bukan freaked out.. aku bukan takut... cuma... aku rasa sungguh sedih dan out of place... aku geram sebab tak dapat menguasai perasaan yang bukan-bukan sebegini... alahai... mummy... mummy... what has happened to you?

anyway... hari ni hari pertama aku bekerja... aku ditugaskan mengajar literature bagi dua kumpulan pra degree... twenty something students each... lama sungguh aku bercuti daripada berdepan dengan murid-murid... terasa kekok jugak untuk berceloteh... hehehe... tak apa... aku cuba... aku tahu momentum tersebut akan sampai dalam dua tiga hari ini... niat aku mengajar disamping untuk membantu anak-anak muda ini agar celik dan cinta sastera ada banyak lagi sebab-sebab lain cuma aku rasa tak payah la aku sebut takut-takut kata-kata aku might kill... biarlah aku simpan sensorang dan Dia saja yang tahu... lagipun kerja ni mak dan ayah yang suruh aku terima... fullstop... aku takmo derhaka... bagi aku monetary gain belakang kira... memang aku semekin makan semekut tapi... aku tak happy tak apa asalkan orang yang aku kasihi happy... that is such a major reward for me... biar aku terkorban asalkan orang yang aku care gembira...

dila selalu marah aku... dila kata aku ni high taste dan ego aku terlalu tinggi... aku tak berapa gemar orang tolong aku... aku tak mahu orang bersusah-susah sebab aku... tapi kalau aku... aku mesti nak all out tolong orang... sekiranya aku tak dapat tunaikan permintaan orang memang aku akan rasa pentan tepoten poten macam nak mampos... dila nasihatkan aku supaya kurangkan sedikit sifat perfectionist aku... else... sampai bila-bila aku tak akan rasa gembira dan bebas... kerja aku yang tak siap-siap ni pun sebab aku terlalu strive to be the best and the most perfect ever... itu kata dila... erk... kata aku? aku perfectionist? hahaha... kelako seh... sudah la dila... mana ada... i am full of all the weaknesses ever existed in this whole wide world :-(

to come back to my new bunch of students... these kids are okay walaupun sesetengah daripada mereka ada membuatkan aku sedikit rasa nak belasah mereka... hehehe... payah juga anak-anak muda sekarang... perlu diajar tatatertib dan ilmu sopan santun bila berkomunikasi dengan orang yang lebih berumur daripada mereka... tapi itulah dia tugas sebenar seorang pendidik... untuk mendidik... dan bukannya asyik nak condemn para pelajar sahaja... pelajar jahat la... pelajar bodoh la... pelajar itu... pelajar ini... mereka ni selalunya adalah manusia-manusia confuse... teenagers la katakan... those yang berada di dalam waktu mengenali diri sendiri... erk... look who's talking... tapi itu la... sedangkan aku yang dah tua ni pun masih keliru apatah lagi bebudak rumaja tuh... aku faham kerana aku pun masih seorang pelajar... kita semua adalah pelajar... walaupun dari segi statusnya aku adalah pengajar yang pelajar namun aku belum lupa akan rasa itu...aku dapat rasakan apa yang mereka rasa... hmmm... aku harap di dalam masa yang singkat ini aku dapat sama-sama mengongsi rasa dan sama-sama berbincang mengenai kehidupan melalui the selected canons dalam module mereka ni... semoga ilmu literature yang aku ada dapat aku kongsi dengan mereka serta membantu mereka membentuk jatidiri sebagai seorang insan yang prihatin dan berdisiplin... fuyyooo... bombastic tuh... hehehe... amin...

hari ni aku hanya buat sesi ta'aruf dan penulisan mengenai sejauh mana pemahaman mereka mengenai literature ni... sudah menjadi tabiat aku untuk mengenali anak-anak murid yang baru pertama kali aku jumpa melalui tulisan dan gaya penulisan mereka... so far... their english is good and they can express themselves very well in writings... alhamdulillah... esok mereka ada quiz one... boss aku dah siapkan kertas kuiz untuk mereka-mereka ni... erk... 8 pagi! oh tidakkkk... aku kena pergi awal! aku kena tidur awal!

fine... cecukuplah cerita tentang hari pertama aku bekerja ni... aku pun malas nak lebih-lebih bercerita tentang kerja aku ni... i have a bigger problem that needs urgent attention... masalah utama yang masih belum selesai... tanggungjawab utama yang perlu aku laksanakan secepat mungkin... pulau sudah memanggil-manggil aku pulang... aku rasa sungguh stressed out... aku perlukan masa aku... masa aku telah tercuri... arghhhh... aku makin keliru... makin kusut...

sebenarnya kat sini ada satu perenggan yang cukup power bermakna buat diri aku dan mungkin terlalu blues tetapi aku terpaksa omit di atas sebab-sebab keselamatan mental dan emosi serta untuk menghindari terbitnya fitnah daripada mereka-mereka yang belum bersedia untuk memahami bait-bait tutur kata aku... tooo bad... takpelah... bukannya sekali dua aku makan dalam... dah banyak sangat dah sehingga terasa kebas la pulak... hehe...

arrrgghhh... pusing sungguh mindaku ini... mungkin aku dah letih menjadi bayang... mungkin? bukan mungkin... kini... aku pasti... ya... pasti!

ya Allah... berikanlah aku kekuatan di dalam menghadapi dugaan-dugaanMu ini... amin...

No comments: