Setelah sekian lama aku menyepi kini aku muncul kembali bersama semangat bulan yang mulia ini. Aku rasa amat gembira dan bersyukur kerana diizinkanNYA untuk menikmati bulan yang mulia ini sekali lagi. Alhamdulillah...
Kehidupan aku walaupun masih belum stabil dari segi kerjaya, aku gembira. Gembira mendapat dua kumpulan pelajar ASPER yang sungguh optimis dan kreative dalam mempelajari bahasa Inggeris. Yup! Aku juga gembira belajar walaupun minggu lepas aku ada berniat untuk tarik diri dari kelas Qualitative Research. Perghhh... namun, ku gagahkan jua semangat. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Redah jerrr...
Kelas Creative Thinking yang berat dengan ilmu falsafah membuatkan hidupku bermakna walaupun aku hanya sit-in student sahaja. Apa lagi... oh ya, kelas Pak Aziz seperti biasa berstruktur dan menarik. Kini, aku cuma sedikit gelabah kerana masih banyak kertas peperiksaan yang belum ditanda. Fuhhhhh...
Menambahkan keriangan... esok, ya, esok Faiz akan sampai ke bumi Malaysia. Yehaaaaa!!! Disebabkan kapalterbang dia sampai pagi, aku tidak dapat menjemput beliau di KLIA. Aku ada kelas daaa... Oleh itu, tak sabar rasanya nak balik Melaka Jumaat ini untuk mencium bau kari Bangalore adindaku Faiz... hahahahaha...
Oraits... Kemas tak bahasa Malaysia o? Hahahaha... Sudah lama tidak menggunakan Bahasa Malaysia kemas, gian... tapi itu pun masih kurang kemas lagi... huhuuh...
Baiklah, kepada semua yang mengenali aku, walaupun sighnomore kurang aktif sejak dua menjak ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua. Kurang aktif kerana sejak akhir-akhir ini aku kekurangan bahan untuk dikeluh kesahkan. Hidup semakin bermakna walau zahir dengan segala macam kesempitan. Alhamdulillah...
Aku doa'kan kalian mendapat erti sebenar berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Selamat meneruskan ibadah puasa untuk semua dan pohon ampun maaf zahir dan batin di atas segala silap dan salah... aku hanya manusia biasa...
3 Ramadhan berlalu
Jiwa pilu berbalut rindu
Bonda tersayang al-Fatihah buatmu
Ntah bila kan bertemu...
~Al-Fatihah~
Jiwa pilu berbalut rindu
Bonda tersayang al-Fatihah buatmu
Ntah bila kan bertemu...
~Al-Fatihah~