Memang benar telahan aku... ujian kesenangan itu sememangnya lebih sukar daripada ujian kesusahan... perit rintih kehidupan tanpa kerja tetap dan tanpa wang dapat ku lalui dengan penuh tabah... aku masih mampu ke sana ke mari menjalankan tugas dan tanggungjawab ku sebagai seorang tenaga pengajar... suatu kegiatan sukarela yang aku sertai dan cintai... aku gigih... aku tabah... tahan dek bedilan ombak mengganas seperti karang di lautan... Tapi kini... aku diuji dengan kesenangan... aku berjaya mendapatkan fellowship... namun... di sebalik tabir kesenangan tersimpan berbagai duka... duka menggalas tanggungjawab untuk menjadi yang terbaik... duka memikul harapan universiti, kerajaan, keluarga dan masyarakat yang aku belum pasti dapat aku laksanakan sebaiknya... duka berjauhan dari keluarga dan sahabat... duka hidup bersendirian... duka kerana tidak lagi melaksanakan tanggungjawab ku sebagai seorang tenaga pengajar... duka merindui guru ku... menitis air mata ku ini...
Aku tahu aku mesti sabar... aku tahu sekiranya aku mengadu pada sahabat-sahabatku aku jua akan dimarahi dan dibebeli kerana berperasaan seperti ini... aku tahu sekiranya aku meluahkan seluruhnya kepada keluargaku pasti mereka akan kecewa... aku tahu kiranya aku berundur dari persada ini tak mungkin peluang kedua akan muncul... aku pun tak tahu pada siapa lagi untuk mengadu selain daripadaNya. Aku sedih... aku kecewa... ke manakah hilangnya kepahlawanan ku?
Selama ini sebahagian besar hidup ku adalah pengorbanan untuk kebahagiaan orang lain... Bila pula aku akan dapat membuat sesuatu yang aku sukai... aku pun tidak pasti... Aku sebenarnya seperti tikus... terjerat dek keenakan bau keju... keju yang mencair dan di bawa pergi oleh ombak selat... kakiku, tanganku, badan ku tersepit pada jerat itu... sakit... dan kemudiannya terasa kebas... dan sakit semula... Perlukah aku melepaskan diri? Walaupun di hadapanku ada keju... tapi keju telah cair dibawa pergi... aku hanya dapat mengkhayalkan diri dengan aromanya enak sahaja... khayalan yang perlu untuk aku terus hidup di celah jerat yang mencengkam... menunggu masa...
Maaf... Aku memang begini... Terimalah aku seadanya... Kiranya aku merana suatu hari nanti, jangan kau sepak diriku ini dan berkata, "Itu la dulu dah baik-baik dapat kesenangan kau tolak, kononnya tak daya la, kononnya tak mampu nak tanggung... Padan kan muka kau!" Ya... konon... konon... I wish you were in my shoes... nope... in my mouse trap... Bukankah sudah ku katakan buat kesekian kalinya... aku perlukan masa... aku perlukan kehidupan lampau ku... aku perlukan Dia... Aku tidak mahu menjadi ketam... Ketam yang mahu cuba mengajar anaknya berjalan lurus tapi kakinya sendiri yang pengkau... Aku ingin menjadi si kuda belang...
Let me excuse my self now before these crystal pearls drop onto my keyboard... May tomorrow is better than today...
No comments:
Post a Comment