Monday, January 24, 2005

bukanlah azam tahun baru aku untuk tidak menulis di sighnomore...
bukan jugalah azam baru aku untuk tidak... tidak... dan... tidak...

maka aku kembali untuk ya... ya... dan... ya...
hahahaha...
confuse?

aku juga...

well bebs... aku sedikit busy... humang aiii... punyalah penat aku mengajar bebudak Form One nih... mereka tuh sungguh bijak dan eager beaver... genetically empowered jugak.. English mereka pun power mengalah sesetengah students IPTA dan IPTS aku... tapi tuh la... barangsiapa yang ada click link Tepoten-Poten? kat tepi nun maka dia tahulah apa pekerjaan aku sekarang nih... tak lama jek lagi... three days to go... i'll definitely miss those cheeky toads... hehehe...

walaupun aku nih hanya ada pengalaman mengajar di sekolah menengah swasta dan international baru nak masuk tiga minggu ajek tapi ianya sudah cukup untuk menyedarkan aku akan perit jerih mak dan ayah mencari rezeki selama ini...

yup! memang memenatkan... amat berlainan dengan mengajar adult students... melayani karenah mereka yang masih keliru akan identiti diri sendiri dan juga mereka yang masih mentah di dalam pancaroba realiti kehidupan sebenar... perrggh... memang guru itu adalah insan yang amat mulia... insaf...

namun begitu... setelah aku merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang cikgu sekolah... aku pasti akan sangat membara sekiranya melihat seorang cikgu mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa... jadilah cikgu kerana kemurnian tugas tersebut bukannya kerana wang semata-mata... kalau nak cepat kaya di dunia nih... berhenti kerja dan buat business... cikgu mungkin tidak kaya di sini tapi di sana, semoga Allah memberkati cikgu-cikgu di dunia ini...

perghhh... deep tak? hehehe... memang touching la... setiap hari bila aku lepak sensorang kat staff room tuh dan perhatikan cikgu-cikgu nih bertugas hati aku akan tersentuh teringatkan mak dan ayah... betapa kejamnya kami adik-beradik...

mungkin ada di antara cikgu-cikgu kat situ menyangka yang diam dan senyapnya aku kerana aku sombong - mementanglah lecturer universiti - tapi mereka tidak tahu bahawa diam dan senyapnya aku adalah kerana sangat mengagumi cara mereka berkomunikasi dan mengajar anak-anak kecil di situ... dan mereka tidak tahu bahawa diam dan senyapnya aku adalah kerana aku rasa kecil dan amat rendah diri sekali kerana aku tidak mampu mendidik anak-anak itu sesabar mereka... amat berlainan sekali...

mungkin aku pandai dalam teori keguruan... mungkin aku pandai membuat kajian mengenai guru-guru... mungkin aku pandai dalam mengatakan apa yang perlu dan apa yang amat penting untuk guru-guru dalam abad ke-21 ini... namun... pastinya... secara praktisnya... aku tapette... secara realitinya... aku tapette... dan secara hakikinya... aku tapette...

terima kasih abang Khahar kerana memberi peluang yang seketika ini untuk aku merasai... mengalami dan menyelami akan kehidupan cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah...

well... tapi tak semuanya menginsafkan la kan... ada jugak la beberapa perkara yang sungguh tapette dan personally... aku rasa some of the teachers kat situ memang kena berfikiran lebih terbuka... surprisingly, cikgu sekolah swasta pun bersikap sedemikan... chot chet chot chet mereka melemparkan sumpit terhadap aku... iskh... iskh... iskh... boleh tahan jugak politik cikgu-cikgi nih rupa-rupanya... tak sangka gak aku...

bagi aku... tanggungjawab mengajar tuh sama sahaja tak kira apa jua peringkat pelajar kita... tidak perlu mengatakan mengajar pelajar sekolah menengah lebih mudah daripada mengajar pelajar sekolah rendah... meh cuba ajar pelajar universiti... walaupun mereka sudah dewasa namun sukarnya ada di tempat lain pula... well... simply said... dunia ini luas dan manusia mempunyai perbezaan di dalam niat, tanggungjawab dan halatuju kehidupan... maka bersyukur dan beristiqamahlah kita di jalan yang telah Allah bentangkan untuk kita...

pergghhh... panas gak telinga aku... nasib baik aku pakai tudung... kalau tidak mahu semua orang nampak telinga aku dah bertukar kaler merah... hehehe... tapi aku okay... aku diamkan ajek... aku kat situ pun tiga minggu ajek... doing the headmaster cum principal a favour... cikgu ganti sementara menantikan cikgu sebenar pulang dari mengerjakan ibadat haji... gaji pun sekotet sangat... entah apa yang mereka dengki kan sangat aku pun tak faham... sebab aku baik dengan boss mereka ke? well... memang aku baik pun dengan dak boss sebab sesama members aperrr... iskh... iskh... malas tul aku nak layan chot chet sesetengah mereka tuh... baik lepas mengajar aku cabut ke library ajek... thank u for the kow tim permission boss! hehehe...

wowie... macam karya falsafah tuhhh... aci kadewa suka duka... sipole pole aci... cinna walna piduru talagala... nenong tengtong... nenong tengtong... nene cekudut... lahai comelnya Piyyah joget... erk... melalut plak... hehehe...

okie tokie... aku ingat baik aku gostan dulu... si alf nih nak kipas kontotnya semula... dia nak tido... maka aku kena shorten sesi mengomel kat sudut komputer yang panas tapi tak la panas sangat nih... see you later babeh!!!

akhir kata... MAJULAH CIKGU-CIKGU untuk NEGARA!!!

yehaaa!!!


p/s:

lawat la Tepoten-Poten... hasil nukilan kami Warisan Keraton... hahaha... terpromo la pulak... hahahaah...