lantas... membuatkan aku terkesima dan berfikir...
hidup ini hanya sementara... kita tidak tahu bila kita akan dipanggil untuk mengadapnya... mati itu adalah pasti... wajib... hanya kita yang tidak tahu bila, di mana dan dengan cara apa... kadang-kadang sesetengah manusia apabila dihadapkan dengan permasalahan maka mereka akan menginginkan kematian... manusia-manusia itu ingat kematian adalah jalan penyelesaian yang terbaik... ada yang mencabut nyawa dengan bermimpi bahawa mereka adalah superman... ada yang inginkan rekod di dalam ripley's believe it or not maka mereka telah meneguk cuka getah bergelen-gelen... ada yang ingin menderma darah kepada saluran paip dengan menyelar sahaja urat nadi mereka... ada yang melebihi aksi alex yoong dengan memandu secara merbahaya di jalanan... berbagai-bagai cara untuk menuju kematian... sang algojo seolah dipaksa untuk melaksanakan tugas sebelum waktunya...
setiap masalah pasti ada penyelesaian yang waras... hanya tertakluk kepada kita untuk merenung, bertafakur, berusaha dan bertawakal untuk mencari jalan penyelesaiannya... penyelesaian yang penuh dengan keimanan dan ketakwaan... manusia bukan diciptakan dengan sia-sia... kita mempunyai tugas, tanggungjawab dan amanah di muka bumi yang sementara ini... kita adalah khalifah... khalifah di dunia ini dan hamba di sisiNya... mudah untuk menyata tetapi tidak mudah mudah untuk mengota... satu tugas yang amat berat... tidak terpikul dek hati yang lemah, jiwa yang terikat dan iman yang tipis...
manusia itu sememangnya mudah alpa... perlu disentak dan diperingati dari masa ke semasa... aku sendiri insan biasa... mudah lupa mudah alpa... menginginkan kepastian yang tak kunjung tiba... perlukan usaha berganda untuk terus mencarinya... itu aku... aku yang di dalam kekeliruan yang tidak terperi... tidak keruan... perasaan tidak menentu...
hari ini ramai pula yang menghubungi aku... merindui aku... hehehe... aku pula masih tidak sihat... berkat kedegilan aku yang tidak mahu membaham dadah... aku degil kerana kepercayaan aku pada pemulihan semulajadi amatlah utuh... cukup dengan ubatan tradisional, muhasabah dan berselawat... kepercayaanku yang aku sendiri sahaja mampu memahaminya... tersirat seribu rahsia dan misteri... hehehe... tadi aku ke jj membeli kinohimitsu... dan nyah saja engkau toksin... hehehe...
opppssss... aku perlu beradu
No comments:
Post a Comment