Monday, January 24, 2005

bukanlah azam tahun baru aku untuk tidak menulis di sighnomore...
bukan jugalah azam baru aku untuk tidak... tidak... dan... tidak...

maka aku kembali untuk ya... ya... dan... ya...
hahahaha...
confuse?

aku juga...

well bebs... aku sedikit busy... humang aiii... punyalah penat aku mengajar bebudak Form One nih... mereka tuh sungguh bijak dan eager beaver... genetically empowered jugak.. English mereka pun power mengalah sesetengah students IPTA dan IPTS aku... tapi tuh la... barangsiapa yang ada click link Tepoten-Poten? kat tepi nun maka dia tahulah apa pekerjaan aku sekarang nih... tak lama jek lagi... three days to go... i'll definitely miss those cheeky toads... hehehe...

walaupun aku nih hanya ada pengalaman mengajar di sekolah menengah swasta dan international baru nak masuk tiga minggu ajek tapi ianya sudah cukup untuk menyedarkan aku akan perit jerih mak dan ayah mencari rezeki selama ini...

yup! memang memenatkan... amat berlainan dengan mengajar adult students... melayani karenah mereka yang masih keliru akan identiti diri sendiri dan juga mereka yang masih mentah di dalam pancaroba realiti kehidupan sebenar... perrggh... memang guru itu adalah insan yang amat mulia... insaf...

namun begitu... setelah aku merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang cikgu sekolah... aku pasti akan sangat membara sekiranya melihat seorang cikgu mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa... jadilah cikgu kerana kemurnian tugas tersebut bukannya kerana wang semata-mata... kalau nak cepat kaya di dunia nih... berhenti kerja dan buat business... cikgu mungkin tidak kaya di sini tapi di sana, semoga Allah memberkati cikgu-cikgu di dunia ini...

perghhh... deep tak? hehehe... memang touching la... setiap hari bila aku lepak sensorang kat staff room tuh dan perhatikan cikgu-cikgu nih bertugas hati aku akan tersentuh teringatkan mak dan ayah... betapa kejamnya kami adik-beradik...

mungkin ada di antara cikgu-cikgu kat situ menyangka yang diam dan senyapnya aku kerana aku sombong - mementanglah lecturer universiti - tapi mereka tidak tahu bahawa diam dan senyapnya aku adalah kerana sangat mengagumi cara mereka berkomunikasi dan mengajar anak-anak kecil di situ... dan mereka tidak tahu bahawa diam dan senyapnya aku adalah kerana aku rasa kecil dan amat rendah diri sekali kerana aku tidak mampu mendidik anak-anak itu sesabar mereka... amat berlainan sekali...

mungkin aku pandai dalam teori keguruan... mungkin aku pandai membuat kajian mengenai guru-guru... mungkin aku pandai dalam mengatakan apa yang perlu dan apa yang amat penting untuk guru-guru dalam abad ke-21 ini... namun... pastinya... secara praktisnya... aku tapette... secara realitinya... aku tapette... dan secara hakikinya... aku tapette...

terima kasih abang Khahar kerana memberi peluang yang seketika ini untuk aku merasai... mengalami dan menyelami akan kehidupan cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah...

well... tapi tak semuanya menginsafkan la kan... ada jugak la beberapa perkara yang sungguh tapette dan personally... aku rasa some of the teachers kat situ memang kena berfikiran lebih terbuka... surprisingly, cikgu sekolah swasta pun bersikap sedemikan... chot chet chot chet mereka melemparkan sumpit terhadap aku... iskh... iskh... iskh... boleh tahan jugak politik cikgu-cikgi nih rupa-rupanya... tak sangka gak aku...

bagi aku... tanggungjawab mengajar tuh sama sahaja tak kira apa jua peringkat pelajar kita... tidak perlu mengatakan mengajar pelajar sekolah menengah lebih mudah daripada mengajar pelajar sekolah rendah... meh cuba ajar pelajar universiti... walaupun mereka sudah dewasa namun sukarnya ada di tempat lain pula... well... simply said... dunia ini luas dan manusia mempunyai perbezaan di dalam niat, tanggungjawab dan halatuju kehidupan... maka bersyukur dan beristiqamahlah kita di jalan yang telah Allah bentangkan untuk kita...

pergghhh... panas gak telinga aku... nasib baik aku pakai tudung... kalau tidak mahu semua orang nampak telinga aku dah bertukar kaler merah... hehehe... tapi aku okay... aku diamkan ajek... aku kat situ pun tiga minggu ajek... doing the headmaster cum principal a favour... cikgu ganti sementara menantikan cikgu sebenar pulang dari mengerjakan ibadat haji... gaji pun sekotet sangat... entah apa yang mereka dengki kan sangat aku pun tak faham... sebab aku baik dengan boss mereka ke? well... memang aku baik pun dengan dak boss sebab sesama members aperrr... iskh... iskh... malas tul aku nak layan chot chet sesetengah mereka tuh... baik lepas mengajar aku cabut ke library ajek... thank u for the kow tim permission boss! hehehe...

wowie... macam karya falsafah tuhhh... aci kadewa suka duka... sipole pole aci... cinna walna piduru talagala... nenong tengtong... nenong tengtong... nene cekudut... lahai comelnya Piyyah joget... erk... melalut plak... hehehe...

okie tokie... aku ingat baik aku gostan dulu... si alf nih nak kipas kontotnya semula... dia nak tido... maka aku kena shorten sesi mengomel kat sudut komputer yang panas tapi tak la panas sangat nih... see you later babeh!!!

akhir kata... MAJULAH CIKGU-CIKGU untuk NEGARA!!!

yehaaa!!!


p/s:

lawat la Tepoten-Poten... hasil nukilan kami Warisan Keraton... hahaha... terpromo la pulak... hahahaah...


Friday, December 31, 2004

Selamat Tinggal 2004

pejam celik pejam celik... dengan pantas 2004 akan meninggalkan kita dengan seribu satu macam kenangan pahit, manis, tawar, pedor, kelat, masin dan sebagainya...

secara peribadi 2004 adalah tahun yang paling best di abad kehidupan aku ini...

aku ingat lagi masa awal tahun dulu... masa tuh kira aku nih dah kurang stressed out sebab dah submit thesis... tapi tuh pun kusut gak sebab i was not given any hope that i would pass the paper... kemudian dari bulan Januari sampai la bulan April aku asyik dok berulang alik hospital Melaka... check darah la... jumpa shrink la... sampai aku almost convinced that i was a pure lunatic... memang hidup aku hanya spital ajek la time tuh... bulan February pulak aku asyik berulang ke HUKM sebab Dila operation polyps la pulak... disaster... yet a calmed disaster sebab aku dah tak kusut nak fikir tentang thesis aku lagi... terpulanglah pada universiti samada nak luluskan aku atau tidak...

time aku dok kalut uruskan hal-ehwal Dila, aku kena naik Penang sebab ada viva... memang aku rasa macam nak cubit-cubit ajek seluruh anggota badan aku nih dek tak percaya bila Dekan kata aku lulus thesis writing with an A dan tak perlu viva... perghhh... aku amat syukur... i did it all without my supervisor's help... tapi tu la... lepas viva tuh aku jumpa supervisor aku dan dia pulak telah demotivated aku dan dari kata-katanya macam dia skeptical dengan keputusan aku dan tak galakkan aku bersiap sedia buat proposal PhD aku... hampesss... lagi aku rasa bertambah down dan aku decided not to believe in myself dan tunggu sampai aku benar-benar dijemput oleh pihak universiti untuk menghadiri majlis konvo dalam bulan Ogos... aku takmo berharap lagi... aku tak mahu rasa kecewa selepas aku yakin dan harap... i've learnt my lessons...

kehidupan aku memang mandom dari Januari sehinggalah April... aku sengaja cut-off my social life... aku tak turun training... aku tak keluar rumah except ke hospital Melaka, rumah Angah di JB dan juga a few visits to KL jumpa adik aku... members dok risau bertanya tentang aku... sahabat-sahabat lain pulak sibuk dengan kehidupan masing-masing... aku takmo bercerita dengan sesiapa... aku takmo menyusahkan sesiapa... masa tuh keluarga aku was everything, is and will always be everything... aku banyak dapat every kind of supports dari keluarga aku... aku tak activate handphone aku... i was jobless and penniless... bank memanggil-manggil aku untuk melunaskan segala pembayaran yang tertangguh... aku quite stressed tapi tak as stress as masa aku meraung-raung dalam bilik hotel De Palma menyiapkan thesis aku... manageable stress... nasib la bila masa sukat tekanan darah aku tak tinggi... else mau panik gak aku... sepanjang siang aku tido dan sepanjang malam aku jaga... kadang-kadang aku tido the whole 24 hours... koma... aku hidup paranormal... badan aku pun macam dipam-pam naik... punya la teruk kehidupan aku bila buat masters nih... tuh baru masters... aku harap PhD nanti aku tak sebegini...

anyway... setelah aku diuji sedemikian rupa... mungkin berkat kecekalan dan kesabaran... Mei telah merubah segala-galanya... alhamdulillah kepadaNya di atas limpahan rezeki dan nikmat... aku ingat lagi betapa aku paksa diri aku untuk menebalkan muka dan melawan segala cuak di dada untuk pergi ke Seri Negeri... aku ingat lagi betapa sebalnya muka aku bila nama aku tiada dalam senarai nama semasa petang di dewan Ayer Keroh... aku mampu tersengih menyembunyi bauran rasa yang tidak selesa... aku mampir mengaku bahawa aku bertapak di Pulau Pinang... sungguh memalukan... aku cuba tabah... aku hampir putus asa tapi aku mahu pulang ke jalan itu setelah betapa lama aku tersesat jauh... aku redah segalanya walau apa yang terjadi... niat diperbetulkan semula... aku syukur... aku telah kembali walaupun perasaannya tak seperti dahulu namun aku bersyukur aku telah pulang... 25 hari lagi belum terlaksana...

Jun sehingga Oktober... bulan-bulan rezeki... aku buat part-time yang quite mencanak la jugak incomenya... lega bila dapat membayar segala tunggakan... walaupun seperti manusia nomad, hidup aku terisi dengan keletah students yang pelbagai ragam... aku turun ke padang semula... betapa tenang...

Ogos... bulan yang sungguh bermakna... confirmed... aku benar-benar lulus... percaya? masih terasa seperti bermimpi dan tidak percaya... aku ke Penang hanya untuk mengambil jubah dan menguruskan urusan kertas sekeping itu... aku tidak hadir konvo aku... unbelievable... many reasons behind it... trust me... if you were me after all those gruelsome years, you wouldn't have the heart to celebrate... segala perasaanku telah terbunuh... perghhh... deep huh?

Ogos... aku mula aktif... diberi kepercayaan yang besar di dalam sekretariat... bagi aku ianya memang sangat besar buat aku setelah apa yang aku lalui... aku tahu tahap aku di mana... aku gelisah... mampukah aku? walaupun agak berat namun aku bersyukur kerana ini adalah satu permulaan atau petanda bahawa aku diterima semula... terima kasih Tuhan... terima kasih semua... aku akan cuba melaksanakannya semampu mungkin...

Ogos... meningkat usia... yup! selamat tinggal my twenties... aku sepatutnya lebih dewasa... aku sepatutnya lebih matang... aku sepatutnya berubah... gaya bahasa di dalam sighnomore pun sepatutnya sudah menunjukkan kedewasaan... but... hey... sikit-sikit la beb... bukan mudah nak jadi dewasa nih... masa majlis birthday celebration aku di bulan itu... sengal telinga aku menerima nasihat agar tidak keanak-anakan lagi... tetap pendirian... pandai buat keputusan sendiri tidak bergantung kepada interest orang lain... jangan mengada-ngada... hehehe... memang melelas... teruk aku kena blasah dengan alf dan yang lenglain... still... as i said... it's not easy to be me...

Ogos... satu persoalan terukir... betul ke aku nak ikut kak Tim ke New Zealand? hmmm... i was so so in doubt...

kalut sana... kalut sini... tup tup... 21 September lepas meraikan hari pencen mak... zrasss... aku dah ada dalam kapalterbang on my to strange lands... first time aku naik kapalterbang though bukan first time aku ke luar negara... this was the second selepas trip aku ke Phuket tahun 1999... the feelings? sepatutnya aku rasa teruja tapi aku rasa sungguh hairan sebab aku tidak peghak... naik kapalterbang memang aku rasa cuak tapi the whole 2 weeks in Christchurch... sooo soothing... sooo calming... sooo relax... alas! i managed to dump all the bitterness and all the negativities there to be incinerated by the untouched scenic beauties of Akaroa, New Brighton pier, Hagley Park, Sumner Beach dan Christchurch itself... this was much better than the Brunei idea... Penang? just added more pains... all in all... aku pulang ke Malaysia... light... seperti baru lepas a great therapheutic spa session... reborn... recharged... recycled? hahaha... tuh belum gi Mekah lagi tu... aku ingat kalau ke Mekah mesti lagi best therapheutic feelings dia... one day... one day... insya-Allah... takkan dapat aku lupakan my trip there with kak Tim dan yang paling melekat di mindaku ialah the warmth and generosity yang Dr. Mukundan, Rema dan Lalitha berikan... they are the best hosts ever!

yada yada yada... dah masuk bulan puasa... separuh bulan puasa aku di Damansara... siap ada tukang masak sahur lagi... thanks Dila... jangan tensi... hehehe... sebelum aku balik Melaka for good abang Usop jemput aku ke majlis berbuka puasa di Kelang... okay la... okay... it was great... dah lama aku tak hang dengan members dalam suasana yang sebegini rupa... at the end of the day... i realised that... dot dot dot [censored... just for Him and me to know and to understand... indescribable... payah nak put into words...] whammy!

raya kali nih dari segi material memang la tak meriah sebab gaji last aku tak dapat lagi... tapi dari segi amalan sosial dan pemakanan memang sungguh meriah... aku dah cerita dengan panjang lebar dalam blog raya aku... walaupun sengkek... aku sakan beraya di Melaka, Perak, Penang dan Kuala Lumpur... tapi raya tahun ni tak complete sebab aku tak beraya di rumah guru dan aku tak beraya di rumah susiesusiput... kat Damansara pun hanya makan kuih raya pemberian student aku ajek... masing-masing busy ada urusan sendiri... aku pun busy jugak... busy ke sana ke mari...

dalam sengkek mengkek tuh sempat juga di bulan terakhir 2004 nih aku menghadiri conference ILLC di Hotel Evergreen, Penang pada 16 Disember 2004... 10 hari sebelum tsunami membadai Gurney Drive tempat kami bersantai sepanjang hari-hari conference yang aku rasa sedikit membosankan tuh... membosankan sebab tak banyak topics yang related dengan interest aku dan jugak membosankan sebab aku booking menginap di Hotel Gurney tapi dapat Hotel Evergreen... semuanya dek ghuplah committee penginapan la nih... tensi gak aaa tak dapat berjacuzzi... 3 hari di Penang... transit di KL dan Melaka... sambung 5 hari di JB... sibuk sungguh... aku sibuk memandu... Alf sibuk suruh aku berhenti di tepi highway nak tangkap gambar alam sekitar untuk folio Biology dia... cheh!

demikianlah adanya rentetan ulasan hidup aku di malam penutup tahun 2004 nih... tahun nih banyak perkara yang first time untuk aku...

first time jumpa shrink
[aku sumpah aku tak gila... hahaha...]

first time naik kapalterbang
[cuak beb...]

first time ke negara 4 musim
[i love New Zealand!]

first time rasa sangat cool dan tenang selepas 3 tahun dok emotionally suffered
[syukur...]

first time menghadiri conference akademik
[but a whammy one...]

first time join business
[first time nak rasa erti serious nih...]

first time buat demo di rumah
[an absolute success! thanks Kak Siah...]

first time mak aku sakit teruk
[gelabah gak ooo...]

first time handwritten diary aku meriah ditepekkan dengan reminiscence of the pasts
[tebal best tuhhh...]

first time aku tak attend konvo
[tak rasa kesal pun..]

first time ada di antara kaum keluarga aku kena operate tunni che' amat
[muahahahah...]

first time aku rasa rileks, cool dan takde perasaan jahat bila berdepan dengan those people that we know
[kuang... kuang... kuang...]

first time aku recap apa yang aku buat sepanjang tahun sepanjang ini di dalam blog
[aku ingat nak maintain ajek la originality rupa bentuk sighnomore nih...]

first time Malaysia kena tsunami
[al-Fatihah buat umat Islam yang terkorban...]

first time sambutan tahun baru di Malaysia tiada mega konsert dan acara seumpamanya
[LONG LIVE PAK LAH!]

azam? azam tahun 2004 aku memang sungguh panjang tapi tak semuanya tercapai... untuk tahun 2005 nanti aku ingat tak perlu la aku buat list azam... list ajek yang panjang berjela tapi hampeh tak kecapaian... maka untuk tahun 2005 nih... bertitik tolak dari peringatan yang telah Allah berikan kepada kita... azam aku ada dua ajek... pertama... menjalani kehidupan yang lebih sihat demi untuk kehidupan bermakna di dunia dan di akhirat... nampak general tapi dalam maksudnya nih... sedikit tapi banyak... mahal tapi murah... oppsss... terAmway la pulak... kedua... menyetelkan segala yang tak setel... mati itu wajib... i am so so reminded...

okay la... aku nak chalo dulu... malam nih takde konsert di tv... bagus sungguh... kalau tiap-tiap tahun baru dibuat macam nih... sure maksiat akan berkurangan... erk... bukan maksud aku setiap akhir tahun kita perlu dilanda tsunami... tapi kita sendiri sebagai hamba perlu sendiri ingat... bumi dah tua... segala tanda-tanda yang disebut dalam al-Quran telah dinyatakan sedikit demi sedikit... marilah kita sama-sama insaf...

akhir kalam... aku ucapkan

GOODBYE 2004!

dan

WELCOME 2005!

semoga esok adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari lepas...

Friday, December 24, 2004

ape case x 800 = Cinta Luar Biasa... hahahah... aku asyik terngiang skrip "apa kes" nasha aziz tuh ajek... kelakao gila sebab sepanjang movie tuh aku asyik mengira perkataan "apa kes" ajek... cheh! tensi gak aku sebab hans isaac ngan shani endingnya tak sebest ending nasha dan apek... anyway... nasha dan apek tuh heroin dan hero... maka no komen sangat aaa... aku cuma kesian gila kat shani tuh... kuch kuch hota hai...

erk... apsal aku intro tentang movie melayu nih... idoks la... tetiba teringat tentang cerita nih... ala 80s tuh... aku lanih kepingin gak nak tengok cerita Biar Betul sebab pojaan hatiku afdlin shauki ada berlakon... alahai... comel tul...

lanih aku ada di rumah angah di Jaybee... yup! hari sudah sungguh lewat malam... mata tak mau tido... baru lepas layan cerita seram korea yang baru tuh... cheh... tak ingat la pulak aku apa tajuknya... faiz tengah bongkang tengah rumah... belum berdengkur lagi... aku pulak dihurungi nyamuk asrama putera yang brutal nih... almaklumlah... students cuti sekolah... maka rumah warden yang satu inilah merupakan lokasi yang best untuk nyamuks mencari rejeki... nasib baik aku hanya dihurungi ajek tapi tidak digigit... magic kan? itulah bukti power tak power insect repellent amway nih... hahaha...

so, how's my trip? dari Utara hingga Selatan tuh... hebat... rakus... lagi mega menggegarkan tulang belulang aku yang kurang kalsium nih... Ahad 12 December... aku ke KL... hantar dila balik ke asrama... aku dan alf -my ardent co-pilot cum maid- transit KL menumpang tidur di rumah es beberapa malam doing nothing... hampeh tul... hari Rabu pagi baru kami straight memandu lalalala ke Penang...

majuk aaa cannih... sepatutnya lodging aku sepanjang conference tuh di Gurney Hotel tapi dek blunder mamat committee penginapan tuh maka nama aku langsung tak ada dalam list... nasib baik la member-member aku sound that fella kaw kaw punya... alas! dapat la aku satu bilik... di Evergreen Laurel Hotel tuh... majuk aaa cannih... bilik aku kecik ajek tapi bayarannya sama macam member aku yang dapat bilik besar dan daily breakfast... sabar bebanyak mummy... what an experience!

kat Penang nun aku idok la sibuk sangat attend conference sebab tak banyak papers yang related dengan study aku... aku sebenarnya lebih teruja nak jumpa tok rimau... aku nampak nama tok rimau as one of the presenters tapi tu la... bila aku tanya kawan dia yang comel tuh, dia kata tok rimau tak datang... alahai tok! hancus la harapan peminatmu yang sorang nih... tak dapat la aku mintak autograph dari tok rimau... hehehe... hope you are reading this... majuk aaa cannih tok... hehehe...

anyway... secara keseluruhan aku memang puas hati dengan trip aku ke Penang nih... though the hotel sucks... the conference was quite... well so and so... okay... alf sakan menyiapkan kerja rumah cuti sekolah dia yang tak habis habis tuh... bilik kami jadi opis dak alf... aku pulak dapat geng baeeekk punya... liya member aku masa jadik benl student dulu attended the conference too... kami nih lebih kurang sekepala... jenis huha tak kira di mana... maka mencanak la aku berghonjeng sambil berconference... kami siap menapak pergi balik dari hotel ke Gurney Plaza tuh... layan alf makan sampai beratus-ratus ringgit sampai duit aku habis dalam perut dia ajek... nasib baik sekali sekala... kalau setiap hari mau mampos aku... kiranya sepanjang alf dengan aku... sushi king, pizza hut, shakeys dan domino pizza tuh kira dah habis cover aaa... alahai... kalau tak dapat semua A dalam SPM tahun depan memang aku akan blasah usus besar dia... wachaaa!

habis conference hari Sabtu... aku, liya, ben dan alf ke Chowrasta beli jeruk meruk yang ayah aku pesan... kami patah balik ke hotel amik barang dan liya amik limo ke airport... aku boleh ajek tumpangkan liya ke airport tapi kena tukar maniobi jadik unser ke atau beamer ke... senak maniobi tuh membawa muatan aku dan alf... badan toksah kira la... dengan bukunya... baju busuk 4 ke 5 kampit... jeruknya la bagai... beg-beg misc. lagi... perghh... melelas... memang confirm di area antara Sungai Perak dan Jelapang tuh kami macam kura-kura... alahai... sehingga lori pun tergamak nak potong maniobi di area tuh... sedihnya lahai... sob sob...

petang tuh lepas checked out... kami naik ferry ke seberang dan tarus ke Kuala Kangsar transit rumah opah satu malam... yang tak bestnya aku tak sempat nak contact dan lepak ngan siti, sara dan aniza... sara dan aniza sungguh busy sebagai the committees... siti pulak aku ingat macam menyusahkan dia ajek kalau aku suruh dia datang lepak ngan aku kat Evergreen tuh... aku memang malas nak keluarkan maniobi bawak berjalan sebab parking aku dah gila best tuhhh... kat kawasan reserved tuh... nih di atas nasihat bellboy yang cute tuh la... dia kata first come first serve... zrasss... aku parked baeeekkk punya... hahaha...

di Kuala Kangsar satu malam... esoknya as early as 9 a.m. kami dah on our trip South... singgah di pasar ahad beli ikan pekasam, belanak asin, belacan pulau aman, maruku dan singgah di kilang laksa pekena laksa special dan beli laksa 8 bungkus... kami sampai di KL jam 2 lebih... aku singgah rumah ayla, UIA, rumah hes, rumah lia dan rumah zura untuk distribute segala perkara yang aku dah tapaukan untuk mereka... di rumah lia kami sempat makan nasik kenduri kawin adik dia dua round... miot dan nurul asyik pun ada... yehaaa! namun, disebabkan kami dah kemalaman... ayah tak bagi kami direct travel ke Jaybee... maka kami transit tido satu malam di rumah dan tengahari Isnin kemarin selepas kemas rumah... kami pun zrasss ke Jaybee...

esok kami nak balik Jasin... penat giler... tadik derih dan angah belanja aku dan alf sup yong taufoo dan teh tarik ganja di Danga Bay... first time ever aku rasa Danga Bay nih happening gilaks aaa pulak... petang tadi angah bawak pusing-pusing UTM Skudai... first time aku sampai lembah ilmu tuh... poyo ajek selama ini aku ingat UTM tuh mengadap laut... rupa-rupanya dalam ladang sawit... patut la ada rimau... hehehe... ampun tokkk... hehehe...

okay la... setakat nih aku puas hati la dengan segala apa yang aku encounter... mostly aku memang optimist... cuma kengkadang tuh memang aku ada terkucil hati dengan beberapa orang... minor case bagi sesetengah orang tapi major bagi aku... orang yang baru kenal aku sudah mahu buat seloroh yang bukan-bukan... kalau members lain la... satu guru mungkin satu faham... ini dia baru kenal aku hanya untuk beberapa perjumpaan dan dah buat sweeping judgment la pulak... can't help untuk berasa kecil hati... walaupun it happened sebelum trip aku ke Penang tapi sampai lanih aku masih terasa... nasib baik la aku dah jenjalan tukar-tukar angin... feel better now... no biggie...

okie tokie... aku ingat aku nak tido la sikit... esok nak drive ke Jasin... harapnya aku berjaya bertolak dari Jaybee seawal jam 10... hehehe... nanti bila sampai rumah aku blog lagi... to recap the whole year as promised... kan... kan... kan... okie tokie... Merry Christmas kepada yang menyambutnya! babai!!!


Saturday, December 11, 2004

mamemumomo... mamamememumumomo... mememomomumu...

alahai... comelnya si Sofea mengucapkan bahasanya sendiri... geramnya aku... tapi aku majuk aaa cannih... ada ke patut... asyik panggil An dia ajek... sikit sikit An... sikit sikit Acu... Mak Yong takde pun... kengkadang ajek... majuk aaa cannih...

aku di Jasin... sedikit peto... sedikit bersin-bersin... sedikit teruja... minggu depan aku nak ke Utara... Penang Fullstop sekali lagi...

minggu lepas aku official dapat keluarga baru... alhamdulillah... harapnya aku dapat membebaskan diri aku seperti senior-senior yang dah bebas dan hampir bebas tuh... uish... sangat teruja... terima kasih Hes...

sekarang... tiba-tiba rasa blank... nanti la aku sembang lagi... too much excitement for the past few weeks... otak bekerja terlalu pantas sehinggakan sukar jari jemari aku ni nak mengikut rentak joget salsa minda yang teruja nih... terlalu pantas...

nanti la... lain kali aku pasti sembang lagi... 2004... dekat nak habis... sedihnya... aku ingat nak buat recap sebelum masuk 2005... this the most wonderful year ever... terima kasih Tuhan (",)


Monday, November 29, 2004

Terbakar hatinya yang sepi...

perrrghhh... punya la sesengal badan aku nih... penat gak travel dan transit yang panjang nih... adeis... adeis...

aku dah selamat kembali dari my brief trip to Utara... ayah sponsor... hehehe... sempat la aku, Dila dan Arif -my loyal escortes- beraya ke rumah tok-tok sedara di Kuala Kangsar dan sempat la jugak aku beraya di rumah Siti sekejap... aku dah Penang .FULLSTOP. hangpa bila lagi?

Penang is still the same old Penang... dari bridge dah nampak jerebu yang meliputi pulau tuh... erk... aku ingat musim hujan nih jerebu di pulau tuh dah dibasuh... rupa-rupanya tama taja... hahaha...

frankly, aku enjoyed trip aku kali nih... aku ke Penang balik hari... sempat la ke library buat clearance dan kemudian ke IPS ambil scroll dan transcript... siap pegawai kat situ macam heran sesangat sebab aku baru nak pikap scroll... orang lain dah lama amik scroll mereka immediately lepas convocation... tapi aku... well... should I say... value the knowledge rather than the scroll... muahahaha...

petang tuh lepas berghonjeng dalam 45 minit dengan members di Pusat Bahasa, aku menghadiri majlis jamuan hari raya bersama semua fellows, dekan-dekan fakulti dan Dato' Syed... VC tak dapat hadir kerana dia kena entertain visitors... the majlis went okay dan aku amat berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang mengendalikan majlis yang best ini... aku turut teruja nak cecepat sambung belajar nih... kata-kata Dato' Syed memang satu inspirasi...

so... after so much ado... aku lanih ada di rumah Hes... setaputnya aku dah menJasinkan diri dah nih tapi memacam jenis meeting la pulak yang aku kena attend di KL minggu nih... komdian Hes pulak nak buat makan-makan hujung minggu nih... gamoknya aku seminggu la kat sini... MANIOBI aku pinjamkan kat dak Dila... hari nih aku tak ke mana-mana cuma esok malam baru nak keluar ada meeting di Jln. Kent... okay aperrr...

uish... terasa mengantuks la pulak... Rabu nih ada meeting module tapi whammy... chapters aku lum siap lagi nih... aiyaaa... terasa letih sungguh... poyo ajek konon nak siapkan sebelum Raya... cheh! hampeh! bosan aaa bila orang lain beraya dan aku pulak kena mengadap buku... again... dah la tahun lepas aku sengal tak beraya dek thesis yang kaput dipanah petir punya pasal... majuk aaa cannih...

okay la... settop duluk... aku nak spin kain la pulak... tatapeto!

Saturday, November 20, 2004

Anak kecil main api...

secara amnya bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam... Aidilfitri masih disambut dengan meriah... ada sesetengah tu selagi boleh... walaupun Syawal dah abis, open house masih tetap dilaksanakan... meriah dan untung sungguh kita rakyat Malaysia... makan dan makan dan makan dalam suasana aman dan damai... syukur alhamdulillah...

secara amnya bagi rakyat Malaysia yang berbangsa India... sambutan Deepavali juga masih terasa kehangatannya disulami dengan kehangatan Aidilfitri... teringat aku kepada Dr. Mukundan, Rema dan anaknya Lalitha di New Zealand... di mana la mereka sambut Deepavali... mereka kata mereka nak ke Australia.... Happy Deepavali Dr. Mukundan, Rema and Lalitha from Mummy in Malaysia... aku juga sempat menghantar ucapan yang berbunga-bunga kepada supervisor thesis aku dahulu... buang yang keruh ambil yang jernih... kesemuanya adalah pengalaman yang sungguh bernilai untuk aku meneruskan langkah yang entahkan panjang entahkan pendek ini... hebat sungguh Malaysia... syukur alhamdulillah...

secara amnya bagi seluruh rakyat Malaysia... tak lama lagi kita akan merayakan Tahun Baru, Hari Natal dan juga Tahun Baru Cina... pergghhh... cuti lagi... yabedabedooo... bagi yang bekerja mungkin mereka sudah atau akan menerima bonus akhir tahun... yabedabedooo... bagi pelajar-pelajar sekolah mereka akan sakan bercuti sehingga bulan Januari 2005... yabedabedooo...

secara khususnya... aku sudah habis beraya... hujan emas yang ku harap... hujan batu yang ku terima... nasib baik la tak kira apa jenis hujan pun yang menimpa... masih ada cendawan busut yang boleh aku penuhkan perut ini... uiks... kenapa sedih sangat bunyinya nih... aku memang tengah sedih aaa nih... uhuk uhuk uhuk...

habis spoil rancangan aku nak meluha dan melunaskan segala apa yang patut... hampeh betul la tempat aku kerja part-time nih... selalunya gaji aku masuk on time ajek... tapi kali nih tup tup belum masuk lagi... aku ingat mau senak aku menunggu bulan depan nih... geram sungguh aku... aku tau la semua orang nak beraya tapi kebajikan pekerja jangan la diabaikan... ngkalau takde part-timer macam aku nih, aku ingat mau kelam kabut jugak tempat tuh tak cukup lecturer... hampeh tul... siapa la punya onar nih... boss fakulti atau bendahari? tensi aaa cannih...

selalunya aku tak tensi dan tak berkira pun dapat gaji atau tidak... yelah... aku bekerja pun bukannya kerana hardup sangat nak berkira pasal duit... tapi time raya-raya cannih aku terasa pressure sungguh... manataknya... setiap hari ayah dok tanya samada duit gaji dah masuk atau tidak... kemudian ayah dah siapkan budget khas dia untuk aku sedangkan aku pun sedang mengira-ngira apa yang perlu dilunaskan... ditambah pulak dengan gara-gara mas9411 tuh accident di malam raya... lagi aaa ayah aku dok tanya sokmo... kemudian... adik-adik beradik aku semuanya tekan aku mintak duit raya la... mintak belanja raya makan Sushi King ngan Pizza Hut la... mintak belikan itu la... belikan ini la... ada adik yang sorang lagi tuh pun macam best dan macam selamba nak ngpau duit mak... kemudian... aku tensi aaa jugak sebab memacam benda yang aku dah janji nak settle tapi kena pending agik... aku nak merayap naik utara lagi... uish la... bengang giler aaa aku ngan majikan aku nih... gaji last sekopek lagi dilambat-lambatkan la pulak... dah la aku sengal-sengal otak dok marking papers students yang satu tong tuh dan lagipun bukannya aku kerja lagi kat situ lepas nih... selamba dia ajek... nih yang aku nak berkira ajek nih... ajuk aaa cannih...

perghhh... dah lega dah rasa marah dan tensi aku sikit... nasib la guru aku ajar hidup jangan bergantung dengan harta... else... mau melelas mata aku merah terjojol dan telinga aku tak berhenti-henti berasap... hehehe.... nasib la labuuu... meh aku cerita tentang raya aku pulak...

kan malam raya tuh kan aku buat pantun raya yang membayangkan seolah-olah raya aku sungguh mandom... ironi... first time dalam keseluruh raya yang pernah aku sambut... di pagi raya tuh as early as 4 a.m. aku dah bangun dan berkicau kejutkan Dila bangun tidur... hehehe... terasa lapar macam nak sahur sebenarnya... hehehe... kemudian pepagi lagi semua orang dah breakfast reramai dan kemudian lepas sembahyang raya dalam jam 10.30 tuh kami bermaaf-maafan dan smooth ajek kami balik Merlimau beraya di rumah 4 general besar... rumah lama rumah Uteh, rumah Long, rumah Alang dan rumah Ngah... tuh semua memang rumah makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku yang mesti kami ziarah pada hari raya pertama... kemudian amazingly kami larat nak terus ke Kemendor pergi rumah Busu... selalunya lepas balik Merlimau kami memang flat tak larat dan kena balik rumah dulu tidoq dan kemudian pepetang sikit baru ke Kemendor... magic kan? ada rahsianya di sebalik kekuatan kami ni... nak tahu... tungguuu... kemudian... lagi magic... lepas ke rumah Busu... aku, Dila, Faiz dan Arif larat pergi beraya ke kampung Es di Gadek, Alor Gajah... tak percaya kami dengan diri kami yang extra charge di hari raya pertama tahun nih... magic... magic...

tapi tu la... walaupun sangat cas di siang hari... malam tuh lepas Maghrib sebaik sahaja kami pulang semula ke rumah... aku dan Faiz koma tahap 9999HP Taruna... hahaha... Arif masih bertenaga dan mampu hantar his beloved kakak ipar pergi kerja... hahaha... dak Dila pulak kena paksa rela tolong emak di dapur sebab malam tuh anak-anak buah ayah datang menderu membanjiri rumah... ayah aku macam kira pakcik yang famous aaa... orang lama... so, memang setiap tahun anak-anak sedara dia datang beraya... nak tak nak macam zombie dak Dila menolong emak di dapur... aku? gelap... langsung tak dengar apa-apa bunyi pun... samada dalam bentuk panggilan mahupun bebelan... hehehe...

tapi tu la... apakah rahsianya kami sedikit cas tahun ini? rahsianya... jeng jeng jeng... JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK! hahahaha... kami adik beradik selalunya teruja di pagi raya... kat rumah sendiri kami akan balun 5 atau 6 buku ketupat bersama rendang daging dan ayam... kemudian kat rumah Uteh 3 atau 4 mangkuk penuh soto... rumah Long, 2 atau 3 pinggan terak ketupat dengan ungkep (perut hitam lembu dimasak dengan rempah ratus) dan lontong... rumah Alang, 2 pinggan ketupat dengan masak kekacang dengan tempe dan lontong... rumah Ngah, kuih muih tradisional (ermmm... seingat-ingat aku anak-anak Ngah tak pernah jamu kami ketupat... hmmm)... balik rumah makan ketupat dan rendang ayah lagi... mana tak melelas melepet flat... ikut nafsu tahap Ifrit membalun monsters... maka pada tahun 2004 ini... kami control... hmmm... tak perlu control pun sebenarnya sebab nafsu makan aku dan Dila kurang sikit tahun nih... mungkin faktor usia yang dah meningkat kot... tapi itu la... si Faiz aka Alfonso dan si Arif... perghhh... canteeekkk gila mereka cilok kat konar... maintainnn... tapi cilok mereka ada break aaa unlike macam tahun-tahun lepas... takde break langsung... kalau mengikut ranking perilaku makan yang masuk di dalam carta ayah...
  1. merasa
  2. menjamah
  3. makan
  4. melantak
  5. mentekedarah

aku ngan Dila ditahap menjamah manakala Alf dan Arif ditahap melantak pada raya tahun 2004 nih... kira okay aaa tuh... selalunya setiap tahun kami adik-beradik memang ditahap mentekedarah ajek... kuang kuang kuang... tapi tu la... kat umah Es... kami semua ditahap makan sebab dak Es nih tak puas hati tengok kami makan sikit bebenor... mau pengsan ooo... rumah Es rumah ke-6 lerrr pada hari tuh...

maka demikian sahajalah perjalanan hari raya aku tahun ini... biasa ajek tak semeriah kengkawan aku yang lain... ada yang balik Terengganu la... balik Pilah la... balik Singapore la... minyak dah mahal dan aku takde duit nak bagi maniobi makan... masa raya pertama tuh pun ayah bagi RM30 duit minyak untuk berjalan balik kampung... sayu rasa hati aku ni dah tua-tua cannih pun masih tak dapat bantu keluarga... useless sungguh... ikut hati aku boleh ajek lepak umah sensorang... tapi dah tradisi kami ke rumah general-general tuh kalau beraya di Melaka... ayah suruh pergi jugak jugak... dah la gaji aku kena sabo... duit raya sesen pun aku tak dapat... sedih aaa cannih... huuu huuu huuu... erk... aku layak dapat duit raya aperrr... masih seorang student walaupun aku naughty buat part-time sikit... aku bujang... aku comel... erk? hahahah...

sesudah la tu... panjang gilos dah blog aku nih... dari raya kedua sampai la hari ni... aku tak kemana-mana... memerap dalam rumah ajek lawan monsters... nak tulis buku dan buat any academic tasks suasana rumah kurang aman... di waktu malam aku sibuk lawan monsters... di waktu siang telinga aku melelas dengar jerit pekik jiran aku menyumpah seranah anak cucu dia... dak Sofea pun ligat semacam ooo... bijak sangat budak tuh... suka nak baca buku-buku aku... maka resolusinya? tidur dan tidur dan tidur... konon boleh hilang rasa tunsi... hampeh...

tapi tuh aaa... jangan salah sangka... walaupun aku tak makan banyak di hari raya pertama... aku tetap semakin chubby... bukannya sebab amalan pemakanan tetapi disebabkan oleh penyakit tidur berpanjangan aku dah datang kembali... buhsan aaa sehhh... aku tengah fighting aaa nih... gangguan betul... adik-adik aku kata hormon dan urat-saraf aku masih tak betul dan ostajah Angah cakap aku kena penyakit rohani... perghhh... scary heavy tuh... aku kata kat mereka nama aku bukan Rohani... aku kena penyakit Mummy kot... hehehe... erk... aku dah cerita tentang the scariest mimpi yang pernah aku alami? nanti aku cerita ek ek... seram gilos... bila aku teringat kisah mimpi aku tuh rasa macam tak nak tidur selama-lamanya... tuh la pasal aku macam saspen nak tidur di waktu malam nih... saspen ooo...

pagi bila matahari naik nanti Angah dan keluarga akan balik ke JB semula... Alf bakal diangkut sama untuk menemani Angah dan jadi baby-sitter Sofea selama 2 minggu... Derih ada kursus... Angah kena jaga periksa STPM... padankan muka Alf... biar dia gersang kat sana... kuang kuang kuang...

as for aku... lanih aku sesen haram pun tak ada... betul... walaupun seposen... maka sekiranya ayah nak sponsor trip aku ke utara maka lusa (Isnin) aku akan berangkat ke utara... sekiranya takde sponsor maka terpaksalah aku tidak dapat menghadiri perjumpaan dengan VC minggu depan... sedih aaa cannih... aku dah rancang dah nak jumpa opah, Siti dan Sara kat utara nun... ajuk aaa cannih dengan majikan aku... takmo kerja lagi kat situ... ajuk aaa cannih...

okie tokie... aku stop duluk aaa... kalau dibiarkan mau aku tarus layan rajuk yang berpanjangan nih... bak kata Alf... orang tua memang sensitive dan cepat majuk... hahahaha... tua? apa itu tua? muahahahaha...

Sunday, November 14, 2004

Pantun EidulFitri 2004

rumah aku di atas bukit,
memang tak ada kebun petola;
raya kali ini aku sengal sedikit,
malas cakap direct kita berpantun ajek la... ek ek...

wak porjo migraine dihamun goblog,
berpeluh ketiak makna dicari;
punya la lama aku tak memblog,
pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh hari...

kuih cek mek molek dan kuih cara,
dijamah meow tenyok yang ingin merasa;
ini ada lagi satu perkara,
pejam celik pejam celik dah habis bulan puasa...

sungguh sedih rasa di hati,
rasa tersoyat begitu pilu;
banyak perkara yang belum dihakiki,
Ramadhan ini begitu cepat ia berlalu...

Dila, Arif, Alf and Angah,
masing-masing chaiyok rajin di dapur;
aku berbuka sehingga mengah,
muka ceria walau bersahur...

sempatkah bertemu Ramadhan depan,
sudah merindui bulan yang mulia;
pelbagai perkara belum ditunaikan,
semoga bertemu dipanjangkan usia...

mari bercerita tentang raya,
raya kali ini raya yang biasa;
tidak semeriah dahulu kala,
semua orang macam takde mood sahaja...

raya ini aku useless sekali,
tiada walau sebutir kuih yang aku uliti;
segala diserahkan pada adinda-adinda yang bestari,
bermuka tensen melihat along yang mereka cintai... hehehe...

cukuplah sudah aku bermadah,
membuat kambing tersenyum girang;
maaf segala silap dan salah,
almaklumlah... aku nih hanya seorang orang...

akhir kata terimalah ucapan,
Selamat Menyambut Hari Raya gemilang;
berhati-hati bila di jalan,
pandu cermat nyawa tak hilang...

*smile*

e-kad dari mummy


Wednesday, November 03, 2004

yippie! akhirnya... aku berjaya juga menchaiyokkan diri menghidupkan diri di waktu siang dalam bulan Ramadhan mubarak nih... syukur... syukur... dah seminggu lebih aku hidup dalam kemakruhan ajek... namun... pada hari ini... aku sanggup kunyah salad ajek macam kambing masa sahur tadi semata-mata tak mau rasa mengantuks dek terlebih karbohidrat di dalam badan... setakat nih aku masih survive...

erk! kat mana aku ni... tengah syok melepak di library UIA nih... seawal 7.45 pagi aku dah terpacak depan pintu automatic library nih... tepat jam 8 pintu library dibuka... aku dan Dila adalah manusia pertama yang masuk ke khutub khanah ni pada hari ini... sunguh chaiyok... kan? kan? kan?

semalam kami sampai KL tengahari... sepatutnya mission aku nih dah bermula semalam tapi disebabkan biology badan belum adjust berjaga di waktu siang maka terbabas gak la semalam... kukik kukik kukik... kami ke Taman Permata pikap kuih batang buruk yang aku tempah dan kemudiannya disebabkan hari hujan maka kami ke MidValley melepak berserta hajat untuk berbuka di sana... hujan? hahaha... alasan aje tuh... dah lama sesangat aku tak ke sana... ada la dalam setahun kot... many changes... still... same 'ol happening MidValley... sempat jumpa Betty Benafe shopping agik... aku rasa itu dia la... sebab Dila memang cam sangat muka cute dia tuh... aku tak berapa cam sangat... suka kami tengok dia jenjalan shopping... dia pakai decent dan sempoi ajek tapi tetap lawa dan nampak sungguh cultured... tarus aku teringat cerita Alia Maisarah shown on TV3 beberapa minggu lepas... then kami berbuka di SK... hahaha... aku takmo spell out tempat ni sebab aku tahu mesti dak Alf tensi gila aaa aku tak bawak dia ke sini... sorry Alf... kami tak dapat nak menahan limpahan air liur bila nampak SK nih... hahahaha...

malam semalam kami tidoq kat Taman Saga... ingatkan nak singgah ajek lawat Es yang demam... tapi tu la... rasa tak larat la pulak nak balik Damansara lepas pekena pengat ubi Es... hehehe... malam nih kena balik sana la jugak... else... ada orang yang akan nangis kang... hehehe... oppsss... sebelum tuh kena ke Jalan Kent dulu... ada urusan yang belum settle beb...

okeh la... cukup la tuh aku memblog untuk hari ni... library ni dah ada system baru... each user hanya boleh guna 2 jam ajek... login dengan student id dan password agik... nasib la aku ada dua adik kat sini... fuhhh... komdian automatically masa penggunaan akan expire after 2 hours dan dah tak boleh guna lagi komputer untuk hari ni... unless... dengan librarian permission for research purpose only... research... note that... definitely not for blogging purpose... hahahahah... they are playing fair game here... okeh gak tuh...

orait aaa... nanti aku berkicau lagi... chip chip chip chip... hahahah... adios amigos!


Sunday, October 31, 2004

Superman (It's Not Easy)

I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me

I'm more than a bird, I'm more than a plane
More than some pretty face beside a train
It's not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see

It may sound absurd, but don't be naive
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed, but won't you conceed
Even Heroes have the right to dream
It's not easy to be me

Up, up and away, away from me
It's all right,
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy... or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees

I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me

It's not easy to be me.


~Five for Fighting~


siapa kata jadi superman nih senang? memang orang tengok macam best ajek dak superman nih boleh terbang... komdian tak lut kena peluru... kemudian macam hensem berkaliber gitu-gitu... tapi kesengsaraannya... hanya superman ajek la yang faham... nak bercinta payah sebab dari dunia yang berbeza... mak ayah kandung tak ada... nak kena simpan rahsia lagi... kemudian bila berhadapan dengan batu hijau tuh... melelas tak tentu pasal... kesian kan ngan superman nih... tuh superman... kita macam mana?

erk... kenapa aku di pagi sepaie nih dok sibuk cerita tentang superman... idok ler... aku suka lagu tema superman nih... so... terbabas la pulak cerita pasal superman... hehehe... IT'S NOT EASY TO BE ME... yup! yup! yup!

aku sampai dari JB petang tadi... sepanjang perjalanan aku dok mengeledan jadi maam besar berdengkur di dalam kereta Derih yang best tuh... aku tak perlu jadi supir Angah sebab adik ipar aku terpaksa balik ke JB semalam... lecturer dia buat onar hilangkan assignment dia dan bebudak kelas dia... cheh... gila melelas... aku ingat lain kali kena tangkap gambar atau sign surat sebagai bahan bukti yang assignment telah diserahkan... tapi tu la... nak marah pun tak boleh... lecturer dia tuh dah tua la jugak... pelupa kot... kesian Derih... anyway... tadik memang aku kesian pun kesian la jugak kat Derih sebab terpaksa memandu di dalam hujan yang lebat tuh ditemani dengan bunyi dengkuran best dari passenger seats... kui kui kui... nasib la Angah chaiyok dan tahan mata dari terlelap semasa suaminya memandu... aku, Dila dan Sofea... wassalam... tau-tau ajek dah masuk Tangkak... hampeh kami nih...

oh ya... aku nak berterima kasih bebanyak kat bos aku sebab memahami dan telah menunda meeting kami ke esok malam... yeaaaa... gila best... so... esok, Isnin, dengan chaiyoknya aku akan ke KL me"meeting"kan diri... yea... aku suka attend meeting dengan orang-orang yang best nih... thank you bos! *grin*

hmmm... cukuplah setakat nih ajek bebelan aku... lain kali aku ngomel lagi... erk... aku ingat starting today dan hari-hari seterusnya aku nak gunakan tulisan besar sikit la dalam blog nih... nenda dah tua dah... mata pun dah bertambah rabun nih... hehehe... okie tokies... Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!

Tuesday, October 26, 2004

Jasin Best! Jasin Memang Best!!!

alhamdulillah... tak dapat digambarkan betapa bahagianya diri ini setelah dapat pulang ke Jasin nih... heavenly... lain... duduk di rumah sendiri dengan menumpang di rumah orang... intrusion of privacy... staying at someone's house for free pulak tuh... walaupun orang tak kisah dan tak berkira... tapi aku kisah... wooo... memang aku kurang selesa walaupun dengan sahabat atau saudara sendiri... lain la kalau lepak ngan emak ayah atau adik-beradik sendiri... still... tuh pun nak kena jaga jugak tuh... nasib baik aku masih bujang... tapi tu la... memang aku sungguh tak faham dengan orang yang dah kahwin beberapa tahun dan masih menumpang di rumah emak ayah atau emak ayah mentua sendiri... komdian malas plak tuh... komdian asyik gaduh depan emak ayah dan adik ipar plak tuh... pergghhh... tak faham... tak faham... ulp... baik aku gigit sikit lidah ni... di bulan yang mulia nih... perbanyakkan sabar ajek la... kui kui kui...

hahahaha... exaggeration? nope... really... how i really truly weally wish that i would never have to go back to KL... tapi tu la aku nih memang tak pandai cakap no... being selfless most of the time... aku jugak yang selalu trapped in the end... adik-beradik aku semuanya dah tarbi aku suruh jadi selfish sikit...


"If some people can and always, kenapa kau tak boleh Long?"

itulah yang selalu mereka bebelkan... tapi aku nih selalunya ringan mulut... orang mintak tolong tulis buku... aku pun kata yes... padahal buku tuh takde kena-mengena pun dengan aku walaupun ada la sikit sangkut-paut areanya tuh... komdian... aku pun bukannya pekerja permanent kat situ... part-time ajek... komdian... aku pun tak nampak what's really in for me... aku nih bukannya nak hardup sangat nak aim for money dan fame walaupun realitinya aku nih semekin makan semekut... anyway... pura-pura eager ajek la... for my friend's sake... for my future generation's sake... maybe...


sebenarnya aku lebih teruja nak fokus pada hidup aku yang masih tak stabil nih... aku nak fokus pada mission aku yang dah beberapa ketika ter"pause"... tapi tu la... akibat pulut santan binasa... akibat mulut... padankan muka aku sendiri sebab mengada-ngada kata yes dahulu... tak tahu la samada ini adalah kelemahan atau kelebihan... sometimes aku rasa macam orang cuba ambil kesempatan ke atas aku... not to blame anybody... aku ajek yang rasa sendiri... frankly... i'm not eager and not in the mood...

komdian... lanih aku ada boss baru yang super busy... dia pulak selalu nak buat meeting takde la nak muzakarah dengan members lain tentang tarikh dan masa meeting... ikut sesedap rasa orange squash dia ajek... seolah-oleh orang lain takde commitment dan life lain... tensi memang tensi... tapi yang tang nih kena suppresskan sedikit rasa tensi ni... perjuangan sake... nih pun satu... susah aku nak kata no...

aku tengah rasa tak best nih... aku nak ke jaybee... ada damsel in distress kat sana yang aku perlu tolong dan aku memang dah janji aku nak tolong... the myself yang tak pandai kata no... yeah right... tetiba kena panggil meeting... original meeting yang sepatutnya dibuat jumaat malam lalu dikansel dan tetiba nak buat masa aku ada tugasan di jaybee pulak... really rasa divided... antara keluarga dan perjuangan... mana satu yang aku nak pilih?

aku ingat lagi masa aku kerja di Melaka dulu... kami ada menjalani satu ujian psychology... end result mendapati bahawa aku adalah satu jenis manusia yang sudah cukup puas sekiranya aku berada disekeliling keluarga dan orang yang aku sayangi... aku tak high on career or intellectual achievement... tak high on power and success... tak high on acquisition of status... cheh... rupa-rupanya aku ni hanya cukup jika berdamping dengan keluarga dan orang yang tersayang ajek... faqad! pergghhh... gila tak best kan? that's my only highest satisfaction in life... patut la aku baga peto tatapentan...

hmmm... apa la yang aku merapik meraban di awal dinihari nih... sajer... lama dah tak muhasabah diri dalam sighnomore nih... hidup terlalu hectic semenjak Jun lalu... dan syukur alhamdulillah... selepas trip ke NZ... aku macam dah charged up nak cecepat habiskan doctorate... so... bila ada bongkah-bongkah kayu yang mengganggu ketenangan deruan air sungai yang baru dicuci dan yang sudah mengalir dengan tenang nih... rasa macam sungguh distracted dari original mission aku... aku tak mahu lagi... cukup-cukuplah dengan kerja-kerja perjuangan aku dan juga tanggungjawab aku dengan universiti di utara nun... kata-kata ayah sebentar tadi memang benar-benar membuatkan aku rasa tertekan... kata-kata ayah memang semuanya betul... setiap patah kata ayah membuatkan aku runsing... aku kena fokus! seratus peratus!

honestly... walaupun sukar pada awalnya tapi kini aku teruja untuk habiskan sesi pembelajaran formal ini dan pelik tapi benar... aku sedikit teruja untuk bekerja dan memenuhi kontrak 7 tahun aku di utara... aku sudah tidak sedih lagi... aku sudah dapat menerima hakikat ini sebulat-bulatnya... memang benar... aku sudah melaluinya... memang benar... di sebalik kesunyian dan kegersangan yang panjang di pulau itu... kini aku sudah mengerti akan hikmah yang tersurat dan yang tersirat... aku sudah faham... Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan segala lumpahan hikmah dan rahmatNya... aku redha...

lega rasanya dada ini... setelah aku muntahkan saki baki kahak hijau yang melikati ruang dada ini... hampir keseluruhan dari segala-galanya yang tidak enak telah berjaya aku cuci dengan keindahan panorama alam ciptaan Tuhan di Chch dahulu... aku ingat segalanya telah habis tercuci... rupa-rupanya masih ada sedikit gelema yang tersangkut... gelema-gelema kerisauan mengenai kehidupan diri sendiri... Adila dan Alf selalu kata yang aku ni selalu hidup untuk orang... well... tidak dapat dinafikan kepentingan hidup bermasyarakat... namun... perlu kena pada tempatnya... oleh itu... biarlah kini aku cuba hidup untuk diri aku sendiri... dan hormatilah aku kerana membuat keputusan sebegini... maaf...

di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini aku mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua tetamu sighomore... apa yang tercatat di sighnomore hanyalah secebis daripada bait-bait kehidupan yang aku lalui sebagai seorang insan yang punyai jutaan kelemahan... aku tidak sempurna... lukisan hidup aku umpama roda... kadangkala aku blues... kadangkala aku kelakar... kadangkala aku nostalgia... kadangkala aku reflective... kadangkala aku rasa best... kadangkala rasa tak best... sighnomore merupakan caca marba hamburan fikir, rasa, emosi dan pandangan subjective dari diri aku sendiri... sekiranya tulisan aku mencalari perasaan kalian... ampun dan maaf dipinta kerana aku memang tidak berniat untuk mencalari dan melukai hati walaupun seekor semut... erkkk... semut ada hati ke? ulp...

akhir kalam di malam yang mulia nih... aku mengucapkan Selamat Memakmurkan Ramadham al-Mubarak... buang yang keruh ambil yang jernih... cepat-cepat makan ubat batuk Cap Ibu dan Anak untuk membuang lendir di dada... mulakan kehidupan mendatang dengan penuh optimis... semoga segala kebaikan yang lakukan diredhai dan diberkatiNya...



setenang aliran sungai di Hagley Park...


Ramadhan al-Mubarak!



Saturday, October 09, 2004

Post New Zealand Trip

hoooraaayyyyy... aku dah berjaya membaringkan diri di atas katil Jasinku yang best gilaks nih... nyaman... nyaman... rasa tak mau bangkit langsung... hehehe...

lewat Khamis malam aku sampai Jasin... mak, ayah dan Faiz semuanya teruja mendengar cerita aku... Faiz lagi teruja bila makan popocorn dan coklat yang aku tapau dari Chch... hehehe... sempat aku singgah Teras Jernang sebentar untuk melepaskan rindu kepada sahabatku yang muncit tuh... hehehe... nih pun aku pakai internet akaun dia nih sebab Bayeed punya akaun macam mogok gitu... ntahnya... heran gak aku tapi itulah adat akaun prepaid nih gamoknya... asyik meragam ajek...

how's my life after coming back to Malaysia? yup! reality bites but... I like to live in reality rather than in a dream... Chch is a total dreamland... no pollution, no traffic jam, no rude road users, excellent public transportation, its scenic beauties, friendly mat sallehs... huh... semuanya macam too good to be true... marvellous indeed... anyway, bila transit kat Singapura kemarin... bit by bit the Malaysian reality seeped in... namun... aku sangat teruja bila menjejakkan kaki di KLIA... lebih teruja daripada masa aku jejakkan kaki di airport Chch tiga minggu lepas... hehehe... aku teringat tomyam sebenarnya... hahaha... walauapapun... alhamdulillah... aku bersyukur kehadratNya kerana memberi aku peluang untuk berjalan ke negara orang dan menatapi keindahan alam yang diciptaNya... alhamdulillah... insaf... insaf...

so, as promised... kat bawah ni aku tepekkan beberapa gambar yang diambil dengan digital camera Angah anak kak Tim... kat digital cam nih ajek dak dua ratus lebih snaps... tuh belum lagi 11 roll filem yang tersadai kat kedai gambar lagi tuh... melelas aku nak membayarnya... hehehe.... amik gambar senafsu ada bila nak cuci poning kepala... hahahaha...

oraits la... aku terlalu banyak kerja marking yang perlu dibuat nih... everything should be over by 15 Oktober nih... pastu aku tak mau kerja part-time lagi kot... motivasi aku dah well-polished dan dah cukup tinggi untuk sambung doctorate... aku sure JPA dan USM pun dah tensi ngan aku sebab lama sangat nak cari tempat... hehehe... nih aku focus aaa nih... habis ajek marking papers, aku ingat nak ke Penang aaa... nak jumpa Siti dan jugak mereka-mereka yang berkenaan... so... enjoy the following photos dan see y'all later okay?!

muahhhssss...


Riccarton Road... bunga di taman Rema (tuan rumah)... cantik gila...



kambing... kambing... oooo kambing... mana-mana pun ada banyak kambing... dalam perjalanan ke Akaroa untuk cruise tengok dolphins kecik dan penguin biru di Lautan Pacific... berhenti sebentar di tepi jalan kononnya ingin menangkap kambing... mbeeekkkkk...



Cathedral Square Chch... ada pasmal... idok ler... Thursday market... aku tetap cuak sama itu burung-burung... hahahah...



University of Canterbury with Rema and Lalitha... background cherry blossom tuh...



kat Malaysia pun aku tak pernah bagi itik makan... di tepi Avon River, Hagley Park, Chch...



hagley park chch... perasan comel...



Monday, October 04, 2004

wohooooo... aku tersadai kat changi airport nih... gila mama buhsan... nak check in hotel boleh tapi aku ajek yang tak cukup duit... hahaha... lagipun... flight kami jam 5 pagi nanti... so, might as well loiter kat sini layan internet free nih...

so, this is the end of my so called vacation as tok rimau put it... biasa la... ada pros dan cons... tapi yang pastinya... aku rindu serindunya kat kamu aduhai malaysiaaaaaa... sob sob sob... dah dekat tapi belum kesampaian... tensi tul aku... okie la... aku sengal kaki 10 jam flight dari Chch tadik... internet free nih pulak takde kerusi... ampehs... baiklah... nanti aku update later... sajer jek nak jenguk sighnomore nih dari singapura... hehehe...

adios mate!

Thursday, September 30, 2004

assalamua'laikum... goodday again mate!

waaa... dah seminggu lebih dah aku melepak kat Chch nih... well... it seems months for me... anyway, here i am depan gereja besar Chch nih berinternetting dari the same cybercafe dan the same komputer...

perghhh... macam-macam benda best yang kami dah buat... immediately lepas kak Tim habis conference sabtu lepas, malam tuh kami ada makan-makan dengan students UNITEN kak Tim... best gilaks sebab dapat makan kari ayam dan ayam panggang yang halal... rasa macam lama sungguh kami tak makan daging... setiap hari sayur temayur ajek...

the next day... hari ahad... kami dibawa oleh Dr M dan keluarga ke Akaroa... perghhh... indah sungguh ciptaan Allah... kami amik kesempatan nih untuk pergi Black Cat cruise... peghak gilos aku tengok dolphin-dolphin comel show off kat tepi cruise kami... teruja gila sebab nih first time aku bersemuka dengan lautan Pacific yang sejuk dan dalam tuh... immediately time tuh aku teringat cerita Titanic... what if... aku bukannya tahu berenang... nak kata dalam tak dalamnya lautan tuh... memang hanya nampak hijau ajek airnya... perghhh... tawakal ajek la... yang pentingnya regardless of the scary thoughts... aku dapat tengok dolphins, penguins, some rare birds, lautan Pacific dan jugak berada di atas volcano yang sedang aktif... anytime beb... anytime... balik rumah petang tuh... hahahaha... aku sure mabuk... pengsan sampai kak Tim kena kejutkan bangun for dinner at 9... terukkan aku nih?

hari isnin... kami merayap-rayap kat Chch town... menapak dari Colombo street sampai ke Arts Gallery dengan Reema, Lalitha dan Emily (anak jiran Dr. M)... first time gak aku lawat arts gallery nih... kat Malaysia pun aku tak pernah buat lawatan sebegini... okay gak aaa... the experience is different daripada membaca poetry atau novel... rasa macam lebih terusik dan yup! very deep... kat sini yang bagusnya ialah kids diberi aktiviti interactive untuk mengenali dengan lebih dekat lagi sesuatu painting atau sculpture... ada aktiviti fill in the blanks, etc. untuk kids buat... very encouraging... hmmm... Lalitha got all the correct answers... power tuhhh... kemudian kami ke Arts Center... lebih kurang macam CM kita aaa dan kami buat booking untuk Fudge Tour keesokan harinya... sempat shopping tuh... kami amik bas ke Riccarton Mall dan lepak kat situ jap...

hari selasa... ke university riki line... but the line is not opened for me... whammy! maleh nak cerita... lain kali aaa... then ke Choc Fudge Tour yang menunsikan aku... semua benda nak diletak liquor gamoknya... tensi... tensi... then balik naik bas... siap terbabas 2 or 3 bus stops dari hentian original kami... hampeh... menapak ke rumah di dalam cuaca yang sungguh dingin tuh... brrrr... according to ramalan cuaca... esok pagi akan frosty dan in some places akan snow... wow... snow in spring? huh? pelik benar cuaca kat sini...

yup! memang betul frosty morning... giler jakun aku bangun awal at 6 amik gambar frost... gila kan? hari rabu semalam kami naik gondala tengok sunset di Chch... rasa macam nak freeze myself dan dok pegun kat situ lelama... nampak la gunung-ganang LOTR, Lyttleton Harbour, lautan Pacific... hebat sungguh ciptaanNya... no wonder people said they came to NZ because of the nature and the scenic beauties... true indeed!

okie tokie... hari nih kami nak ke pier New Brighton... nak pi ke public library depa... okie tokie... gtg... nanti o tulih lagi kalau sempat... babai dulu ek!


Friday, September 24, 2004

hullo! goodday dude!

hahahaha... apa khabar malaysia? aku okay dan asyik sengal tulang dan otot kesejukan... guess where i am? i'm internetting from the Cathedral Square di bandar Chch New Zealand... lovely!

3.25 p.m. waktu New Zealand 24/9/04

sekarang nih early spring tapi cuaca kat sini memang sejuk giler... mengalahkan Cameron Highlands... jakun kan aku nih... tuh belum lagik jumpa salji tuh... aku ngan kak Tim cadang nak ke Queenstown atau mungkin singgah Mount Cook minggu depan... tengok aaa pada ketahanan badan aku... asyik berdarah hidung ajek aku kat sini... sejak sampai sistem aku rasa kurang best dengan jetlagnya... sakit tunninya... hidung berdarah setiap malam... kaki aku beku memalam walaupun heater kuat terbabas... kulit aku dry... perghhh... aku amat merindui Malaysia... halal food everywhere dan yang paling penting beribu-ribu kali ialah di tandas ada air paip untuk beristinjak... aku tak culture shock cuma rasa kurang selesa ajek...

as for Chch sendiri... wow! magnificent beauty! the town itself memang condusive best... takde asap pencemaran kereta... sungai dan parks yang segar dan banyak bunga... yeaaa... aku dapat tengok bunga daffodils secara live!

Daffodils
William Wordsworth

I wander'd lonely as a cloud
That floats on high o'er vales and hills,
When all at once I saw a crowd,
A host, of golden daffodils;
Beside the lake, beneath the trees,
Fluttering and dancing in the breeze.

Continuous as the stars that shine
And twinkle on the Milky Way,
They stretch'd in never-ending line
Along the margin of a bay:
Ten thousand saw I at a glance,
Tossing their heads in sprightly dance.

The waves beside them danced; but they
Out-did the sparkling waves in glee:
A poet could not but be gay,
In such a jocund company:
I gazed—and gazed—but little thought
What wealth the show to me had brought:
For oft, when on my couch I lie
In vacant or in pensive mood,
They flash upon that inward eye
Which is the bliss of solitude;
And then my heart with pleasure fills,
And dances with the daffodils.

yup! exactly describe my feelings bila aku berada dalam kehijauan dan kecantikan alam flora dan fauna Chch nih... anyway... kat sini semua barang memang mahal gilos... coca cola kat mesia RM1.50 sebotol kecik tuh... tapi kat sini NZ3.00 which is 3 x RM2.57 duit kita... amacam melelas tak? aku memang dah melelas dah... ada lagi seminggu nak survive nih... perghhh... no wonder hosts kami asyik dok masak kat rumah ajek... host kami memang baik giler... an Indian couple with one daughter... mereka nih asalnya duduk kat Bangalore tapi pernah jadik jiran kak Tim masa mereka kerja kat MMU Melaka dulu... okay la... aku amat berterima kasih di atas hospitality mereka... mereka nih strict vegetarians so food kira covered aaa...

of course... nih pertama kali aku naik kapalterbang... teruja gak... kami amik flight from KLIA to Changi on Tuesday 21st 7 petang dan exchange naik SIA flight dari Changi ke Chch... berlepas at 9 p.m. dan sampai kat Chch at 10.39 Rabu 22/9/04 waktu tempatan dan lebih kurang 6 pagi waktu Mesia... melelas... aku mabuk sebab cuaca tak baik dan plane pulak asyik bergegar sebab turbulance... mamun sebab tak boleh tidur... perut windy dan memulas sebab sepanjang flight aku tak ke restroom... tunni sengal... miss my bed di Jasin very much...

semalam 23/9 walaupun masih sengal kami dah pusing-pusing Chch nih... kak Tim memang teruja amat... as early as 8.30 a.m. kami dah ke Canterbury University jumpa international students officers dan shopping kat kedai buku mereka serta lepak kat student centre building depa... the scenery over there is magnificent indeed... sungguh conducive... well... adakah aku mahu study di situ? hmmm...

then kami ke museum dan shopping kat sana, lepak di botanical garden, amik tram pusing town dan lepak di Cathedral Square nih kejap... aku melelas nak tidur malam semalam... macam ada "benda" follow aku... manataknya... aku nih punya lurus bendul dok pergi bergambar dengan mumia kat museum tuh sapa suruh... spooky indeed... memang aku rasa tak sihat dan kaki aku beku semalam... kak Tim kata aku menggigau dan chanted the word "mummy" masa tidur semalam... scary huh?

so, ini hari kami keluar lewat sikit... almost tengahari but the weather here is always morning for me... sebab sejut sokmo... kami pergi riki Convention Centre yang ada kat depan Town Hall... kak Tim kena register hari nih but we went too early... unlike kat Mesia selalunya register seminar pepagi... tapi kat sini pelik banyak... register at 5-6 p.m.... maka itulah sebab kami patah balik ke the Square nih dan berinternet sementara tunggu jam 5...

itulah sahaja laporan dari mummy di Chch NZ... sekian terima kasih...
_______________________________________

hahaha... okeh tak perjalanan aku? frankly... aku dah setat rindu Jasin dan Malaysia bila aku jejak kaki kat KLIA kemarin... rasa nak balik ajek dan dan nih... aku tak tahan sejuk... hujan emas di negeri orang tapi aku lebih suka hujan batu... tapi kami akan stuck kat sini sampai 3rd. October... ada seminggu lagi... esok kak Tim ke seminar dia... aku nak cuba siapkan kerja aku... markings dan buat quiz paper... walaupun nampak macam aku having fun gilaks tapi sebenarnya tidak la seperti yang disangka... aku risau dan asyik dok terfikir tentang tanggungjawab aku yang banyak belum selesai kat Mesia sana... apa khabar agaknya dak Dila and the gang menjalankan tugas persatuan kat sana nun... hmmm...

okie tokie... got to go... ccafe here is expensive gak... 1 jam = NZ3.00... huh... kali kan ajek la dengan 2.57... nasib baik NZ... kalau US atau UK... melelas... nanti aku akan tepekkan gambar yang kami ambil dengan digital kamera Angah PJ... till later... don't miss me... hahahaha... babai y'all!