hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu tersenyum lebar...
semenjak semalam melaka telah dibanjiri oleh pendekar-pendekar, panglima-panglima, guru-guru, sifoo-sifoo dan insan-insan yang mempunyai gelaran-gelaran yang sewaktu dengannya... sesungguhnya bumi pendekar yang bersejarah ini telah mengalu-alukan kedatangan martial arts exponents dari seluruh tanahair... pada tahun 2003 ini negeri melaka telah dipilih sebagai tuan rumah untuk karnival seni mempertahankan diri rakan wajadiri... tahun lepas kuantan telah memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah dan negeri johor telah diumumkan sebagai juara keseluruhan... tahun ini? kita tunggu sahaja dan lihat...
tahun lepas aku dan adik aku telah memandu ke kuantan untuk memeriahkan lagi karnival tersebut... tak participate pun tapi hanya sebagai penyeri majlis dan tukang sorak yang berjaya... hehehe... namun... tahun ini... walaupun sungguh dekat... hanya lebih kurang 40 minit aje ke ayer keroh tu... kami tak dapat nak turut serta untuk bersosial sesama ahli dan menjadi tukang sorak... sungguh tak best... hik... hik... hik... bukannya apa... pagi tadi setelah aku berjaya bangun begitu awal... aku mandi-manda... kemudian masak breakfast (ehem... mak aku pun rasa macam tak purcaya ajek bila aku memasak pagi tadi... masak apa? sardin ajek untuk dicecah dengan roti... hahahaha)... kemudian mengkreatifkan diri membuat wallpaper best dengan adobe dan fotocanvas... kemudian mengagah amira sofea... timang-timang sofea... kemudian kepenatan dan tertidur sampai petang... dan kemudian... huh... terus cancel program aku nak menunjukkan muka kat sebelah mmu tu... hehehe...
ni pun baru balik dari umbai... alhamdulillah... best jugak pekerja gomen dapat bonus tengah tahun ni... hehehe... semoga rezeki angah anak beranak lebih mencurah-curah... aminnn... erk... perut aku... masih meragam sikit-sikit... dan aku bersetuju dengan muring... pertembungan memang boleh merosakkan... analogi... itu pasal la kita orang timur ni tak boleh nak over mix budaya songsang dari barat dalam kehidupan seharian kita... wadusss... boleh jadi rosak binasa... tak sesuaiii... oleh itu kita kena pergi ke tenggara... pergi taiwan jumpa f4... yehaaa! hahaha...
erk... esok aku kena travel up north... balik utara la oooi... balik... balik... uhuk... uhuk... let's see what will happen up there... hmmm... aku pasrah... aku pasrah... aku tak mau pikir... okie dokie... nak cuba try test tidur awal... kena tidur awal supaya esok tak veggie sewaktu memandu... bon voyage! adios!
No comments:
Post a Comment