konsert di hong kong memang best! excellante!
hari ni aku bangun lewat sket sebab semalam penat pergi tengok konsert kat hong kong... hahaha... power sehhh konsert tu... dua jam yang sungguh mantap tuhhh... yehaaa!
balik dari tengok konsert pada awal dinihari sehinggalah ke subuh aku tak dapat tidur... ginjal aku meragam... adik ipar nurse aku kata maybe aku kena uti dan dia suruh aku buat urine analysis... adehhh... ke spital? tensen gak aku nak ke spital ni... tapi aku ingat aku kena pergi jugak-jugak next week... *sigh* :-(
aku jadik phobia nak jumpa doktor ni setelah aku bekerja dengan a bunch of doctors kat seremban dulu... aku bukan nak kata yang doktor kat mesia ni mengerikan tapi kebanyakkan doktor yang pernah aku jumpa mempunyai somekind of an "attitude" yang boleh membuatkan patient yang tenat menjadi bertambah tenat... itu la pasal if given a choice aku lebih suka terus berjumpa dengan doktor pakar sebab setakat ni aku tengok mereka ni professional dan memahami keadaan pesakit... kira okay laaa... diaorang tak ada nak marah-marah pesakit tak tentu pasal... tapi lagi best kalau aku tak perlu langsung berjumpa dengan any doktor... tempek kinokuniya... ehh silap... tempek kinohimitsu ajek terus baik... tapi tu la... sampai bila? sampai tenat? sampai nazak nak mampos? erk... apa yang aku melalut ni... ntahnyer aku ni dah biol gamaknya... hahaha...
papehal... happy mother's day! semalam sebelum aku ke hong kong... kami beramai-ramai satu keluarga celebrate emak... alahai... hanya dila ajek yang tak ada malam semalam... tapi meriah tetap meriah... ada soto, mee goreng, mee teow goreng, kekacang, air karbonat dan jugak sebijit kek blueberry yang nyummy... cuma aku sorang ajek yang tak berapa nak makan sebab aku rasa macam ada alien dalam perut aku dan jugak aku excited tak sabar nak pergi ke konsert... yehha! mak memang happy di atas ingatan ayah dan anak-anaknya... mendoa'kan kami beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat... aminnn... emak... terima kasih yang tak terhingga buat segala-galanya dari anakmu ini :-)
uikss... hari dah petang... kat ruang tamu semua orang tengah ngusha baby sofea yang sedang berusaha untuk mengiringkan badannya... tak boleh miss... aku nak join sekulek... cheerio!
nota kaki: ehh... lupa plak nak khabor... aku pergi tengok konsert f4 lerrr... jerry, vic, ken dan vanness... muahhhsss... wa caya lu! hehehe...
No comments:
Post a Comment