Monday, October 06, 2003

muahahaha... alas!

dah habis dah kerja part-time aku di shah alam... khamis lepas hari terakhir aku mengajar di situ... ku sangkakan semuanya dah berakhir tetapi cheh... belum rupa-rupanya... aku kena marking those students punya final exam papers la pulak hari khamis ni... cheh... baru aku ingat nak masuk semula ke cengkerang aku dan berbungkus tidur dengan jayanya... hampeh! ;p

sabtu dan ahad aku dipenuhi oleh acara tidur-tidur sahaja... gila koma aku... aku pun tak berapa pasti kenapa aku koma sangat semalam dan kemarin... hmmm...

5 sebab kenapa mummy suka tidur:

1. tidur best... boleh berdengkur... boleh melawat alam fantasi... boleh memproduktifkan hasil pengilangan air liur basi... boleh kentut tanpa rasa self-conscious... muahahahaha...

2. knocked-out... gelap gulita yang best...

3. pause! boleh pause daripada ingat pada segala macam masalah... pause daripada reality sebenar kehidupan... pause daripada trauma kehidupan... pause daripada segala macam kekeliruan dan ketidakpastian... erk... macam ala-ala escapism aaaa... kononnya la...

4. tidur adalah salah satu daripada hobi-hobi yang best... takde kos... apa yang diperlukan hanyalah... bantal, tilam dan kipas angin ajek... hobi yang murah gila ading dong...

5. finally, tidur... kenapa tidur yek? sebab aku dah takde life dah kot... gila boring... gila mandom... gila tak bertenaga... erk... lame! huh... sebab aku suka tidur laaa... apparaa... oleh itu... mari kita tidur dan tidur dan tidur dan tidur dan tidur... huarghhhh... zzzzzzzz...

begitulah adanya... eh... mengantuks lagi la... aku nak pergi tidur lagi la... ciao! zzzzzzzzzzzzzzzz...


p/s:

SELAMAT MENDUDUKI PMR WAHAI ALF ADIKKU!

GAMBATE!

CHAIYOK!


No comments: