Thursday, December 22, 2005

kenapa? the unfinished...

have you ever felt so lethargic without any reasons and all you wish to do is to lie down on your back and freeze? yeah! that's my exact feeling at the moment. i wish to lie down and not to move any single muscle - ignoring the students' essays, the sound of squeking fan, the glaring lamp, the smell of rain, the everything -

sampai hati beliau buat kami begini. kami pun sunyi juga. kami pun kehilangan. kami pun perlukan kasih. kami pun perlukan sayang. kami masih rasa pedih. hati kami remuk. tapi kenapa beliau buat kami begini? kenapa beliau hanya fikir tentang kebahagiaan beliau sahaja? kenapa beliau tidak mahu ambil tahu apakah erti kebahagiaan sebenar buat kami? kami tidak mahu harta. huh! kini beliau asyik berkira dengan kami. penat menggemukkan kami, mungkin. kepedihan kami kian bertambah. hati kami sudah terserpih terbang melayang ditiup angin kemarau yang mampir.


fikiranku berkecamuk...

1 comment:

Anonymous said...

I'm sorry to hear your sad story. I can only say that lets bygone be bygone. I don't know the whole story, but in my experience I think that person must be your father. Berilah dia peluang untuk hidup bahagia. Orang tua tidak sama dengan kita yang masih muda. Orang tua perlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang. Adakah kita anak-anak boleh melakukannya? kasih sayang seorang anak tidak sama dengan kasih sayang seorang isteri. Kita hanya pandai bercakap mengenainya tetapi adakah kita pandai melakukannya? Kaum perempuan mmg setia dan boleh hidup sendiri, tetapi lelaki, terutamanya yang sudah berkahwin tidak dapat hidup tanpa seorang isteri. kehilangan seorang isteri ibarat sebahagian drp dirinya hilang. Kita sebagai anak sentiasa pentingkan diri sendiri, mahukan lebih perhatian dan lebih kasih sayang sedangkan orang tua kita kehilangan kasih sayang. adakah awak mahu bapa awak merana, tidak terurus hidupnya? adakah anda sanggup menjaga ayah anda apabila dia sudah tua, nyanyuk dan tidak bermaya lagi? Adakah anda mahu mencuci segala najisnya apabila dia tidak berupaya lagi? Cuba anda fikirkan. Biarlah dia mencari pasangan hidup yang baru. Saya pasti ibu anda sudah tentu membenarkan suaminya mencari pasangan lain apabila dia pergi meninggalkan keluarga. Itu membuktikan kasih dan cinta seorang isteri terhadap suaminya. Berdoalah utk kebahagiaannya, jgnlah awak berasa kecil hati dan tension terhadap tindakannya. Derhaka barang siapa yang kecil hati terhadap kedua orang tuanya. Terimalah kehadiran orang baru dgn hati yang terbuka, tanpa sebarang penipuan dibelakang. Saya telah pun menghadapi situasi begini dan saya berasa bersyukur dgn hidup bapa saya sekarang. Tentang hal berkira tu, mungkin dia lebih berhati-hati. Lagipun, awakkan dah besar, mesti dah ada keje. Orang tua2 ni mmg suka berkira. Takkan tentang hal tu awak nak tension jugak. Ok, ease yourself.