Thursday, October 23, 2003

Pengsan Lagi???

Sudah dua hari aku pengsan kemabukan cheese, ayam dan tomyam. Perut sebu. Otak beku. Mata kuyu. Sehingga kini masih lesu.

hahahaa... truly my sunday was the happeningest... aku sampai teejay dalam pukul sepuluh lebih... huh... hanya ibu siti dan hahim ajek yang dah datang... orang bangi dan tee-es lum sampai agik... orang jasin jugak yang cargas... hehehe... erk... tapi bukan ibu siti dan hahim tuh tuan rumah ke? hahaha... ayam sudah diperap... tinggal tunggu semua orang datang untuk memulakan sessi makan-makan...

teejay sediakan ayam, hotdog dan daging burger untuk dilengitkan di atas dapur barbeque... tee-es rebus seperiuk terak tomyam campur yang super duper potion of the death... bangi buat greek salad yang cheesy juicy nyummy... aku godak cheese dan macaroni dalam kuali giant seolah-olah ianya bakal di baham oleh lapan ekor baby giant... erk... kalau taman samudra ada aku ingat mau dia jugak akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan... anyway, a perfect combination... memula ratah bahan-bahan ghadak bbq, kemudian makan greek salad dengan baguette, kemudian hentam mac and cheese dan finally washed all the fats dengan tomyam yang masam lagi maut kadar ke'potion'annya dan dineutralkan pula dengan punch buah-buahan yang nak manis tapi tak manis... begitulah circlenya berulang-ulang kali sehingga malam menjelma dan sehingga stok pemakanan ala baby giant kami tuh habis... erppp... alhamdulillah...

Thus, adakah benar aku telah pengsan selama dua hari? Percayakah kau?

meeting ringkas telah diadakan dan kami akan mencari satu masa yang sesuai untuk potluck dan juga acara makan kek di bulan puasa nanti... amacam? apakah menu kita kali ini?

Sebab pulut santan binasa sebab perut badan binasa. Sejauh manakah akan kebenaran ini? Bulan puasa bulan makan-makan? Adakah ini realiti atau fantasi?

the day ended well dan sebelum aku menumpang sebantal dua di ampang aku singgah sebentar di peejay untuk menghantar mac and cheese serta tomyam kepada arif... mang aiii... semasa aku mengecall semula arif setengah jam kemudiannya... aku dengar semacam ada background bunyian katak... aku ingatkan katak memanggil hujan... rupa-rupanya setelah aku amati betul-betul... ianya adalah bunyi dorm-mates arif sedang membuat choral burping... arif kata bebudak tuh kata kalau ada lagi tomyam dan mac and cheese depa nak lagi... hampeh betul bebudak ni... kalau dah dasar budak hostel tuh memang dasar budak hostel la jugak-jugak... nasib baik la teejay tapaukan dua tupperware tomyam dan dua tupperware mac and cheese... else... lagi terkulat-kulat la bebudak tuh... hehehe...

Budak hostel akan baham apa sahaja. Adakah statement ini benar?

sampai rumah pah an dalam jam 11.30 malam... terus kemaskan tempat tidur... bila aku bangun pagi baru aku perasan... kucing-kucing pah an telah mengonarkan aku... penuh seluar tidur aku dengan bulu kucing... hampeh... mementang la malam tu hujan habis kucing-kucing itu telah mengambil kesempatan untuk mengkrong di kaki aku yang mungkin panas agaknya bagi mereka... hampagas tul... bloody cats!!

Siapa yang bersalah? Aku atau kucing?

monday was another happening day... aku ada small reunion dengan dua kawan sharod aku... lunch di food court midvalley sambil bertukar-tukar gossip, cerita hangat serta mengenang kembali zaman ketaikoan di bangku sekolah dahulu... mereka masih cool... takde apa yang berubah... maintain gitu-gitu... bercerita mengenai itu dan ini... it was such a good feeling to meet them again... as if past was no longer in the past... present past... past present... aku sungguh rasa teruja... aku ingat kalau ramai lagi yang berkumpul mau lagi meriah dan terbang bumbung midvalley tuh... hehehe... thanks gals for the great moment... though it was too swift yet truly meaningful... lain kali kita lepak-lepak agik ek?

Kedengaran seperti kebanyakkannya sudah stabil dengan kerjaya mahupun dengan kehidupan rumahtangga. Adakah aku cemburu? Bilakah aku akan mencapai kestabilan itu? Mengapakah aku masih pentan? Atau, adakah aku sengaja mementankan diri? Kenapa? Mengapa? Bila? Di mana? Bagaimana? Soalan-soalan itu masih membayangi perjalanan kehidupan ini. Apakah yang perlu aku lakukan untuk mengecap tenang dan bahagia?

though mereka telah mengambil extra time untuk lunch... dalam jam 2.45 petang kawan-kawan aku terpaksa pulang ke opis sebab ada tanggungjawab yang menunggu...

Tanggungjawab. Segala perkara yang aku tanggung masih belum berjawab. Adakah terlalu berat sangat tanggunjawab itu sehingga ianya tidak tertanggung dan tidak terjawab?

aku dan dila... my chaperonis... hehehe... meneruskan aktiviti sosial kami sebelum berangkat pulang ke melaka... balik awal-awal pun tak best jugak... panas dan jalan mungkin sibuk... balik malam best sket... jalan sejut... alasan...

memula kami nak tengok League of Extraordinary Gentlemen tapi tak jadi disebabkan ada masalah teknikal show pukul 4.15 dibatalkan dan yang ada hanya show pukul 6.15... terlalu lewat tuh... dila nak sangat tengok Cinta Kolestrol tetapi aku tak hendak sebab aku selalu tensen dengan ragam audience panggung filem melayu ni... audience yang jenis mulut tertelan kaset dan jenis mulut tak berinsuran... dah banyak kali dah aku experience dengan audience yang takde manners bila tengok filem melayu ni... memekak tak tentu pasal... takde hormat pada audience lain yang nak menghayati jalan cerita dengan bijaklaksamana... maka aku rasa serik... dan disebabkan kami tak bawa student id untuk discount kepada enam ringgit maka aku tak nak bazirkan lapan ringgit aku dengan berada di dalam lingkungan audience yang sedemikian rupa... bab-bab camni aku memang berkira banyak... akhirnya... kami resorted to watch Tale of Two Sisters... dengan harapan audience cerita seram korea ni adalah audience yang cemerlang...

Padi yang ku harap lalang yang tumbuh. Adakah ini selalu berlaku kepada kita?

sementara menunggu jam 4 kami lepak-lepak di jayjay membeli tiga set vcds japanese drama series - Antique, God of Cookery dan Taiyo No Kisetsu - serta satu kipas kecik untuk menutup mata semasa menonton cerita seram tuh nanti... hahahaha...

Adakah benar aku telah pengsan selama dua hari? Atau....???

cerita seram korea tuh memang best... aku tengok 80% ajek sebab another 20% aku tutup mata dengan kipas kecik baru aku tuh... hampeh... ni pun membazir lapan ringgit aku ajek... cerita tuh memang seram dan saspen mencanak... aku ingat lebih seram daripada Dark Water tapi dari segi ketraumaannya... Dark Water lebih menghantui pemikiran selepas menontonnya... ntah apasal ntah... maybe sebab aku nih memang cuak dengan bebenda yang berkaitan dengan lift, air dan tangki air kot... setakat almari baju, sofa, bawah dapur dan hantu terbang atas katil tuh aku ingat tuh okay agik kot... tapi tu la... punya la hangin aku rasakan... ada seorang mamat muda depan aku ni tertelan kaset... walaupun dah dishooo oleh ramai orang dalam panggung tuh tetap dia memekak yang bukan-bukan... iskh la... mau ajek aku ketuk kepala dia dengan kipas kecik aku tuh... lagi aku nak lari dari this kind of audience lagi dia mai kat depan aku... aku sabar... aku tak mau cari gaduh... aku sabar... malu aku dengan sikap bangsa aku ni... very the very the very... argghhh... malas aku nak komen...

MOBIEEER... TANGKAP IA

habis dalam kul 7 lebih... aku dan dila pergi cari stock kudapan untuk perjalanan kami yang 'jaaaawwwuhhh"... singgah di bread loaf story dan shopping dua buntil beg plastik roties dan pastries untuk kudapan serta ole-ole buat mak, ayah dan alf di rumah... tak cukup lagi... singgah di la boheme cari donut kecik dan garlic bread... grabbed dua mocha dan zrassss balik melaka... sampai di rumah dalam jam 10 lebih kami berparti roti... yehaaa!!

hari selasa... aktiviti misteri... hari rabu... aktiviti misteri... hari ini... khamis... erkkk... alamak! dah terlewat la pulak... aku kena segera mandi dan bersiap... aku, dila dan alf akan ke jaybee... yehaaaa?! kena temankan angah dan sofea yang duduk keduaorangan sahaja di asrama yang sunyi sepi tanpa students... adik ipar aku ada camping la pulak... arif balik hari ni tetapi dia volunteer stay di rumah temankan mak dan ayah yang akan join venture dengan uteh buat kenduri esok di merlimau... ikut hati malas bonarnya aku nak keluar ke mana-mana tapi alf ngan dila takde lesen... hampeh... kang langgar tiang la pulak maniobi aku tuh... hehehe...

okie la... dah panjang sangat aku membebel... ciao dulu ;p

ana terbantut... lalalala... bulu kambing...

nota: misteri microwave yang lesap...

No comments: