Aku jadik bengong
Otak ku seperti mahu pecah
Mata ku kabur
Rasa seperti mahu saja aku langgar dinding batu itu...
Berpusing-pusing tanpa arah tujuan... mencari erti siapakah aku... apakah yang aku mahu...
Sebelum nafas terhenti...
Selama ini sudah pelbagai kesenangan aku perolehi
Peluang itu ada di mana-mana sahaja untuk mengenyangkan aku...
Tapi di sebalik peluang yang terbentang... aku menjadi takut...
Takut dengan pukulan padu dari nikmat yang aku perolehi
Aku kini terbang rendah... menyorok di sebalik timbunan kertas...
Menyorok di sebalik material gergasi yang bersifat sementara
Aku pasrah... Nafas ku sesak...
Darah itu akan pasti berhenti mengalir..
Aku telah diracuni...
Aku sejuk...
Pandangan ku kabur...
Aku memang bengong
Mata ku memang berpinar-pinar
Ajalku mungkin tiba... mungkin? hmmm... ianya pasti...
Arrgghhhh...
Tamatkan penderitaan ini sekarang!
Bam!
Tangan peluang itu berjaya memukulnya...
Ia penyet leper seperti dilanggar steamroll
Senipis kertas surat khabar
Surat khabar lama
Begitulah...
Begitulah nasib seekor nyamuk...
Sajak: Nyamuk di Ambang Maut
1.10 p.m. Selasa, 17 September 2002
Not a fiction... a reality indeed... a harsh reality...
No comments:
Post a Comment