Merry Christmas! Beberapa saat lagi untuk mencecah 25 Disember... Selamat Hari Natal Cindy Mundt dan Roy!
Disember 2002 sememangnya satu bulan yang sibuk... sibuk dengan aktiviti sosial dan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping itu terlalu banyak kerja yang perlu dilangsaikan sebelum menyambut tahun baru. Buku kira-kira perlu dikemaskini. Hutang piutang perlu dilangsaikan. Segala-galanya perlu diperkemaskan... kerja-kerja akademik, dapur yang berselerak dengan pinggan mangkuk kegunaan perayaan, fikiran yang berserabut dengan segala tunjahan perasaan dan pertanyaan, diri yang tidak keruan... segalanya amat perlu diperkemaskan. Kalendar Masehi akan bertukar. Perubahan mungkin diperlukan...
Aku tidak perlu bebelan si kakaktua... Aku tidak perlu masyarakat memahami diriku... Aku tidak perlu disanjung... Aku tidak perlu dikasihi dan disayangi... Aku tidak hebat. Aku tidak ada apa. Hanya seperti kepingan salji berterbangan ditiup angin dingin di kepekatan malam yang hening... kepingan salji putih yang dimamah kegelapan malam. Mencari tempat untuk singgah... mencair... dan... mengalir lesu di sungai-sungai dan longkang-longkang kehidupan... perjalanan yang menjanjikan seribu kepayahan, penderitaan... berbaur dengan noda-noda kelabu... menuju ke arah yang belum pasti...
Teringat aku pada cerita Cinta... terperangkap di antara cinta dan sahabat... tapi aku... terperangkap di antara persoalan diri sendiri dan kehendak masyarakat sekeliling... igauan yang tidak indah... gelak ketawa yang palsu... senyuman yang sinis... melakari watak pementasan sementara quasimodo... ingin menantikan kedatangan algojo... namun persediaan yang belum utuh tidak memungkinkan kedamaian dan ketenangan sejati...
tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai mummy antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
Aku perlu terbang semula... terbang ke daerah damai... damai dari kebencian... damai dari kedengkian... damai dari cemburu... damai dari segala-galanya...
Do I have the might to fight?
No comments:
Post a Comment