semalam sepanjang hari aku lepak di rumah hes mendobi baju... adik aku tidak sihat dan berikutan itu aku terpaksa memanjangkan lawatan sosial aku di kuala lumpur ini... malam semalam aku tidur di rumah members di sungai pusu... perghh... sungai pusu is the best! liat betul nak bangun pagi... kawasan rumah yang sejuk diliputi kabus tebal dan kawasan kampung yang damai membuatkan segala-galanya damai... tadi aku telah meninggalkan rumah itu dengan satu azam yang aku pasti kembali... hehehe... seronok menumpang lepak di rumah orang bujang ni... hampir tengahari baru aku dapat kekuatan untuk mengemaskan diri dan pergi ke rumah hes semula... bosan mahu menonton rosalinda dan betty sensorang nih... hehehe... terima kasih tak terhingga sue, q, mid, maria dan echah... semoga rezeki kalian akan diperlimpahkan olehNya...
malam ini aku tidur di rumah hes... sengaja tidak mahu squat di uia... memberi peluang pada adikku berehat sepenuhnya sebelum menjalani diagnosis di ampang puteri esok pagi... sepanjang aku di sini pelbagai berita telah ku terima... sedih... melancholic happiness... aku harap anak kepada sahabatku akan pulih dari demam kuatnya secepat mungkin... risau juga aku kerana sekarang ini musim demam denggi di kawasan selangor ini... get well soon si comel... kepada sahabatku yang akan melangsungkan walimatulu'rus pada 19 januari ini... tahniah! masih belum ada ucapan lain yang mahu terlahir dari bibir ini... masih terkesima walaupun sudah diketahui hakikatnya...
perghhh... kenapa aku terasa laras bahasa aku malam ini puitis semacam? hehehe... baiklah... aku mahu tidur awal malam ini... esok kena berada di hospital seawal 9 pagi... :-p
may the walking shadow stops walking for awhile...
No comments:
Post a Comment