Pantun EidulFitri 2004
rumah aku di atas bukit,
memang tak ada kebun petola;
raya kali ini aku sengal sedikit,
malas cakap direct kita berpantun ajek la... ek ek...
wak porjo migraine dihamun goblog,
berpeluh ketiak makna dicari;
punya la lama aku tak memblog,
pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh hari...
kuih cek mek molek dan kuih cara,
dijamah meow tenyok yang ingin merasa;
ini ada lagi satu perkara,
pejam celik pejam celik dah habis bulan puasa...
sungguh sedih rasa di hati,
rasa tersoyat begitu pilu;
banyak perkara yang belum dihakiki,
Ramadhan ini begitu cepat ia berlalu...
Dila, Arif, Alf and Angah,
masing-masing chaiyok rajin di dapur;
aku berbuka sehingga mengah,
muka ceria walau bersahur...
sempatkah bertemu Ramadhan depan,
sudah merindui bulan yang mulia;
pelbagai perkara belum ditunaikan,
semoga bertemu dipanjangkan usia...
mari bercerita tentang raya,
raya kali ini raya yang biasa;
tidak semeriah dahulu kala,
semua orang macam takde mood sahaja...
raya ini aku useless sekali,
tiada walau sebutir kuih yang aku uliti;
segala diserahkan pada adinda-adinda yang bestari,
bermuka tensen melihat along yang mereka cintai... hehehe...
cukuplah sudah aku bermadah,
membuat kambing tersenyum girang;
maaf segala silap dan salah,
almaklumlah... aku nih hanya seorang orang...
akhir kata terimalah ucapan,
Selamat Menyambut Hari Raya gemilang;
berhati-hati bila di jalan,
pandu cermat nyawa tak hilang...
*smile*
rumah aku di atas bukit,
memang tak ada kebun petola;
raya kali ini aku sengal sedikit,
malas cakap direct kita berpantun ajek la... ek ek...
wak porjo migraine dihamun goblog,
berpeluh ketiak makna dicari;
punya la lama aku tak memblog,
pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh hari...
kuih cek mek molek dan kuih cara,
dijamah meow tenyok yang ingin merasa;
ini ada lagi satu perkara,
pejam celik pejam celik dah habis bulan puasa...
sungguh sedih rasa di hati,
rasa tersoyat begitu pilu;
banyak perkara yang belum dihakiki,
Ramadhan ini begitu cepat ia berlalu...
Dila, Arif, Alf and Angah,
masing-masing chaiyok rajin di dapur;
aku berbuka sehingga mengah,
muka ceria walau bersahur...
sempatkah bertemu Ramadhan depan,
sudah merindui bulan yang mulia;
pelbagai perkara belum ditunaikan,
semoga bertemu dipanjangkan usia...
mari bercerita tentang raya,
raya kali ini raya yang biasa;
tidak semeriah dahulu kala,
semua orang macam takde mood sahaja...
raya ini aku useless sekali,
tiada walau sebutir kuih yang aku uliti;
segala diserahkan pada adinda-adinda yang bestari,
bermuka tensen melihat along yang mereka cintai... hehehe...
cukuplah sudah aku bermadah,
membuat kambing tersenyum girang;
maaf segala silap dan salah,
almaklumlah... aku nih hanya seorang orang...
akhir kata terimalah ucapan,
Selamat Menyambut Hari Raya gemilang;
berhati-hati bila di jalan,
pandu cermat nyawa tak hilang...
*smile*
No comments:
Post a Comment