Chaotic Ammo... rat-a-tat-tat-rat-a-tat-tat...
serba serbi tidak kena... segala-galanya... sejak semalam sehingga hari ini... serba serbi tidak kena... hari ini adalah kemuncaknya... aku tidak tahan... i have to admit... tahap depressi aku sungguh tinggi... aku bukannya mahu bersungut dengan segala apa yang telah dan sedang berlaku... sometimes... i feel that i have to let my feelings, emotions and thoughts soar high above the sky... give them some kind of a liberation... in the form of written expression... supaya aku tidak makan dalam... supaya darah ini akan terus mengalir... tidak menjadi likat, hitam dan beku dengan bicara-bicara monologue...
aku baru balik dari kuala lumpur... semalam... walaupun kepala aku masih weng... aku gagahkan juga untuk menghantar dila ke kuala lumpur... kusertakan niat sekiranya aku tidak larat untuk balik hari maka aku akan tidur semalam di kuala lumpur dan keesokkan harinya aku akan bertandang ke library uia untuk mencari bahan rujukan... blewp... tapi hajat aku hendak ke library tidak kesampaian... aku mamun... t-shirt ada kubawa... tetapi aku terlupa nak bawa seluar baggy aku... nak dipakai seluar semalam... aku rasa tak selesa... stinky walla... nasib baik la si dila ada simpan seluar steng aku di biliknya... else... harus aku memandu pulang dengan memakai baju t-shirt dan kain batik... buatnya kena tahan dek jpj atau polis... perghhh... mau malu nak turun tuh... kelako ajek... selalunya bebenda bodoh sebegini aku boleh let go dan gelakkan ajek tetapi sebaliknya yang berlaku... aku rasa sungguh down dan bodoh... memang aku ni dah jadi bodoh kot :-|
sepanjang perjalanan di highway aku rasa sungguh tak selesa dan groggy... dah la rancangan nak lepak kat library dah terbengkalai... seluar tak di bawa... seluar yang dipakai pula sungguh kontot, ketat dan berambu ramba... ditambah pula dengan sakit tengkuk dan pening macam nak migraine bangun tidur pagi tadi... perghhh... trauma clemex aku hari ini... sarapan yang mega best yang pah an sediakan pun tak luak aku makan... tarik nafas... pish posh pish posh... sabar mummy sabar... dari ampang aku ke uia semula hantar dila yang ada kelas pada pukul 10.30 pagi... sebelum sampai ke uia sempat juga aku singgah ke projet membeli halls dan mineral water... ubat penghilang grogginess... kununnya... masa aku sedang menunggu dila belikan jajan - me going out with this kind of attire... i pass - aku dok memerhatikan seorang mamat corporate ni sedang mengemaskan kereta perdana dia di lot parking sebelah aku... bila mamat tu pusingkan badan dia nak masuk kereta aku pun baru perasan yang dia tuh ex-coursemate aku dulu... lerrr... ingatkan mamat corporate mana la tadik... so aku pun hon dia tapi dia tak perasan... aku jerit nama dia baru la dia perasan... dia pun turun dari kereta dan sempat la jugak kami berborak kejap cerita tentang kerja dia, kerja aku dan isteri dia...
kawan aku: kau sekarang ni tengah buat thesis phd ke?
aku: iskh... lum lagi la... aku ni lembab... master pun lum abis agik...
kawan aku: bagus la korang ni... masing-masing buat master la buat phd la...
aku: bagus? aku ingat takde master dan phd ni pun boleh jadik bagus jugak... tengok ajek la kau... muka dah bertambah korporate... kereta dah bertambah besar... aku ni masih bawak kancil ajek ni...
kawan aku: ala... tu semua tu make-up ajek tuh...
aku: eleh... rendah diri la pulak...
kawan aku: (buat muka corporate)
aku: (tahan gelak mummy tahan... hehehe... kelakar betul rupa dia bila dia buat muka camtu... aku teringat muka dia zaman masa belajar dulu)
begitu kehidupan... itulah yang dinamakan rezeki... yang pentingnya kesungguhan... kalau scroll melambak-lambak tetapi tiada kesungguhan di dalam melaksanakan sesuatu tugas takde pekdah juga... ada orang kampung aku tu... lulusan luar negara degree dan master in mathematics tetapi akhirnya lepas habis belajar dia jadi gila... sekarang ni kerja dia jalan-jalan pusing pekan tadah tangan minta duit kat orang... kes ni aku tak tau la nak bahasakan sebagai apa... samada rezeki atau bala hanya Tuhan sahaja yang tahu... pokok pangkalnya... kita ni tak payah la nak susahkan hati dan kepala fikir... member aku ada ni dan ni dan ni... aku takde ni dan ni dan ni... tapi aku nak jadi macam member aku... ada ni dan ni dan ni... buang boreh ajo... ada bermacam-macam bentuk unsur kebendaan belum tentu boleh menjamin kegumbiraan... apa yang perlu ialah kita mesti pikir macam mana nak buat diri kita happy tanpa membandingkan diri kita dengan sesiapa pun... perghhh... payah tuh... memang payah... :-|
kembali kepada cerita tak best aku... alkisah... semasa nak masuk pintu pagar uia tiba-tiba pak guard tahan kereta aku... siap tanya mana student sticker aku... ni yang darah aku yang dah disejukkan oleh swift reunion tadi terasa nak menggelagak semula... ceh... hampeh... itsokay... indirectly... it is a good complement actually... yea... yea... muka aku muda belia macam muka students uia... yea... yea... best... best... hehe... maka aku pun ceria sekejap... sekejap ajek sebab selepas hantar dila ke kelas aku pun terasa mandom semula kerana kena memandu ke melaka sensorang dalam keadaan yang groggy moggy tu... selalunya aku keluar ikut exit air keroh tapi hari ni aku layan klasik keluar ikut exit alor gajah ambil jalan macap umboo dan selandar untuk balik ke rumah... layan klasik... sambil dengar kaset p.ramlee dan saloma... layan... layan... ikut jalan kampung ni kurang sikit trauma aku... kemamaian aku pun hilang melihat suasana kampung di tengahari buta sebegini... layan... layan...
sesampainya aku di rumah... aku telah ditergezutkan oleh satu nota @#*& yang ditinggalkan oleh seseorang... maka... kepala aku terus bertambah-tambah sakit... darah gemuruh aku yang dah cool dek pekena layan klasik tadi jadi tak keruan semula... tak payah la aku cerita panjang-panjang pasal nota tak senonoh tu... mau berdentum tercabut kepala aku ni nanti... yang pastinya aku dah call angah dan dah jadi cendawan kememeh sikit dan sekarang aku baru lepas mandi dan pikiran aku pun dah sejuk dan tenang semula... ntah lerrr... tak tahu la aku nak cakap apa... luah mati mak telan mati bapak... aku kena banyakkan berselawat, berdoa' dan bersabar...
chaotic sungguh... itu apa yang berlaku tadi... semalam pun banyak juga episod kemamaian yang telah berlaku... lepas dila regis hostel... kami pergi ke ikea... aku nak riki perabot untuk bilik aku ni... hehehe... riki aje... lepas pusing-pusing ikea dan makan kami balik ke hostel untuk mengemas bilik baru dila... okay la jugak bilik tu... tapi aku lebih suka bilik dia yang lama... bilik lama di tingkat empat dan lebih kondusif... kemudian selepas maghrib kami pun ke ong tai kim nak pekena sup cendawan kat restoran deen... selepas dua tiga kali round baru kami dapat tempat parking... masa kami pergi ke otk ni... kepala masing-masing memang tengah pusing... terasa mabuk dan pening... heran aku... kalau aku yang pening tuh tak la aku nak heran sangat sebab memang aku tak sihat dua tiga hari ni... tapi kali ni kepeningan aku berganda dan dila pun pening juga... reject abis... kemamaian kami terasa seperti melampaui batasan... we ate nothing unfamilar except we drank a bottle of pepsi blue each masa mengemas bilik tadi... aku saspen... biar benar... pepsi blue ni ada letak gin and tonic ke... abis la kami... kena samak perut... tulun... tulun...
maka disebabkan oleh kemamaian dan kekenyangan yang melampaui norma-norma realiti... satu lawak antara benua yang best telah berlaku... dila menjinjing mee goreng ole-ole untuk pah an dengan perasaan lalalala... aku pula dengan perasaan lalalala menuruti dila ke kereta kami... apabila kami sampai aku pun mentittotkan pintu kereta... aku lihat punat kunci masih tidak ternaik seperti biasa... eh... rosak ke kereta aku ni... dila pula sedang menarik-narik tombol pintu kereta... aku cuba tittot sekali lagi... masih tidak ternaik punat-punat itu... eh... rosak ke pintu kereta aku ni... aku cuba lagi sekali... bunyi tittot ada tetapi sayup-sayup... namun punat-punat semuanya masih tidak berganjak... dila masih terpoten-poten cuba menarik tombol pintu... aku lihat seperti ada perubahan pada kereta aku... abis la aku... kereta aku dah kena masuk pencuri dan pencuri itu dah disconnect bateri aku... abis la aku... aku pun lekas-lekas mahu mencuba membuka pintu secara manual... tiba-tiba... semasa aku baru nak cucuk kunci aku terperasan yang semua barang-barang di dalam kereta itu amatlah berlainan dari barang-barang yang ada di dalam kereta aku... aku dengar dila dah tergelak sendiri... aku tittot lagi... kemudian aku pun tergelak besar... lerrrrrr... rupa-rupanya aku dah tersalah kereta... di antara kereta aku dan kereta yang aku sangka aku punya tuh ada sebijit honda crv... crv tinggi... tu yang aku tak perasan tu... patut la bunyi tittot aku sayup ajek... alahai... ramai pulak orang yang telah menyaksikan lawak bodoh malam hari kami di depan ong tai kim yang sentiasa sesak itu... aku tak kesah... dila pun tak kesah... kami buat derk sahaja... kami dua-dua tergelak besar kat situ... kami gelakkan kemamaian kami abis-abisan... dila gelak sampai almost nak terduduk kat kaki lima tu... ceh... mamai kan? kan? kan? nasib baik aku tak cucuk kunci tuh lagi... buatnya alarm kereta tu pulak yang berbunyi tak ke naya aku dan dila bakal dituduh sebagai pencuri kereta... lahai... lahai... punya la mamai...
okeh la... panjang sangat dah aku thrash out my junks nih... dah tak larat dah nak duduk atas kerusi aku yang ntah siapa dah patahkan ni... kematu punggung aku... ceh... baik aku chalo dulu sebelum sakit kepala aku datang lagi... ciao la yek blogku... bubai!
No comments:
Post a Comment