Tuesday, January 21, 2003

alhamdulillah… aku kini berada di rumah… semalam selepas menonton betty di tj aku telah pulang ke teratak ini dengan pantas… seronoknya dapat berguling di atas katilku sendiri… seronoknya dapat duduk mengadap komputerku semula… dan yang paling menyeronokkan adalah apabila ku kucup tangan mak dan ayah… terkesima aku sebentar melihat wajah mereka yang kelihatan lebih tua sedikit dari kelmarin… aku faham… amat faham derita yang sedang ditanggung oleh emak dan ayah… aku hanya mampu berdoa buat mereka… sesungguhnya emak dan ayah adalah dua insan yang mempunyai kesabaran yang amat tinggi… aku kagum… sungguh kagum dengan kasih emak dan ayah… adakah aku mampu untuk membalasnya habis-habisan?

pengembaraan aku di kl berakhir semalam… hujung minggu di kl adalah sungguh bermakna… pada hari jumaat lepas setelah aku menampal offline entry di wajahmu ini aku dan miot telah membuat kunjungan ke rumah guru kami… alhamdulillah… segalanya berjalan dengan lancar dan kami kemudiannya telah berjumpa dengan ayla di taman samudera untuk mengucapkan selamat… semoga engkau memperolehi haji mabrur sahabatku… pada malamnya kami menumpang tidur di shah alam… alahai… comelnya adri junior… hehehe… ais!

sabtu tengahari aku melepak di tj… kekeke… sungguh comel siti dan hahim membuka hadiah-hadiah mereka… aku tidur di tj malam itu… pengalaman gelabah apabila kunci maniobi tertinggal di dalamnya... terima kasih labee the crime scene investigator... hehehe... ahad… aku dan zura dan hahim makan tengahari di ts… pada pukul 3.30 petang… kami beramai-ramai menyerbu ayla di taman samudera… (jalan ke batu caves terbukti sesak!) menziarah buat kali terakhir sebelum mereka bertolak ke kelana jaya pada malam itu… pakcik, makcik, ayla dan nurul… mereka berempat akan mengerjakan haji dan pulang semula ke tanahair pada bulan mac… aku gembira dan bersyukur… ayla amat beruntung kerana dipanggil ke mekah pada usia yang sungguh muda ketika badan masih kuat dan sihat… aku? insya-Allah… ada rezeki akan pergi jua pada satu hari nanti…

malam ahad itu aku tidur di rumah es… sebenarnya aku masih lepak di kl kerana aku ingat aku akan pergi ke seminar sehari di ukm pada hari ahad tersebut tetapi banyak pula perkara lain yang berlaku dan aku telah membatalkan pemergian aku ke ukm… rugi tapi tidak rugi… hehehe… maafkan aku apeng kerana tidak dapat ke muo... dan tahniah sekali lagi... pagi-pagi sepeie isnin aku telah pergi ke gombak semula… ada misi yang harus diselesaikan sebelum pulang ke jasin… aku dipertanggungjawabkan oleh ayah untuk menemani adikku ke hkl… kes adikku telah dipanjangkan ke hkl kerana di ampang puteri tiada colorectal specialist… kemudian setelah selesai membuat tarikh pertemuan selanjutnya kami pun bersarapan di mcd setapak… terasa rugi sedikit kerana kami tidak teringat untuk menyediakan surat jaminan doktor uia... tidak mengapa... adikku masih boleh bertahan... insya-Allah... aku ke gombak semula… tertidur sebentar di bilik yang nyaman itu… dan ke bangi selepas zohor… singgah di rumah ateh dan makan tengahari di rumah zura… dan zrassss…. kembali ke jasin selepas betty… yehaaa... yaribba... yaribba...

bagaimana? meriahkan agenda hujung mingguku? kekeke...

sekarang… duduk diam-diam… siapkan kerja kau… miot dah habis… zura pun dah habis tadi… tahniah zura! :-) oleh yang demikian, kau pun mesti habiskannya juga walaupun ianya amat pahit untuk kau telan… kena telan juga… iurrggghhhh… baiklah… aku cuba ni… iskh aku tengah cubalah ni… blasah tulang blakang karang... iskh... iskh... may the force be with me! amin...



No comments: