Tuesday, July 15, 2003

aku dan spital

pagi-pagi sepe'ie aku sudah bangun... konon... jam enam mak kejutkan aku... mak mengintai aku dari ruangan pintu yang dibuka kecil... aku mengeliat gajah di atas katil... deria penglihatan masih gelap... deria pendengaran baru nak warming up...

"faiz, kau tolong connectkan wayar tepon ni semula..."
"ni mak la yang kejutkan kau bukannya faiz."
"setengah jam lagi ek mak..."

gelap...

"long! bangun la... dah nam setengah ni... mak tanya... kau nak mandi dulu ke atau mak mandi dulu?"
"biar mak mandi dulu la..."
"bangun la long... pergi spital la oiii..."
"lepas mak mandi kau kejutkan along ek..."

iskh la... aku debik dak alf ni karang... berkicau la pulak di pagi hari... gelap...

"long! dah pukul tujuh ni... bangun la..."
"iyolah..."

aku bangun dan duduk separa bersila di atas katil... satu kaki dijuntaikan ke bawah... 'tuning' 10 minit... arramak! kacau 'tuning' tul la pundi kencing aku ni... aku bangun dengan penuh kemamaian dan kepisatan bersiap siaga untuk ke bilik air... ayah ketuk pintu...

"nah 50 inggit duit spital... kau beli la tiket kau tu sekali... cukup tak?"
"cukup... makasih yah..."

aku tersenyum sendirian... betul apa kata orang tua-tua... rezeki masuk waktu pagi... syukur alhamdulillah... hehehe...

gebak gebush... dush... gebush... brrrrrrr....

appointment jam 9... jam 8.30 baru aku nak panaskan enjin... nasib aaa... erk... aku lalala memandu ke ayer keroh... singgah sebentar di petronas bemban bagi maniobi breakfast petrol tarik kaw... sampai jam 9... punctual tuhhh... carik parking 15 minit... 9.30 baru tepoten-poten serahkan kad kuning 'date' dengan doktor dalam bakul misi di meja pendaftaran... sistematik gak spital melaka ni... ada banyak bakul kat situ... bakul 'date' pukul 9 - 9.30, bakul 'date' pukul 10 - 10.30, bakul 'date' pukul 11 - 11.30 dan juga bakul 'tiada temujanji'... okay o&g clinic spital melaka ni... okayyyy... beberapa minit kemudian nama aku dipanggil... dengan microphone... glamour tuh... semua orang kat ruang legar tu tahu nama aku... hehe... ooo... amik identification number rupa-rupanya... 1071... kemudian nurse kat situ timbang berat aku (pergghhh... tang ni aku malas nak komen... dah lama aku tak amik berat badan... ceh... makin bulun rupa-rupanya aku ni... ceh)... kemudian nurse sedaya upaya nak amik aku punya bp tapi tidak berjaya... hahaha... urat dawai tulang bosi... hahaha... kemudian tunggu lagi... mata aku sentiasa mencampakkan pandangan ke papan nombor elektronik di ruang legar dengan harapan 1071 akan muncul... erk... nama aku dipanggil sekali lagi... aku glamour dua kali... ohhh... bayar 5 inggit... okie tokie... no problem... huh... kiranya aku ada surat student sure free yedak... aku tunggu lagi... jam menunjukkan 10.13 pagi... pantas gak dema ni buat kerja... 1071... 1071... 1071... aku meratib nombor itu dengan penuh harapan...

nota: awas! perenggan di bawah ni ada sedikit unsur-unsur 18SX or even ganas... 30SX... ulp...

opocot! nama aku dipanggil lagi! aku glamour buat kali yang ketiga... lerrr... rupa-rupanya aku ni telah dipilih sebagai patient bertuah... aku sungguh bertuah... aku telah terpilih untuk mengikuti sesi pendidikan kaum wanita... aku dan 6 orang lagi patients di situ... indeed... aku memang kena be patient... hahaha... seorang misi membawa kami ke sebuah bilik seminar yang sejut lagi best... aku sedikit tepoten-poten mengekori dari belakang... selepas menanyakan umur dan status perkahwinan kami misi tu pun memulakan sidang mengajarnya... misi tu dengan cara percakapan yang sungguh melaka dan selamba bercerita tentang pil perancang, payung rahim (iud ka namanya... lupa plak) dan kondom... siap tanya siapa kat situ yang tak pernah tengok kondom secara live... hahaha... ada la seorang orang yang peghak tu angkat tangan... dengan sedikit blushing tepoten poten orang tu kata, "saya kondom real tu tak pernah tengok tapi kotak kondom tuh selalu gak saya tengok kat 7-Eleven dan kat Guardian..." (di dalam hati aku menyampuk, "huh... kat midvalley pun ada kedai khas jual kondom... ada pelbagai perasa lagik tuh") huk eleh... apa-apa hal pun... memang ternyata orang itu sungguh pentan... innocent konon... piiiiiiiiirahhhh! hahaha...

misi pun kemudian meneruskan cerita tentang kanser payudara, bagaimana nak semak payudara monthly, kanser servik, pap smear dan juga cara-cara untuk menjalani kehidupan sihat... aku asyik kena sakat ajek... misi kata, "tak apa... anak dara tak perlu malu... anggap ini satu ilmu... nanti dah kawin nanti senang dah faham." dushum!! misi yada yada yada lagi bercerita dan kemudian kata, "haaa... orang bujang memang tak faham lagi tentang ni... dengar aje la dulu yek." double dushum!!! aku memang rasa macam nak sangat-sangat wachaa laserkan misi tu dengan sinaran maut ultraman taro ajek... iskh la... tensen aku... mementang la aku sorang jek yang masih belum kawin dan yang paling muda kat situ... lauk aku misi tu kenakan aku... para patients yang bertuah lain pun dok sesengih ajek tengok aku tepoten poten... diaorang pun tama... banyak sangat intimate questions... kot ya pun man man aaa... tanya kat doktor atau misi personally tak bleh ke? (sedut nafas dalam-dalam) takpe... aku cool... aku senyum jek sepanjang ceramah tu... tapi most of the time lebih banyak tersipu-sipu daripada senyum... hehehe...

abis ceramah dalam jam 10.50... tak lama... lebih kurang setengah jam ajek... tetapi setengah jam yang sungguh menyeksakan kalbu aku... aku okay dengar ceramah ni tetapi yang aku tak okay tu bila asyik kena sakat ajek tu... iskh la... very the melaka la mereka-mereka ni... verbal dan selamba... anyway... kami yang the selected few ni macam cargas ajek tarus dapat jumpa doktor... special treatment la konon... hehe... aku dipanggil untuk lengkapkan kad rekod perubatan... first gynea visit la katakan... kemudian dengan pantas aku dipanggil untuk jumpa dengan specialist kat situ... oraittt... okay gak dengar ceramah ni... walaupun telinga panas tapi segala-galanya smooth dan pantas... tak payah tunggu nombor dipanggil... so... aku pun pergilah jumpa gynea tu... fatherly orangnya... muka macam melayu tetapi serani melaka rupa-rupanya... ni adik ipar aku la yang khabaq... gynea tu suruh aku scan dulu...

"okie tokie... seccan kat bilik 10 ye doc?"

"yup! scan... seccan over there kay?"

"oraits!"

namun... bumi mana yang tidak ditimpa kemarau (bagi aku hujan tu rahmat tapi dalam hal ni... erk... kemarau lebih sesuai kot...)

aku ketuk pintu bilik 10... serahkan rekod perubatan yang gynea tu bagi kat aku pada misi dalam bilik 10... tunggu kat luar... tak sampai tiga minit aku dipanggil masuk... misi suruh aku ke satu compartment... kat situ ada seorang mamat muda yang rupanya ada iras rushdie ramli sedang membelek surat khabar the star... dia duduk membelakangkan sebuah katil... dihadapannya ada dua monitor kecik... misi suruh aku duduk atas katil... aku rasa suspen sket... teringat cerita juana dan apa yang terjadi pada juana on her first visit to obs&gyn... iskh la aku ni... cepat terpengaruh dengan telenovella... hehehe...

aku panjat katil tu... aku duduk diam-diam sambil menghayunkan kaki aku... of course the bed was very high... kena panjat bongkah kayu kecil nak panjat katil tu... tiba-tiba mamat tu melirikkan pandangannya over his shoulders kat aku dan barked kat aku dengan sungguh sarcastic sekali...

"ha... baring la... takkan awak nak saya baringkan awak pulak!"

dang! aku terkujat dengan such harsh and rude remark... apalagi... dengan pantas angin aku datang... erk... angin aku semalam belum berapa reda... just waiting for the right moment aje nak di'reawaken' semula... apalagi... aku pun balas la dengan segala tiupan hangin satu badan...

"helloooo... excuse me! this is my first time seeing a gynea okay! i really don't know what's the routine okay!"

terdiam mamat tu bila aku snapped back at him... air yang tenang jangan disangka tiada buaya... misi yang assist aku tu nampak sedikit saspen... tarus dia assist aku with the all the particulars... misi suruh aku duduk... aku duduk la... kalau misi suruh aku baring... aku baring la... pekak apo mamat tu tak dengar yang misi suruh aku duduk atas katil... aku jeling mamat tu masa dia tengah scan perut aku... muka dia mengadap monitor... tangan dia ajek yang dok terpusing ke belakang olek-olekkan benda macam anak lesung atas perut aku... dia nampak tensi dan marah...

----------

"takde apa-apa," pendek aje mamat tu kata kat aku.

"are you sure there's nothing even at the walls," aku tanya dengan tegas.

"tak ada."

"betul ke tak ada?" memang aku nampak dalam perut aku clear tak ada apa-apa tapi saja aje aku nak conform dan uji test mamat tu.

"clear."

"okay fine," aku bingkas bangun walaupun misi sedang sibuk membersihkan gel kat perut aku dan tuck-in semula t-shirt aku. aku tunggu mamat tu isikan kad rekod aku.

"you pergi kaunter buat appointment lain," dia bagi aku kad rekod tu tanpa memandang muka aku. geram agaknya kat aku. aku pun blah begitu sahaja. orang berbudi kita berbahasa... tapi disebabkan dia biadap ngan aku maka sorry... doktor tak doktor... aku pun tak ingin nak ucapkan terima kasih kat dia...

----------

on the way to the counter, aku belek-belek la apa yang dia tulis dan siapa namanya... huh... a doctor rupa-rupanya... ada pelajaran tapi tiada adab... aku ingatkan pekerja am mana ntah... patut la dia tensen sangat dengan aku... aku telah mencalarkan egonya di hadapan misi dia tu... served him right! aku jadi confuse gila babas... kenapa aku kena buat appoinment lain? kenapa tak settle ajek semuanya hari ni? aku tak perlu jumpa ngan gynea semula ke? dah la angin aku masih sepoi-sepoi... aku jadi weng sekejap... aku malas nak fikir... mood aku dah dirosakkan... aku terus aje masukkan kad rekod tu di dalam bakul 'next appointment'... aku tunggu... dalam 5 minit aku menunggu tu aku nampak that mamat keluar dari bilik 10 dengan muka tensen dan pergi ntah ke mana ntah.... beberapa ketika kemudian aku dipanggil oleh misi kaunter... glamour lagi? tidak... aku dah tak rasa glamour lagi dah... kali ni aku hayunkan langkah longlai ke kaunter... aku rasa tensen sebab ternampak muka mamat tu sekali lagi...

"adik, adik dah jumpa gynea belum?"

"gynea suruh saya scan... saya dah scan dah tapi orang yang dalam bilik scan tu kata saya kena hantar rekod ni ke kaunter dan buat appointment lain."

"laa... kesian adik... buat apa nak buat appointment lain... sekali datang ni terus aje habiskan semua... lama la kena tunggu kalau nak buat appointment lain... lagipun gynea belum jumpa adik ni... gynea kena jumpa adik dulu kemudian dia yang akan tentukan appointment adik."

aku terpoten-poten buat muka welfare.

"nah! adik amik kad ni... terus aje masuk bilik nombor satu tu."

"tak payah tunggu nombor ke kak?"

"tak payah... adik terus aje."

aku hayunkan langkah ke bilik 1... bilik gynea fatherly tadi tu... aku mendidih... dalam hati aku berbakul-bakul *&%#$@ aku campakkan buat mamat tuh... dia kenakan aku rupa-rupanya... hampeh... ada jugak doktor yang pendendam begini... hey! salah ke aku untuk berasa marah kat dia?

aku serahkan kad rekod aku pada misi yang ada dalam bilik tu... misi suruh aku tunggu di luar... tapi sebelum sempat aku keluar aku nampak gynea tu menjengukkan kepalanya di muka pintu... "you want to see me?"... angguk... "come in"... mang la aiii... punya la ramai freshman dalam bilik tu... ada 2 orang di dalam bilik gynea tu... bilik sebelah dibuka dindingnya dan ada lagi 3 orang lagi kat situ... setiap freshman ada patient masing-masing... ooo... rupa-rupanya gynea ni sedang memantau anak-anak murid dia dari manipal college... i considered myself lucky sebab dapat dengan gynea tu sendrik... kalau dapat freshman sure boring... hehehe... mereka ni curious terlebih... banyak tanya dan ada tu yang sedikit rigid tak tahu communicate dengan pesakit... camana aku tau? aku kan pernah kerja dengan specialists, doktors dan bebudak medic ni dulu... ada la pengalaman tu sesikit... anyway... aku ngan this fatherly fella dok rancak bersembang... yada... yada... yada... lama gak... ni dia snippets conversation kami...

----------

gynea: (menguap... hmmm?) let's see what has happened to you...

aku: doctor, i ada penyakit kronik ke? kanser ke? or... i dah menopause?

gynea: menopause? orang muda macam you ni takkan menopause...malah... boleh tahan lama lagi... you takde apa-apa... cuma hormonal imbalance aje... (gelak-gelak kecil)

aku: (buat muka pentan) tapi i tak puas hati la doctor... dalam scan tu tak ada apa-apa... clear ajek... heran tul... it has been quite sometime tapi kat dinding tu pun tak ada apa-apa...

gynea: you nak ada apa-apa ke? you are still single kan?

aku: hehehe... oppppsss... okay.. okay... i tak nak ada apa-apa la... clear is great! (aku sengih kat doktor tu)

gynea: we can get for you some further check-ups... kalau you nak la... dan kami boleh bagi you pills... pun kalau you nak... tapi i don't think you have physical internal problems... (pause sekejap) you belajar lagi kan? recently, you ada banyak stress dan banyak fikir tak?

aku: stress? (aku gelak) ntah... tak sure la doctor... maybe yes... maybe no...

gynea: our hormones memang mudah dipengaruhi oleh our psychology... (dia pun berceritalah dengan panjang lebar tentang hubung kait antara hormones dan psychology... terasa macam jumpa psychiatrist la pulak...)

--------

gynea: you nak ubat tak?

aku: frankly... i don't believe in drugs especially hormone pills tapi boleh la kot... sebagai buah tangan... (aku cuba buat lawak)

gynea: okay la... i prescribe untuk you la sedikit hormone pills... up to you whether you want to take it or not...

aku: okie

gynea: you nak jumpa dietician tak? dapatkan nasihat pemakanan...

aku: what do you think doc?

gynea: kalau you ada masa pergi la jumpa dietician... meh i buatkan surat untuk you...

aku: okay gak tu...

gynea: (gelak) i ingat i pun kena jumpa dietician... i nak reduce my weight...

aku: (gelak jugak) hmmm... tapi you sihat aper...

gynea: eh... i memang dah lama terasa nak jenguk dietician tuh... jom pergi sesama?

aku: (gelak dan gelak ajek tengok gynea tuh buat lawak)

gynea: you tau tak... kebanyakkan yang datang sini dan sakit bukannya orang gemuk tapi those skinny ones... tengok i... i gemuk dan kurang exercise... masih okay dan sihat...

aku: doctor... you tu lelaki... perempuan ni bila overweight sikit... bila makan lebih sikit... bila tak exercise sikit... mulalah macam-macam penyakit yang datang... hormones hanky panky la... ammerrhoic (blasah je ejaan ni) la... boring aje... pergi marie france kuruskan badan pun tak guna jugak... buat habis duit aje... lepas treatment kalau malas nak pantang... naik jugak badan tuh... double naik lagi... (aku pulak yang membebel)

gynea: (chuckled) you kalau nak hormones you back to normal secara natural... you jangan bagi diri you stress dan fikir yang bukan bukan... enjoy your life... be happy... you are still young dear... exercise sket... (sambil rubbing his 'outstanding' belly... cute jek) makan berpada-pada... (pause) so... do you want to see me again?

aku: should i?

gynea: tak payah la... but feel free to drop by anytime okay! (smile)

aku: sure! (he handed me the record card and the dietician letter)

aku: dah sudah ke doctor?

gynea: dah...

aku: okay then... thank you very much... bye! (bangun dan buka pintu)

gynea: hey! nice outfit... cool... you nampak sungguh hip hop (smile)

aku: (kembang) thanks doc... cool always! (aku lambai la kat dia with a wide grin)

----------

mana perginya angin aku tadi? lerrr.. dah hilang dah... mood aku ceria semula... what a cool doctor! aku cakap kat misi kaunter kata aku tak ada appointment dan akan datang when necessary... dia bagi balik kad kuning aku... aku pergi dietician unit... clinic hours dah habis... fine... aku memang tak boleh nak fix any appointment sebab schedule aku sedikit havoc for the next few weeks... jumpa anak kepada member ayah aku yang bekerja kat situ... erk... dia kenal aku tapi aku jek yang tak berapa kenal dia... hampeh aku ni... hehehe... kemudian... aku lalalalala pergi melawat 'john' sebelum balik... hahaha... beli air dan burger... lapar sehhh... aku tak sempat breakfast properly pagi tadik and it was already 12.45 p.m.... kemudian ke melaka beli tiket bas... aku nak ke mana ya? jeng... jeng... jeng... hahaha... kemudian balik jasin jemput mak ngan faiz... kemudian amik photostated materials aku... siput tul la pulak kedai photostat tu... hantar hari khamis lepas... semalam lewat petang baru siap... ceh... kemudian balik rumah... hujan lebat... bilik aku sejut... dan zzzzzzzzzzzzzzzz...

okay la... dah panjang bonar aku bercerita ni... aku pun dah rasa lapar balik... alf ada masak bubur kacang durian sebagai minum petang dish... uishhh... kecur la pulak nak merasanya... aku nak bagi dia sejuk dulu... baru beshh... sebelum aku blah... meh aku lakarkan pengajaran dan kesimpulan daripada apa yang berlaku pada hari ini:

1. pakar perubatan yang sebenar-sebenar pakar adalah mereka yang pakar tentang ilmu perubatan dan juga ilmu kemanusiaan...

2. doctor (erk... adik ipar aku kata mamat tu medical officer dan nurses kat situ memang tak berapa suka ngan dia... attitude problem... patut laaa) yang biadap haruslah disentakkan semula ke bumi nyata... doktor tiada kuasa menyembuhkan... yang berkuasa hanyalah Allah... jumpa doktor hanyalah salah satu daripada jalan ikhtiar...

3. kesakitan yang Allah bagi adalah ujian buat hambaNya... mungkin tiada dalil scientific untuk sesuatu penyakit itu... maka... hendaklah kita selam dalam-dalam ke dalam jiwa dan muhasabah diri sendiri...

4. hospital melaka versi pink ternyata sudah makin mantap berbanding dengan hospital melaka versi... erk... versi apa yek... ala... versi dulu la...

5. doctors mungkin suka menguap sebab mereka malam-malam mungkin kena berjaga on-call... :p


erk... banyak lagi pengajaran yang lain tapi cecukuplah ni... senak perut blog aku ni... hehehe... roger and salmah!

No comments: