Wednesday, June 24, 2009

Two Weeks of Pains

Ouch! Ouch!

The whole last week I was down with fever, cold/flu (+ hingus berdarah) and serious phglematic coughing. A torturous week indeed. Luckily I was able to move and go about on Friday to attend Prof's session and the 9 to 5 editing course on Saturday. I thought I was doing okay on Saturday but I had a wicked tummy ache in the evening and so-forced myself to devour ikan bakar at Umbai for dinner. Ayah treated Long, dak Rose and husband, Uteh and Mok Teh, Busu including me, Dilapette and Aripette with tonnes of sea animals dishes. "Sea animals"? I was translating the word "haiwan laut"... hehe... Yet, obviously, my tastebuds refused to enjoy the nyummy meals due to the ketapetan that I was experiencing. What a waste!

As expected, the whole Sunday, I was flat on my back and was unable to enjoy all the durians and the mangosteens. Too bad! Sedih gilers.

On Monday, I was again flat on my back due to the piercing pain on my right back side. Dilapette scared the guts out of me when she mentioned the word "stroke". Dah hilang akal ke apa budak tu? It would be nice to think of positive things, right?! Saiko.

Both yesterday and today, I've been experiencing the pierce, again. This morning around 6.30 I could hardly feel the whole of my right side. The pain was unbearable and to the extent of numbness. At the moment of typing, my right arm is still lenguh sengal sengal. Is this the process of dying that I'm experiencing at the moment? Hmmm...

No worry. I am just pondering to myself.

Anyway, I am fortunate to have those helpful hands of my anak-anak sedara who always help me to alleviate the pain by massaging and punching (with those little hands of theirs) the painful right back side. And now, I am wondering. What it will be like if my siblings were ever to send me to Rumah Orang Tua Cheras? Hmmm...


Monday, June 08, 2009

Summer Cleaning!


perghhh... lemak ku seperti diperah-perah...

Checklist Sudah+Belum:

1. Meja computer - sudah bebas dari habuk, wayar segalanya sudah diikat kemas, laci belum dikemas, alas meja belum digantikan (uangnya tidak kecukupan untuk membeli alas baru, alas lama sudah robek tobek dikerjakan oleh anak kangkungs).

2. Dapur - peti ais sudah berkilat (thanks to Dilapette), kotak stok keropok sudah dikemas, rak pinggan belum dikemaskini, dapur belum digilap, barangan kitarsemula sudah dibungkus, lantai dapur belum dimop, palam belum dibaiki, lampu belum dipasang.

3. Bilik ayor - keduanya belum disimbah klorox panas.

4. Belakang rumah - almari usang belum diroboh, pokok tumpang belum ditebas (suasana scary tahap dewata raya).

5. Bilik Dilapette - 30% kemas, perlu dikotakkan barangan junkie, aiyaa!!! banyak lagi yang belum maaa... masih buleh menukunkan lipas dan cicak... mak menti juga? hahaha...

6. Bilik Akupette - rak buku belum habis dikemaskini, perlu dikotakkan barangan junkie, baju perlu dilipat, perlukan pengubahsuaian maksimum.

7. Bilik Angahpette - baju-baju lama perlu dikotakkan (tidak kecukupan uang untuk membeli kotak-kotak tersebut, RM60 sebiji tuhhh), mainan anak kangkungs juga perlu dikotakkan, baju mak dan anak kangkungs perlu dilipat, towel mereka perlu dibasuh semula (berdebu ditinggalkan selama seminggu).

8. Ruang tamu - meja jajan sudah habuk free dan jajan baru sudah terisi,
tikar mengkuang yang uzur perlu diganti, albums perlu dikotakkan, langsir perlu dibasuh.

9. Porch - lampu perlu diganti, longkang perlu digilap, port kucing kencing perlu disimbah clorox panas dan haruman.

10. Diri sendiri? - perlu mandi, the wicked toe nails perlu dipedicure dengan hati-hati supaya tidak luka (atau, dihospital aku akan tersadai), peluh perlu sentiasa dikeluarkan, diet ketat perlu dilaksanakan (tinggi sungguh gula tersebut selepas cuti-cuti Malaysia)... huhuhu...

kesimpulannya...

mampukah aku melaksanakan segala yang tersenarai tersebut dalam masa seminggu ini? baru buat 20% jek ni... kenapa perlu dikotakkan segala craps? kerana kami adik-beradik memang superbusy untuk kerja pembuangan habuk dan juga untuk mengelakkan anak kangkungs memunggah barangan kami... lagipun, mudah untuk pindah aperrr... in case, tuan rumah suruh pindah la kan... hahahaha....

lalalalala... mari la kita memerah lemak!


Friday, June 05, 2009

End of the Heavenly Clean Oxygen Trip


wahhh... sakit betul tulang belulang ni... lenguh sendi sana sini... rasa macam nak demam pun ada...

------------------------------------------------------

Yup! Semalam berakhir sudah jalan-jalan Malaysiaku selama seminggu. Dari Gombak ke Terengganu kemudian ke Mersing dan ke Melaka serta kembali semula ke Taman Saga. Satu pusingan yang lengkap. Mungkin minggu depan aku ke Utara sekali lagi, melawat opah di Kuala Kangsar. Mungkin. Sekiranya cukup ongkos, kuderat dan kekuatan.

Perjalanan seminggu yang sungguh mencabar dan menarik ini sayangnya tidak dapat dirakam di mana-mana lensa. Antara hendak dan perlu. Maka aku pilih perlu dan kehendak untuk membeli kamera diabaikan. Cuti-cuti Malaysia seorang pelajar dan pekerja sambilan lah katakan. Cukup-cukup sahaja. Cenderahati dari setiap negeri pun tiada kecuali sedikit keropok untuk ayahanda dan adik-adik serta sedikit barangan kenangan majlis di Terengganu. Antara hendak dan perlu.

TERENGGANU

Perjalanan dimulakan pada pukul 4.30 petang Khamis 28 Mei, sebaik sahaja Dila menamatkan waktu tugasnya. Kami berempat, aku, Dila, Arif dan Ayu meredah hujan ribut di Lebuhraya Karak sehingga ke Terengganu dengan berhati-hati. Hujan sangat lebat dan Arif memandu di keseluruhan perjalanan pergi. Singgah sebentar di Kemaman untuk makan malam di rumah Ayu pada jam 8.30 malam. Tomyam, sotong sambal, ikan kembung goreng, ulam dan sambal belacan. Pergghhh... semuanya mantap segar. Perjalanan kami disambung semula meredah hujan Pantai Timur pada jam 9.30 malam dan kami sampai di UMT pada pukul 1.30 pagi. Makcik chalet Anees menyambut kami dengan kurang ramah. Marah agaknya kami lewat sampai. Bukan sengaja kami mahu lambat. Kami tidak biasa dengan jalan Pantai Timur dan hujan lebat benar. Apa-apa aje la...

Program bermula pada hari Jumaat pagi. Forum yang sungguh ilmiah dan salah seorang panel ada sedikit melucukan. Tengahari Jumaat, kami melepak sahaja di chalet kami dan juga di banglo Abg Olin dan keluarga. Besar sungguh banglo tersebut. Hanya Abg Olin dan Abg Hafiz menyertai program petang di UMT. Kami di rumah mengecas bateri dan kemudiannya kelaparan tahap maksima... hahaha... Kami makan malam di restoran Giant Juice Seberang Takir. Akhirnya, tercapai juga hajat aku. Namun, malam itu aku terkedang terlebih gula. Lasttttt!

Sabtu, terlambat sedikit kami bersiap kerana kami berkemas untuk pindah ke banglo Abg Olin. Tapi kami sempat juga menghadiri majlis pembukaan konvokesyen. Fuhhh... nasib sempat. Kami hanya menghadiri konvo sesi pagi. Siti dan ibunya mengajak kami ke Pasar Payang tapi kami macam tak larat. Lagipun, tiada yang perlu. Takut pula nafsu hendak menguasai diri. Maka kami keluar makan tengahari bersama Hes, Awere, Adri dan Nurul di Teluk Ketapang. Ikhwan, anak ayahlang yang juga seorang ahli turut serta. Kami layan sotong, ikan pari, ikan kembong, udang, meehoon, cekodok, jeli kelapa dan air kelapa dengan ganas sekali. Kesilapan teknikal... hahaha... Hes dan Adri belanja kami... hahaha... Lewat petang kami berehat-rehat dan bersiap sedia untuk ke majlis makan malam perdana di Taman Tamadun Islam. Kami mendapat port baik untuk acara makan-makan dan posing-posing maut. Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar kecuali kesengalan Menteri Besar Terengganu yang datang sungguh lewat dan balik sungguh awal sebelum tamatnya majlis. Rapik dan raban beliau memang sungguh membosankan. Selain dari itu, perjalanan majlis mantap. Ini adalah gambar kami di majlis tersebut yang dirakam oleh kamera Siti.


Ahad, kami memang sangat lewat ke dewan dan terlepas acara penyampaian kad setia dan pelancaran buku budaya. Gara-gara tapet dan sakit perut. Apabila sampai di dewan UMT, semua sedang berhenti makan tengahari dan kami pun melepak di dalam dewan sehingga bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan pada jam 2.30. Mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar, ringkas dan padat. Ketiadaan Guru Utama amat dirasai. Inilah Sambutan Perayaan yang "faham-faham" dan sedikit kurang ceria tanpa kehadiran beliau. Lewat petang sesudah berakhirnya mesyuarat, kami sekali lagi ke Teluk Ketapang bersama Hes, Awere, Abg Olin dan keluarga untuk santapan makan malam makhluk laut celup tepung, sekali lagi... hehehe... Pada malamnya kami berehat di banglo dengan perasaan saspen. Esok aku dan Dila akan memandu jauh. Arif dan Ayu sudah pulang ke Gombak dengan bas rombongan mereka.

MERSING

Isnin 1 Jun 2009, seawal 5.30 pagi kami sudah bersiap sedia untuk mengemas diri dan kereta. Sedikit teruja kerana kami tidak pernah melalui Pekan dan Rompin untuk ke Mersing. Aku memandu sepanjang perjalanan ke Mersing. Kami meninggalkan banglo pada jam 8.30 pagi. Abg Olin dan keluarga akan menuju ke Bukit Mertajam. Arah yang berlainan. Sebelum meninggalkan Kuala Terengganu, kami pusing-pusing di Kampung Losong membeli keropok untuk menyampaikan hajat ayah. Kemudian aku memandu dengan santai ke Kemaman. Kami berhenti di McDonalds Kerteh pada jam 11.15 pagi untuk berjumpa dengan Semah, kawan Dila, seorang peguam di sana. Kami juga berhenti membeli atau memborong keropok kering dan sata di Geliga, berdekatan rumah Ayu yang kami rasa terbukti kesedapannya (Ayu selalu beri kami keropok Kemaman). Kemudian perjalanan diteruskan dan setibanya kami di Pantai Balok, aku sms kawan peguam aku di Kuantan. Disebabkan kami tiba di Kuantan pada jam 2.30 petang dan aku sedikit cuak untuk melalui Pekan dan Rompin pada waktu yang sangat lewat, maka aku mohon "raincheck" dari beliau untuk minum-minum bersama di Kuantan. Aiyaaa... terlepas peluang aku berjumpa beliau setelah 10 tahun tidak ketemu dan juga peluang aku dibelanja oleh beliau di Tcjantek, restoran sahabat beliau... huhuhu...

Kami meneruskan perjalanan dan selalu ketawa terbahak-bahak dek kelakarnya nama-nama kampung dan tempat yang kami lalui. Dila sempat menulis nota Kajian Tempatan. Apa nak buat, kami tiada kamera. Segalanya terpahat segar di memori. Di Pekan kami sempat pusing-pusing di Istana Sultan mengagumi kedamaian kawasan tersebut. Rompin dan Endau, hutan yang sungguh indah, segalanya amat damai. Kami pasti akan melalui kawasan tersebut sekali lagi. Kali itu dengan sebuah kamera. Kami sampai di Mersing pada jam 6.15 petang dan makan malam di restoran Cina Muslim sementara menunggu Angah dan keluarga sampai dari Johor Bahru. Kedai itu memang mantap! Malam, kami tidur di Hotel Timotel, di tepi sungai Mersing. Sungguh bahagia, tiada hiruk pikuk suara anak kangkungs dan kami merehatkan diri dengan jayanya. Adik iparku mengendali kursus di hotel tersebut dan beliau yang belanja kami tidur hotel. Terima kasih Deghih (",)

Selasa, kami buat projek basuh baju di rumah Angah dari pagi sehingga petang. Lewat petang, kami makan goreng pisang dan getuk-getuk panas serta teh panas di Gerai Mak Anjang tepi pantai. Mengunyah pisang dan meneguk teh sambil menghayun kaki di pangkin memang sungguh mengasyikkan, ditambah pula bila bayu laut yang sejuk menjamah kulit. Pergh! Sepinggan licin kami kerjakan. Di kala ini hatiku meraung-raung menyatakan tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur! Aduh. Ayah dan makcik sampai ke Mersing sebelum Maghrib. Malam itu kami makan malam di hotel dan sekali lagi tidur di hotel. Ayah dan makcik dapat tidur di Suite Rawa.

Rabu, seawal 7.30 pagi aku, Dila, ayah dan makcik menapak ke tepi sungai untuk bersarapan. Nasi lemak dan teh o ais buat aku. Kemudian kami berehat dan mengemas di bilik. 9.30 pagi, kami semua termasuk Angah menghantar ayah dan makcik ke jeti Mersing. Mereka akan bercuti-cuti Pulau Tioman sehingga Jumaat i.e. hari ini. Kemudian kami pekena soto (biasa ajek rasanya) di jeti kerana Angah dan keluarga belum sarapan. Kami kemudiannya rehat di bilik hotel sementara menunggu Deghih habis majlis. Tengahari, kami checkout dari hotel dan hantar Angah dan Adi ke rumah. Kemudian kami pusing-pusing bandar Mersing untuk urusan ITNM dan terus jalan-jalan ke Penyabong. Sempat singgah menepau pau Mersing yang sedap. RM1.30 untuk pau daging dan ayam yang masing-masing ada sebiji telur puyuh. Murahkan?

Penyabong memang menakjubkan. Sukar untuk menjelaskannya dengan kata-kata. Kampung nelayan yang sungguh damai, walaupun sedikit kurang bersih dek najis lembu yang bertaburan. Kami pulang semula ke rumah Angah dan petang selepas Asar kami dibawa Deghih ke Penyabong dan Pantai Pasir Lanun. Yup! Kali ini memang tiada kalimat yang lebih sempurna untuk menceritakan keindahan tempat tersebut. Lebih indah dari Pantai Air Papan. Aku sudah jatuh cinta!

Khamis, 4 Jun 2009. Perjalanan kami hampir berakhir. Aku sedikit sedih dan pilu. Hidup di kota realitinya tidak seindah khabar. Aku akan pulang semula ke kota materialis tersebut. Manusia rakus mencari kekayaan. Menambah yang hendak dan membazir-bazir dengan yang perlu. Tiada damai. Tiada sabar. Kurang ruang untuk kemanusiaan. Aku terpaksa pulang. Dunia ilmu menungguku di sana. Aku perlu harungi semua itu. Selepas ayah dan keluarga Deghih memulakan perjalanan mereka ke Terengganu, kami pula yang sibuk mengemas untuk pulang. 10 pagi, kami meninggalkan Mersing. Tiada ole-ole kerana saku kami sudah bertambah ketat. Anak kangkungs dan Angah masih meneruskan percutian sekolah yang damai di Mersing. Aku memandu sehingga ke Air Hitam.

Kami berhenti di Air Hitam untuk membeli sedikit jajan dan pisang salai. Aku sudah mula rasa sakit badan dan pandangan sedikit kabur. Dila meneruskan pemanduan sehingga ke Jasin. Kami berhenti di Kesang Jaya untuk menjenguk durian di belakang rumah. Tiada rezeki kami. Kemudian kami berehat sebentar di rumah Bayeed. 5.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa berhenti di mana-mana walaupun sangat lapar. 8 malam kami sampai di Ampang dan membeli nasi lemak di gerai kawasan rumah dan akhirnya... tamatlah sebuah perjalanan yang panjang... alhamdulillah...

------------------------------------------------------

demikianlah berakhirnya sebuah kisah... pagi tadi aku menghadiri sesi perbincangan falsafah seperti biasa... sedikit ralat kerana majlis makan-makan menyambut hari kelahiran bai dibatalkan dek seorang yang tidak dapat hadir... pendapat aku, baik diteruskan sahaja untuk bai dan biarlah yang seorang itu dibuat acara lain sahaja... walaupun sangat keletihan, aku sebenarnya teruja untuk menyertai majlis ini kerana aku telah terlepas yang dibuat di rumah prof dahulu... hmm... ia hanya pendapat aku, pendapat yang terkumam tidak terdaya dilafazkan...

erkkk... hairan tak kerana entry aku kali ini sedikit blues dan jiwang bahasanya... aku sengaja mahu menggunakan Bahasa Melayu kemas... maka, macam terlebih kemas la pulak... hahaha...

okeh... till later... aku mahu tidur!