berlubang di sana sini
darahku memancut-mancut tanpa henti
otakku berdenyut perlahan
menanti masa...
sarafku mula terasa dingin
menanti masa...
ingin aku laungkan kesakitan ini
tiada manusia mampu faham
tengkorakku bocor
berlubang di sana sini
menanti masa...
aku ditekan dari setiap penjuru... dan... aku mula rasa tertekan... semula :|
jangan kau tekan aku
aku mungkin patah
jangan kau paksa aku
aku mungkin berundur
jangan kau leteri aku
aku mungkin lari
jangan...
kerana aku juga seorang insan
punyai kemahuan sendiri
punyai naluri sendiri
punyai nafas sendiri
izinkan aku menongkah arus ini dengan caraku sendiri...
No comments:
Post a Comment