aku baru lepas menonton cerita Janji Diana... aku jumpa cd cerita tu dalam bilik bayeed... walaupun aku not into malay movies tapi aku tetap sokong filem tempatan... aku tak anti filem tempatan cuma kengkadang tu ada beberapa filem yang aku tak boleh nak hadam dek mutu isi cerita dan mesej yang mengelirukan dan aku rasa it's better for me not to watch those confusing films... tetapi... Janji Diana ternyata tidak mengecewakan aku... gandingan rosyam dan erra memang mantap dan mampu membuatkan aku meneruskan aktiviti menonton... ianya sungguh mengesankan sebab ending dia berjaya membuatkan aku menaburkan air mata... hampeh! tak machess sungguh... hahahaha... ntahnyer... mungkin kisah diana dan haikal tu telah mengingatkan aku tentang pengalaman pahit manis aku dengan kejadian Tuhan yang bernama lelaki... hmmm...
malam semalam aku bermimpi... aku telah menemui sahabat lelaki aku yang paling istimewa di dalam hidup aku...
aku mula kenal dia semasa di matriculation center dahulu... dia sememangnya sungguh istimewa... aku gelarkan dia robinhood sebab dia seorang archer... alaaa... lebih kurang macam legolas dalam lotr tuh... nasib baik time tu lotr belum dibuat movie... else... mesti aku dah panggil dia legolas... hehehe... erk... in fact... susuk tubuh dia memang macam legolas... cuma a legolas with a chinese look... hehehe... memang hensem orangnya tetapi suka low profile... dia ni aktif dalam taekwondo dan juga program-program motivasi... aku kenal dia pun bila sama-sama jadi facilitator semasa program motivasi di samten... best betul kawan dengan dia ni... dia kawan dengan aku tanpa meletak apa jua syarat... dia boleh terima aku dengan seadanya... dia boleh terima kebrutalan aku... dia boleh terima kechubbian aku... dia boleh terima kepentanan aku... malah... dia okay ajek ngcall aku dan bergayut di tepon dengan aku berlama-lamaan walaupun dia di pahang dan aku di melaka... terharu betul aku... dia banyak bagi aku sokongan moral dan masa aku sedang belajar memandu dulu... dia selalu bagi aku pep-talk keselamatan di jalanraya... truly... we are just friends...
aku pernah jugak terasa macam nak jatuh hati pada robinhood... aku cuba buat beberapa perkara untuk bagi dia perasan yang aku sukakan dia more than as friends... aku buatkan kad raya giant untuk dia... many other lovely stuffs... dan... sampai aku berterus-terang kata aku suka kat dia 'lebih'... namun... dia memang a gentleman... dia tak chicken out dan melarikan diri dari aku... dia hanya kata kalau dia nak ada special dia tak mahu dari universiti yang sama dengan dia... sungguh gentleman dan bijak cara dia mengatakan tidak... ibarat menarik rambut dari dalam tepung... rambut tak putus... tepung tak berselerak... aku faham dan akur... apabila aku hitung-hitung kembali... dengan kadar kepentanan aku dan kadar kebaikan dia... aku ingat... he deserves a better woman... aku ni memang kurang sesuai dengan dia... dan sesungguhnya kami hanya boleh bersahabat sahaja... alhamdulillah... that's fine with me and indeed his friendship is the greatest gift for me :-)
aku masih ingat lagi masa graduation day di bukit jalil... robinhood broke free from his circle of male friends just to come to me untuk bertanyakan khabar dan mengucapkan tahniah... aku rasa kagum... dia ni tak ada ego sebagai seorang lelakikah? hmmm... sehingga kini keperibadian dia masih menjadi sebuah misteri untuk aku...
aku masih ingat lagi... aku ada di kuantan... di rumah wancu semasa minggu perkahwinan dia... aku called dia dan kata nak jumpa untuk memberikan hadiah perkahwinan dia... zrassss... dia terus ke rumah wancu walaupun dia baru sahaja sampai daripada rumah isterinya di central... aku ingatkan nak ajak dia keluar takut-takut dia segan dengan family aku tetapi amazingly dia kata dia okay ajek dan terus dinner dengan mak, ayah dan wancu sekeluarga... sesungguhnya keperibadian dia memang ternyata menakjubkan...
aku masih ingat lagi... dia sedikit berkerut bila aku katakan yang aku rapat dengan siapa pada waktu itu... tapi aku pentan... tak faham... mungkin dia kurang setuju dengan kenalan aku tu... cuma kini bila aku renung-renungkan kembali... baru aku faham... dia kenal kenalan aku tu dah lama dan mungkin dia tahu keperibadian kenalan aku tu... erk... anyway... everything was over between aku dan kenalan aku tu... itulah dia... kali terakhir aku jumpa robinhood... di kuantan... tahun 2000 kalau tak silap aku...
malam semalam aku bermimpi... aku bermimpi robinhood datang berjumpa aku dan meminta pertolongan... aku kurang pasti... mimpi aku samar-samar... erk... risau gak hati aku ni kalau dia benar-benar ada masalah... anyway...anyhow... mimpi hanya mainan tidur... lagipun aku tidur dalam keadaan tidak berwuduk semalam... hmmm... aku doakan agar robinhood, isteri dan keluarga agar senantiasa di bawah lindungan Allah dan semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang memperolehi kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat... aminnnn...
begitulah kisah aku dan seorang insan yang bergelar robinhood... kisah manis aku dengan seorang insan bergelar lelaki... erk... mungkin the only kisah manis sebab selebihnya sungguh pahit macam hempedu... aku bersyukur alhamdulillah... sebab... aku tidak menjadi seperti diana... aku bukan diana... aku adalah mummy... mummy yang seperti karang di lautan... indah dan cantik dipandang... hehehe... namun tahan dek bedilan ombak lautan yang sentiasa bergelora... karang yang misteri... lembut di lautan... keras di daratan... gitu-gitulah... hehehe...
okie dokie... esok kelas aku mula jam sepuluh pagi... nampak gayanya aku kena bertolak dari jasin seawal tujuh pagi... harap-harapnya aku tak dilanda morning blues esok pagi... hahaha... indeed... from tomorrow until friday aku akan mengalami a hectic week... aku ada sebelas jam kelas yang perlu aku conduct... dengan kelas gantinya la bagai... perghh... melelas... kaki ooo kaki... janganlah engkau pentan ek!
babai dulu! ;-)
note: aku tak blues... aku hanya nostalgialistic ;p
No comments:
Post a Comment