Saturday, September 04, 2004

minda aku ada batu karang

birthday ayah dah lepas... birthday angah dah lepas... birthday Faiz pun dah lepas... birthday aku apatah lagi... makin-makinlah kelepasannya... kini menanti saat-saat emak dibebaskan pula... dua minggu lagi emak akan menjadi manusia yang bebas... kami tidak sabar menanti saat itu... kesian emak... emak sakit dan dibelenggu... emak belum bebas dan semoga bakal bebas... semoga emak dapat ketenangan dan sejahteraan setelah emak dibebaskan nanti...

errr... ntah hapa-hapa la yang aku merapu nih... aku sedang melatih diri agar tidak tidur di waktu akhir asar dan awal maghrib ni... aku selalu terbabas di waktu begini... aku tak mahu mewarisi kegilaan... aku mahu fight shetan-shetan durjana yang bergayut kat seluruh badan aku ni... maka, apakah yang aku sedang lakukan... ya betullll... update blog lerrr...

hari ini aku sungguh marah pada diri aku... pelbagai perkara yang bermanafaat yang telah aku rancang untuk dilakukan dari selepas subuh sehingga sekarang... namun... aku hampeh... lain yang dirancang lain yang dibuat.... aku bersalah kerana tidak memenuhi janji yang telah aku ikat dengan diriku sendiri... nih yang nak tensiiii nih... errkkk... sungguh bosan...

aku seorang di rumah Damansara ni... osmate aka house-owner melawat anak saudara baru dia... Dila dan Arif ke MIAT ada program di sana... nak merayap, MANIOBI ke MIAT... nak masak, rasa tak besh makan sensorang... nak marking, perghhh... melelas... sekotak terak ni... kena man-man... nak mandi, malas la pulak... nak tengok tv, pun malas la jugak... aku ingat la aku nak baring atas katil dan kaku dalam posisi yang asal sehingga esok pagi... arramak! baru teringat... kerja persatuan pun belum habis cover lagi nih... achoooo... majuk aaa cannih...

sekarang sudah masuk September... bulan lepas pelbagai perkara yang best berlaku kat aku... cuma aku tak sempat nak buat online write-up dalam sighnomore ni aje... meh aku recap last month's highlights...

5 August 2004 - hari aku convo di USM nun... yup! aku tak hadiri pun majlis convo yang ke-33 tersebut... memang beberapa hari sebelum tuh aku ada naik utara dengan Arif untuk ambil robe dan jumpa Siti... tapi hanya untuk tujuan penggambaran di studio Jasin sahaja... kenapa yek aku tak hadiri? sebab aku tak dapat hadir rehearsal on the 3rd kerana aku ada kelas... erkkk... are you convinced? lame huh?

6-18 August 2004 - hari-hari melepet dan lembek sedunia... sistem biology aku simply flushed out everything sampai dah tak ada apa benda lagi dah nak dirembeskan... sengsara ooo sengsara...

19 August 2004 - first time meeting persatuan dan aku telah menerima loads of tasks to do... dapat tanggungjawab yang berat dan complicated la pulak tuh...

21 August 2004 - gilang-gemilang sambutan besar-besaran besday aku yang ke-uhuk uhuk makcit dah tuo... mementang la makcit dak tuo... malam tu sebelum celebration di tempat ikan bakar... van ayah pulak meragam... ajuk aaa cannih... terpaksa la kami balik ke rumah semula dan bawa kereta masing-masing ke Pernu... ajuk aaa cannih...

25 August 2004 - Alfonso telah di"drop"kan oleh ayah di Restoran Jejambat Sungai Buluh dalam perjalanan mereka balik dari Kuala Kangsar ke Melaka... siapakah yang sebenarnya teruja? Aku atau Alfonso? Angah bekalkan RM300 duit makan... Alfonso balun Burger King di Petronas Karak, pelbagai juadah di Deen Ong Tai Kim, sarapan KFC dan Dunkin Donut di Sg. Besi... dan petang 26 Ogos... hmmm... kenapa tiga ratus semalam hanya berbaki RM50 sahaja ya? hmmm... tapi aku puas hati... kekeke... Alfonso kena basuh baaaaiiikkkk punya ngan abang Olen... malam tuh dia ikut aku ke Kg. Baru... hehehe... siap kami culik Dila lagik tuh...

26 August 2004 - aku dah teruja tapi rancangan aku, Alf dan kak Tim nak berghonjeng di KL telah tunda dan digantikan dengan lunch di Marriott Putrajaya... kakTim belanja kami dan anak-anak dia dengan taluan dim sum yang bertubi-tubi... burrrppp... terima kasih kak Tim... ALF! Stop eating!

26-28 August 2004 - "membongkang" di Jasin... hahahah... bermesra alam denga Sofea yang telah meng"kidnap" bantal busuk aku ke Johor tuh... nih yang mak yong nak majuk nih... ajuk aaa cannih...

28 August 2004 (lewat petang) - balik sensorang ke KL dengan mengangkut PC baru Arif... ingatkan balik hari Sabtu tak jam kat highway Seremban tuh... sangkaan meleset... ajuk aaa cannih... trapped in jammed di Senawang dari jam 6.30 sehingga 8.30 malam... nasib baik handphone aku boleh call out... ke Gombak... dapat tugas jemput dua orang peserta seminar dari USM Kubang Kerian... kena tolong for the sake of ahli dan of course sebab Dila jadi ass. director of the seminar... sorang amik kat Pudu dan sorang amik kat Jalan Duta... macam besh ajek kan after all the jam and butter kat Seremban nun... kan? kan?

29 August 2004 - bunked and squatted at Dila's place... landing atas katil at 2.30 a.m.... unintentionally attended the seminar (SPC4)... well... aku sebenarnya ada agenda lain yang berkaitan dengan kerja part-time aku but... what the heck... aku cuba agar tidak menjadi hamba kerja and went socialising kat seminar tuh though ter"dozed-off" some time in the afternoon tuh... penat la weiii...

Monday - 30th August 2004

- got two CIE classes in the morning and very terribly upset with the attendance... 1/4 attended... yup! there some students will barred from the final exam... definitely! tensi but truly satisfied with one/two group/s presentations... obvious efforts... hmmm... i remember telling them (+/-)... "Those who do not come to the class and by saying that they are going to celebrate merdeka are those who do not understand the spirit of merdeka. However, those who are here today are those who have understood and planted the true spirit and meaning of merdeka deep down in their hearts." Terel gak aku membebel kat anak murid aku...

- started to reschedule my timetable with the students for some forwarded classess... hahahah... aku nak berjalan jauh on the 22/23rd. September... guess where? i have decided to go to that destination only at 8.40 p.m. sebelum ke Kg. Baru... jeng jeng jeng... aku teruja? not really... lebih worry dari excited...

- Dila tak sihat tapi aku seret dia ke Kg. Baru jugak jugak... ada training dan aku nak tunjuk pada Dila akan realiti sebenar masyarakat Melayu di Kuala Lumpur menyambut hari kemerdekaan...

31st. August 2004 (Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-47)

- lepas training kami duduk di tepi padang tengok bunga api... nak balik jalan sesak...

pelik tapi benar... orang Malaysia sanggup keluar rumah redah jam bawak anak kecil dan baby semata-mata untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api... hmmm... inikah semangat merdeka yang hendak kita terapkan kepada generasi akan datang?

pelik tapi benar... belum pernah lagi di malam sambutan hari kemerdekaan, tepat jam 12 malam, disiarkan majlis doa' selamat dan muhasabah di kaca-kaca television mahupun di corong-corong radio... yang ada hanya alunan muzik gegak gempita siaran langsung dari konsert-konsert hiburan... hmmm... hebat betul peranan artis-artis di dalam memerdekan negara...

pelik tapi benar... selepas melaung kata hikmat "MERDEKA" berkali-kali... lelaki dan perempuan berpelukan antara satu sama lain di dalam kegembiraan... bagaikan telah merdeka dari yang halal dan yang haram... masing-masing gembira... gembira kerana apa ya?

pelik tapi benar... dalam perjalanan kami pulang ke Damansara melalui Jalan Tun Razak... kereta terpaksa bergerak perlahan untuk memberi laluan kepada mat rempit yang telah membusukkan kota dengan asap rempitan mereka... penghormatan mungkin perlu diberi kerana kebanyakkan mat rempit tersebut mengendong gadis-gadis muda berpakaian tiub dan seluar yang separa telanjang di belakang motor mereka... hmmm... tak ada keluarga ke anak-anak gadis tersebut?

pelik tapi benar... mat rempit-mat rempit tersebut melaungkan kata hikmat "MERDEKA" berulang kali... hmmm... tapi merdeka daripada apa ya?

maka... sms malam merdeka aku kepada sahabat-sahabat aku berbunyi sebegini...

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Benarkah kita sudah merdeka?

Selamat Me"Merdeka"kan Diri (^^)
O

MERDEKA!

- pagi sepaie hari merdeka... jam 7 pagi... jalan lengang amat... aku hantar Dila dan kawannya ke rumah persatuan... mereka ada tetamu dari UUM...

- mendapat 2 berita sedih... ibu mengandung dilanggar Storm dan mak susiesuesweeput masuk ICU... luluh jantung aku... cubit peha kiri paha kanan juga terasa... maka kami, the rest of M2RAH pergi melawat ibu Siti Sabarina di TJ... kami juga turut mendoa'kan agar makcik akan pulang pulih dan sihat seperti sediakala... mudah-mudahan... bersabar dan banyakkan solawat kepada ibu Siti Sabarina dan susie sekeluarga... we are here if you need us... just give a line... hang on tough sahabat-sahabatku berdua...

-------------------

hmmm... banyakkan highlights bulan Ogos ni... pahit manis susah senang sememangnya menjadi asam garam di dalam kehidupan semua makhluk yang bergelar manusia... errr... do i sound matured? hehehe...

okie tokie... mengantuks sudah hilang dan aku nak menandaskan diri la pulak... semoga September menjanjikan pelbagai kemanisan dan seribu satu kedamaian... till later... wassalam...


No comments: