Monday, May 18, 2009
Mode Bahasa Melayu
Dikesibukan bercuti ni, selain dari menggunakan Bahasa Inggeris pada hari Jumaat pagi, aku lebih selesa berbahasa ibunda. Cuti la katakan... hehehe...
Aku di rumah, seorang. Angah pergi ke maktabah, Dilapette pergi mengajar anak-anak orang kaya, anak-anak kangkung pergi ke nursery (bukan untuk tumbuh-tumbuhan, tapi untuk kanak-kanak). Aku di rumah, seorang.
Jam 1 tengahari. Lambakan baju t-shirt busuk baru habis pening kena spin. Lantai masih belum bersapu. Baju tiga hari lepas masih menggunung belum dilipat. Perut masih kenyang dek pekena tiga keping Haiwaian chicken sejuk baki makan malam semalam. Buku-buku masih meraung-raung minta dikemas dan dibaca. Bilik Dila? Yup. Masih horror tahap dewata raya. Aku ingat kalau tikus dan lipas nak masuk pun mau patah keluar semula tahap tak sanggup layan ke-horror-an bilik tersebut. Dapur masih belum digilap. Kipas masih belum digilap. Tandas masih belum digilap juga.
Aku di rumah, seorang. Dari pagi layan Facebook. Dari pagi mengemaskini lappy BenQ. Dari pagi layan baca blog-blog kacip bloggers Lipis. Mantap betul penulisan kutu-kutu tersebut. Tup tup sudah pukul 1 tengahari. Kerja sendiri tak siap. Kerja orang pun tak siap. Mandi pun belum. Tahap bau bango cipan mati. Aku di rumah. Seorang.
No comments:
Post a Comment