Saturday, March 22, 2003

memang sungguh benar kata-kata beliau... kayu yang memotong kayu... sejarah tidak pernah berdusta... malah... sejarah akan berulang kembali... di uhud, di tanah melayu, di seluruh dunia sekalipun... sah terbukti... kayu yang memotong kayu...

di dinihari yang sepi ini aku belum dapat tidur lagi... terkebil-kebil seperti cicak tertelan kapur... baru lepas mengemas bahagian ruang tamu rumah... perghhh... bahagian tengah dan bahagian dapur masih belum bersentuh lagi... esok la gamaknya... ni pun aku sedang adjust ruang untuk meletakkan harta karun serta pc si dila yang akan bercuti semester selama tiga bulan... fuhhh... nasib baik pc lama aku tu dah dibawa masuk ke bilik alfonso... boleh aku adjust satu penjuru yang baikkk punya... mmmm...

malam ni hanya aku dan alfonso sahaja yang berada di rumah... oppsss... dan dak adik ipar aku jugak... emak dan ayah ke kuala kangsar petang tadi untuk menjemput opah dan pah siah... esok? i mean petang nanti mereka akan pulang... dan ahad mereka akan ke jaybee pula... pah siah diimport khas untuk jadi tukang urut angah dan opah kami yang comel and cool seperti biasa akan menjadi escort yang amat berjaya... maka... aku dan alfonso membuat gotong-royong abis-abisan mengemas rumah yang telah dikacaubilaukan oleh dak semamat tu... ceh... pish... posh... pish... posh... adus... adus... nih yang nak tumpang semangkuk berurut mengeluarkan angin kus-kus dengan pah siah ni... adeih... adeih...

sekarang... aku ingat aku nak pergi minum tonik meresap dalam sebotol dua supaya boleh aku meresap ke rumah putih untuk menyekeh kepala si belukar semak samun itu bertubi-tubi... arrggghhhh... kelekuk... kelekuk... kelekuk... helicopter crash in kuwait? belum bertempur sudah ada lashkar yang mati? AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar! marilah kita sama-sama panjangkan doa' untuk saudara kita di sana... semoga Allah melindungi mereka-mereka yang teraniaya itu... amin...


n.b.: how i really wish that my arabic is as polished as the past five years... it is better to get news from al-jazeera rather than cnn... don't you think so?

No comments: