Monday, March 21, 2005

it has been quite sometime...

nampak gayanya purata aku menulis di sighnomore makin menurun one entry per month... aku harap keadaan ini tak berterusan... secara positifnya aku sihat... aku tak biritblog sebagaimana yang pernah diutarakan oleh tokrimau sewaktu waktu dahulu maka di hari yang terpanjang di Malaysia ini aku menulis lagi... menulis untuk menghambur bicara hati dan minda...

how's life? sunyi... jawab aku dengan satu patah perkataan... aku tak ke mana-mana... nak jalan-jalan makan angin di Kuala Lumpur pun aku rasa sedikit keberatan... bukannya aku rasa best sangat melepak di rumah ni tapi rasa kesian sungguh menyelubungi diri...

adik bongsu aku tuh memanjang ajek busy... keluar ke sekolah jam 7 pagi dan balik rumah jam 5.30 petang... kemudian malam ada kelas tambahan lagi... aku jumpa dia kejap ajek... waktu maghrib dan jugak waktu sebelum tidur... tak apelah... biarlah dia belajar bersungguh-sungguh... ada impian yang tinggi yang ingin dia capai... dan nak jadi macam Amalina katanya... malam semalam pun aku sehingga ke pagi menolong dia menyiapkan powerpoint untuk presentation Bahasa Malaysia dia esok... of course gempak powerpoint dia... harapnya dia tak lupa acknowledge aku la kan...

ayah pulak kelihatan semakin kurus... aku sungguh risau... ayah masih memasak untuk kami tetapi dia sendiri tak ada selera nak menjamah makanan... kalau orang lain yang masak apatah lagi... kadang-kadang aje ayah usik lauk tu... aku sedih tengok ayah begitu... aku tahu ayah masih belum pulih dari kejutan... siapalah tak terkesima sekiranya kekasih hati pergi dengan tiba-tiba tanpa sebarang tanda dan kata... aku rasa macam mahu aje aku belasah lumat orang-orang yang sibuk mengutarakan isu kahwin ke telinga aku... kubur aruah masih basah... belum lepas 100 hari lagi.... mereka-mereka sudah lantang membuka isu... how insensitive sesetengah manusia di sekeliling aku...

adik-adik aku dua orang KLian tuh sekarang nih tengah pulun final exam... Dila dah final semester... lepas tu bulan April nih dia praktikal di Jalan Imbi... cheh! KL lagi... tak apa... nanti aku boleh pesan dia belikan aku computer apparatus kat Low Yat... okay gak tuh... dia sekarang nih asyik pucat-pucat dan seminggu selepas aruah pergi dia kena migraine selama dua minggu sampai pitam-pitam... aku risau sungguh... nasib la dak Arif tuh bertanggungjawab la jugak nak jaga kakak dia... pentan mamat sorang nih... payah sungguh nak contact dia... madang ajek handphone silent mode la bagai... aku risau bonarnya dengan aktiviti sosial dia yang misteri tuh... sesetengah bebudak Engineering nih pelik sikit perangai mereka... hmmm...

the Johorians pulak sedang sibuk membuat persediaan menyambut anak kedua... Sofea akan dapat adik... Mak Yong yang satu nih pulak tengah standby on-call... doktor kata Angah mungkin deliver dalam minggu ni atau minggu depan... apabila angah deliver ajek aku immediately kena ambil bas ke JB untuk jadi babysitter Sofea dan tukang escort mereka balik ke Melaka... Angah berpantang di Melaka... aku rasa berat sungguh tanggungjawab aku ni... dulu aruah mak tempat Angah rujuk dalam hal-ehwal bersalin dan berpantang ni... sekarang Angah mahu rujuk pada aku pula... masalahnya... macamana aku nak bagi nasihat sebab aku sendiri belum kahwin dan belum pernah merasai saat melahirkan anak... aku tak mahu bohong... well... aku rasa aku bagi moral dan emotional support ajek la gamoknya... oh no! Angah will be here! does that mean i have to cook?!!! oh dear... oh dear...

last but not least... si tapette Bayeed dan isterinya... sejak kebelakangan ni aku dah okay dah dengan adik ipar aku... kalau dulu aku asyik tensi dengan dia... sekarang aku dah okay... dulu aku selalu tertanya-tanya... kenapa aruah mak kamcing sangat dia padahal dia tuh tapette la jugak... sekarang baru tahu dan faham jawapannya... anyway... Bayeed masih truly tapette... hehehe... tapi sekarang better la dari dulu... still... tapette...

aku? aku pun tapette jugak... jobless... penniless... sometimes surrounded by some inconsiderate selfish brutes... sometimes surrounded by thoughtless minds... a tinge of emptiness here and there... a dash of losing life purposes... rambling incomprehensible thoughts... haunted by unseen fear... tricked by flashes of random images... well... that's life, ain't it? if not yours then it is my absolute pathetic life... stagnant... filthy... smelly... i hate to describe it because it is so so pathetic...

kitaran hidup aku berubah lagi... dulu aku orang siang tapi sejak malam aruah mak pergi... aku jadi orang malam semula... tidur dari jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang dan jaga dari jam 3 petang sehingga jam 8.30 pagi... bukan aku pilih untuk jadi begini... ianya berlaku sendiri... kaki aku pun tiba-tiba bengkak selepas aku bangun dari tidur... seminggu kaki kiri dan seminggu kaki kanan... hmmm... Dila kata aku kena check... adalah benda yang tak betul tuh, katanya...

sekarang aku sudah sedikit pulang pulih... menyibukkan diri dengan proposal, applications sambung belajar, kerja persatuan dan jugak mengemas rumah untuk menyambut anak sedara kedua... *erk... belum mula kemas secara serius sebenarnya... tak larat la nak angkat barang sorang-sorang... patah pinggang den nanti...* banyak sungguh perlu dikemas... aruah mak tak sempat menunaikan hajatnya untuk mengemas segala kain dan buku yang banyak di rumah kami... alhamdulillah separuh daripada baju-baju lama telah kami sedekahkan kepada mangsa tsunami... maka tak la aku melelas mengemas kain-kain yang ada nih... aruah mak pernah kata... kain baju jangan dibuang atau dibakar... sekiranya berlaku peperangan maka kain baju adalah lebih berharga daripada emas... aruah mak kemudiannya akan cerita kepada kami pengalaman moyang semasa zaman Jepun... sungguh menginsafkan... kita sekarang amat beruntung... Malaysia aman... maka amatlah penting bagi kita untuk mengekalkan keamanan ini... PEACE!

makanlah Nutrilite untuk kesihatan anda! opppsss... terpromo la pulak... ulp...

begitulah kisahnya aku dan ahli keluarga aku... masing-masing mempunyai ragam yang tersendiri selepas pemergian aruah mak... kami redha... kami sabar... kami akan sedaya upaya cuba untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan kami... walaupun sunyi... walaupun tidak semeriah dulu... walaupun tidak sama... kami akan berdiri tegak dan mara kehadapan... kasih sayang, jasa dan pengorbanan aruah mak yang tiada tolok bandingnya takkan kami sia-siakan... semoga aruah mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang menerima kebahagiaan mutlak di alam barzakh dan di akhirat... amin...

al-Fatihah...

No comments: