Wednesday, November 12, 2003

not even a has been...
a total never was :(


laptop aku masih kaput... mothership... erk... motherboard dia kena tukar...

aku masih sedih...

bukan sebab ketiadaan laptop...
bukan sebab takde baju raya...
(erk... mak ada bagi aku kain dia untuk dibuat baju kurung)
bukan sebab aku rasa sepi...

bukan... bukan sebab itu...

aku nak lari!
jauh
jauh
jauh

arrrgghhhhh...

tapi sebelum itu...

Happy Birthday Arif!
Happy Birthday Siti!
May all our wishes come true!

Friday, November 07, 2003

laptopku masih kaput...

di malam jumaat bulan ramadhan yang mulia... aku di bilik bayeed menumpang menggunakan pcnya... adik ipar aku bertugas malam... maka... kuranglah sedikit segan aku nak menumpang berinternet... hehehe...

life has been so dull... aku tidur dan tidur dan tidur di waktu siang dan jaga dan jaga dan jaga di waktu malam... gila makruh tuhhh... aku ingat ada hikmahnya laptop aku disambar petir... mungkin disuruh kurangkan masa di hadapan komputer dan lebihkan masa di atas sejadah gamaknya... hmmm... aku perlu berlapang dada dengan ketentuan Tuhan ini :-)

well... well... well... tajuk apa yek yang aku nak ngomel dengan secara serius nih... hmmm... chacha marba ajek kot... otak aku pun in a frightful mess sekarang ni... blewp... dila dah memulakan pengajiannya... arif pun quite busy sekarang ni... alf? jadi orang bujang yang berjaya di rumah... setiap hari dia akan mengemas rumah dan menonton Itazura Na Kiss tuh... aku ingat mau melolong cd player tuh dek kebosanan yang amat... hehehe... ayah pula dengan rutin bulan puasanya... memasak untuk berbuka setiap hari... mak pula sudah mula mahu menjahit baju raya...

hmmm... speaking of baju raya... aku tak ada baju raya tahun ni... pentan dan useless la katakan... ayah kata sekarang ni dia makan separuh sebab dia kata dia dah pencen dan orang pencen kena makan separuh sebab duit pencen hanya separuh gaji asal... oleh itu aku rasa aku pula tak perlu la nak kecoh-kecoh dengan baju raya sebab orang tak kerja tak boleh nak demand apa-apa... blewp... dah makan free, dapat maniobi free dan duduk rumah free pun dah cukup baik... alhamdulillah... over... over... sungguh over aku ni...

erk.. okay la... aku takmo membebel bebanyak ini hari... otak aku sebu dan aku memang tadak feel la nak sembang dengan mengetuk keyboard komputer orang lain ni... gila rasa bungkam... hmmm... okie tokie... till later... babai duluk!

Semoga Bertemu Lail al-Qadr!
Amin...


Tuesday, November 04, 2003

tensiiiiiii!!!

laptop aku kaput...
it seems that i won't be around for quite sometimes...

i am so doubly triply sad
:(


Friday, October 31, 2003

It's Today! It's Today! It's Today!

i just wanna say...

i should have finished by today but...

i should have sent by today but...

i should have gone before today but...

i should have... truly... i should have...

panic attack?!

just wanna wish...

Happy Belated Birthday Zura!

Allah Bless Tun Dr. Mahathir!

Tahniah dan Selamat Bertugas Pak Lah!


maintain sanity... pish posh pish posh...

Tuesday, October 28, 2003

Bersabar di Bulan Ramadhan

Lijah kepenatan. Kepulangannya disambut jerit pekik pergaduhan antara sang suami dan sang isteri. Ummu senyap. Muka pucat. Tangan lemah menumbuk jintan dan bawang.

Dari dalam bilik yang mereka perasan bilik mereka itu.

"Aku sepak karang!"
Suara rengekan perlahan tidak kedengaran buah butir.
"Tak payah la! Aku ada kelas esok pagi."
Suara rengekan perlahan masih tidak kedengaran buah butir.

TUM!

"Iskh la... hentak-hentak meja pulak budak ni!"
"Mana ada hentak meja... terjatuh la."

Lijah dah faham sangat. Lijah bengkak.

"Iskh la Ummu... tahan ke dengan diaorang asyik nak gaduh ajek. Bila diaorang nak pindah?"

"Hoi! Pindah la oiii. Dah kawin pun masih nak ngempet kat Ummu dan Abbu ajek ke? Makan pun nak kena support tah hapa-hapa tah."

Lijah dah hangin. Taufan melanda. Penat berkelana masih belum pulih ditambah pula dengan tekanan emosi sedemikian rupa. Ummu masih diam.

"Nak kawin dah dikawinkan. Free lagi. Dah kawin gaduh-gaduh pulak. Kalau nak gaduh cari rumah sendiri la."

"Yang tak berkaitan tuh sila senyap. Jangan nak menyibuk urusan rumahtangga orang."

"Urusan rumahtangga kot ya pun buat la kat rumah sendiri bukannya kat rumah Ummu ni ha!"

"Senyap la! Jangan menyibuk!"

"Payah la camnih. Kakak nak nasihat pun dah tak boleh dah."

Lijah mendidih. Kelihatan asap kemutih keluar dari telinga dan hidungnya. Lijah menahan nafas. Sabar Lijah sabar.

"Kau nak berapa? Seratus cukup? Ummu ada dua ratus ajek ni. Nah la. Amik dua ratus ni. Bawak la isteri kau ke KL tuh. Sempat lagi ni berbuka lagi dua jam lagi. Malam nanti balik la. Lijah ambilkan beg Ummu atas meja." ujar Ummu perlahan.

Lijah tergamam. Tertelan air liurnya sendiri. Nasib baik telan air liur tak batal puasa. Lijah masih terkesima. Halusinasi.

Lijah ambil beg tangan Ummu. Berikan kepada Ummu. Masih keliru. Kemudian melangkah ke bilik dan membaringkan diri di atas katil. Lijah masih tidak percaya. Hatinya ditikam tombak-tombak yang tajam. Tidur. Ya. Penyelesaian yang amat baik. Tidur.

Sebelum mata ditutup Lijah berkata kepada dirinya sendiri, "Bersabar di Bulan Ramadhan..."


Ramadhan al-Mubarak!


mengambil ruang waktu yang ada sementara menantikan saat bersahur untuk hari yang kedua di bulan Ramadhan...

Alhamdulillah. Aku demam dan batuk-batuk. Walaupun terasa seperti ada tukul yang sedang bekerja di dalam kepala dan ribut taufan di dalam dada tetapi aku rasa puas dan gembira. Tuhan ingat kepadaku. Aku diuji. Alhamdulillah.

hujung minggu di jaybee sungguh meriang dan memenatkan... khamis... aku, dila dan alf sampai di rumah angah pada jam 6 petang... adik ipar aku sudah pun pergi ke camping site di mersing... kami early dinner dan melepak sahaja di rumah... ladies night! erk... alahai... dak alf ada la pulak... spoiler tul! hehehe...

aku melayan sofea bermain sehingga jam 2.30 pagi... an, acu dan mak sofea dah lama dibuai mimpi... mang aii... anak sedara aku ni memang gila adingdong aktif... dinihari macam tuh pun belum tidur lagi... bila aku tak larat nak layan sofea aku kejutkan maknya yang kelihatan sungguh penat dek 'kerajinan'nya volunteer untuk menjahitkan langsir surau sekolahnya... kesian angah... tapi tu la... aku masih dengar suara sofea mengagah dari dalam biliknya semasa aku mahu merebahkan diri di tilam best yang memanggil-manggil... tiba-tiba... senyap... erk... sofea sudah tertidurkah? aku curious... aku jenguk ke dalam bilik... cheh... mak sofea yang tertidur dan sofea pula terselit kakinya sehingga ke paras pinggang di antara katil angah dan dinding... sedang menguis-nguis bermain dengan selimut dan mulut sibuk mengunyah sesuatu... bertuah tul anak sedara aku ni bukannya reti nak nangis bila terselit camtuh... aku kejutkan angah dan angah pun memang sesungguhnya terkejut... mulut sofea sedang sibuk mengunyah kertas majalah... aiyaaa... nasib baik makyongnya cepat dan cargas menyelamatkan keadaan... hehehe... still... keesokannya terdapat cebisan kertas dalam stool sofea... lahai... lahai... anak sedaraku sorang ni... baby genius tul...

jumaat... hari diwali... aktiviti bermalas-malasan di rumah angah... nak pergi jalan-jalan makan maruku tapi takde kenalan la pulak di jaybee ni... erk... sebelum aku terlupa... ucapan selamat deepavali kepada supervisor aku di utara nun... huh... malam baru la kami keluar shopping di giant jaybee... tuh pun angah yang bertoya-toya mengajak sebab dia dah trauma menjahit dan ration best pun dah susut kat rumahnya tuh... mang aiii... first time aku ke giant jaybee... memang aku terasa macam shopping kat cosmart bukit jambul ajek... singaporeans were everywhere... sakan sungguh mereka bershopping... macam those yang aku jumpa kat jayjay dan tesco melaka... mahu penuh boot kereta diaorang memborong... hehehe... kami shopping bahan-bahan untuk masak capati (sempena deepavali... hehehe), bahan-bahan buat sandwich untuk perjalanan esok, ration karut-marut serta yoghurt untuk sofea... jangan kau... walaupun baru 7 bulan dah pandai makan yoghurt tuh si kenit ni... hehehe... lepas shopping tak sakan kami ke restoran zz tapau mee goreng dan mee rebus tulang yang femes kat jaybee... first time aku makan mee rebus tulang ni and the verdict... aku tak berapa suka mee rebus... aku tetap suka mee sop ajek... hehehe...

perjalanan? ke mana ye? ke mersing... yup! MERSING! first time aku ke mersing... angah yang suggest sebab adik ipar aku pun looking forward nak anak isterinya berada kat mersing tuh sama-sama ngan dia... aku dah mula rasa nak demam dah hari jumaat tuh tapi alf nampak gayanya sunguh bersungguh dia nak jenjalan... siap buatkan aku lemon madu panas agik supaya bagi aku ringan sket kepala dan hidung aku ni dari phelgm yang membuak-buak... siap suruh aku tidur awal lepas makan mee rebus supaya aku boleh bangun dengan sihat sejahtera kononnya...

pagi sabtu tuh aku felt much much better tapi still macam half-hearted nak memandu ke mersing... memang aku teruja nak jenjalan ke mersing tuh sebab tak pernah sampai tapi dek badan rasa tak best tuh yang aku malas tahap dewa tuh... namun... disebabkan adik-adik aku bersemangat chaiyok maka aku pun chaiyok la jugak... dila buat sandwich telur dan sardin, alf goreng nuggets, franks dan fries, angah jahit sebanyak mungkin langsir yang dia termampu dan sofea pulak macam dah rindukan ayahnya... cheh... apalagi... aku pun terpaksalah menjadi driver yang taat setia... hehehe... nak suruh angah mandu? sofea nak susu nanti macamana? hehehe...

jam 11.30 kami tepoten-poten bertolak dari jaybee... ikut jalan ke pasir gudang lalu di ulu tiram masuk persisiran kota tinggi dan zrass sampai ke mersing... ada la dalam 189 kilo kalau tak silap aku... aku maintain 60 dan 70km/h ajek dan bagi semua kereta-kereta plat J dan S yang tak pernah reti nak slow memotong aku... two reasons... satu sebab aku nak menghayati perjalanan aku ke mersing... nak tengok setiap batang pokok sawit yang aku jumpai... dua sebab aku bawak sofea dan mak sofea... kang kalau ada apa-apa yang terjadi kang siapa yang nak kena jawab kat ayah sofea kalau tak aku jugak... maka... safety first...

disebabkan kepotenan aku maka kami sampai di mersing dalam jam 3 lebih... okay aaa apa... at least sampai... hehehe... canggih aaa mersing... macam hollywood tuh... ada sign nama atas bukit... kami tak masuk pekan... amik simpang ke endau... ayah sofea camping di Tanjung Resang... kami pun cari jalan ke Tanjung Resang... perghh... saspen gak pergi ke kawasan ni sebab kami kena melalui hutan anak dara... bukit bukau yang macam scary walla... ingatkan dah sesat rupa-rupanya betul... Tanjung Resang terletak di belakang hutan dan bukit bukau tuh... memang best! aku jadi peghuk lagi peghak seketika... pusing-pusing di sekitar kampung yang sungguh kampung dan tidak ramai penduduk tuh dengan satu perasaan yang sungguh gayat... macam rusa masuk kampung gitu-gitu... suasana damai dan kawasan yang masih belum develop... best... best... best... aku terasa macam nak nak jadi penetap kat situ ajek...

kami ke camping site ayah sofea dan dapati ayah sofea masih belum pulang dari hill trekking activity... hanya ada beberapa orang murid yang baru sampai... kami dijemput lepak di rumah owner camping site i.e. chalet kat situ... sempat la kami menumpang mengosongkan bladder dan refill bladder... hehehe... kemudian meminta izin dari tuan rumah untuk meneruskan perjalanan jalan-jalan pusing kampung sementara menunggu ayah sofea pulang... hujan lebat... kami singgah di tepi pantai tempat di mana turunnya murid-murid tuh dari bukit dan picnic di dalam maniobi... haahnyer... giler thrill... blewp...

bila ayah sofea sampai... kami di bawa ke Teluk Sisik Resort and Camp untuk bermalam di situ... lerrr... kami ingatkan it was a one day trip rerupanya kena gak lepak tidur kat situ... nasib baik memang dah prepare bawak baju in case ada aktiviti peniduran... ayah sofea risau anaknya travel malam-malam... hehehe... TSRC memang gila adingdong best... kami were the only pelanggan kat chalet tuh... malam sebelumnya ada 10 keluarga lepak di situ... agaknya sebab nak puasa kot maka semua pelanggan balik awal... hmmm... anyway... the place was ours... dalam jam 6 petang tuh kami bersantai di pantai... memang best dan damai...

malam... walaupun chalet tuh bersih dan best tapi tak ada tv... giler boring... line tepon pun tak ada... nak jenjalan ke mersing terasa cuak kalau bawak sofea sebab kena lalu hutan dara yang sunyi dan pakcik kat rumah owner camp tempat ayah sofea kata malam-malam memang banyak babi di jalanraya tuh... mang aaiii... aku terasa macam nak adventure tapi mak sofea kata kalau aku, dila dan faiz nak jenjalan... dia pun nak ikut tama... cheit... maka for safety reason... again... semua orang tak boleh merayap malam... kami lepak pegun di chalet ajek main chess seround dua dan layan sofea... makan malam kami sungguh ganas... alf pilih ikan kerapu merah yang sungguh besar dan pakcik owner tuh buat asam pedas, goreng ikan tuh sket dan masak sayur kacang sotong katak untuk kami... alf makan macam tak ingat dunia... hehehe... asam pedas dia memang power amat... tapi sayang... aku, dila dan alf tak makan kepala ikan... angah pulak tak larat nak makan kepala ikan yang sungguh besar tuh... maka... terbiar sahajalah kepala ikan itu tanpa disentuh... aku harap pekerja kat situ tak segan silu memperabiskan kepala ikan asam pedas tuh... sayang aaa...

disebabkan boring tahap dewa... kami tidur awal... alf majuk sebab kami suruh dia tidur tanpa bantal, tanpa tilam dan di depan bilik air untuk membuktikan kejantanannya... hahahaha... syian alf... pagi-pagi sepaie as in 6.15... dila dan alf dan mak sofea dah merayap ke pantai... aku dan sofea masih tidur di chalet... hampeh... sapa kata memandu tak penat... ayah sofea hantar breakfast... dalam jam 10 lebih kami punggah barang masuk dalam maniobi dan zrasss ucap babai kat ayah sofea dan jalan-jalan di sekitar mersing...

kami pergi ke Pantai Air Papan di Teluk Godek, Kg. Makam (lalu depan rumah moyang sofea tapi tak singgah sebab nak cepat), Kg. Tanjung Genting (tanah mengadap laut yang mak dan ayah sofea berura-ura nak beli) dan kemudiannya maintain 20 dan 30km/h menyusuri pantai sambil menikmati pemandangan yang indah... singgah di Perusahaan Keropok Hj. Putih di Jln. Abdullah untuk memborong keropok lekor, keropok kering dan ikan bilis... oh ya! baru aku teringat... masa keluar dari Tanjung Resang... first time aku kenal bagaimanakah rupanya pokok enau atau endau... pokok yang melepaskan pucuk masing-masing tuh... hehehe... bandau tul aku ni... hehehe...

sebelum balik ke jaybee... aku pusing seround di pekan mersing yang ramai tourists tuh... alahai... no offense... tapi aku rasa pekan mersing ni cute miut macam pekan jasin ajek... hehehe... selepas seround dan bagi maniobi minum... aku pun bertolak balik ke jaybee... ayah sofea akan balik di sebelah petang... kami kena balik dulu sebab cadangnya selepas buat dan makan capati aku, dila dan alf akan balik ke melaka... mak pesan suruh balik sebab nak sahur first sama-sama... achooo... sebelum sampai kota tinggi aku dah terasa ternanar-nanar... aku dilanda mengantuk yang mega... angah terpaksa took-over memandu, dila pegang sofea, aku duduk di belakang dengan alf... sempat nap dan berdengkur seround dua... angah berhenti di kota tinggi untuk sembahyang zohor, ganti pampers sofea dan melegakan bladder masing-masing... aku terasa segar sedikit dan sambung memandu...

cecewah... Kota Tinggi town memang happening... aku suka... aku suka... cik an aku suka orang town Kota Tinggi... yippie!

sampai di jaybee kami round jaybee jalan-jalan tengok tempat angah mengajar dan kemudiannya beli ayam dan zrass balik ke zoo rumah... semua orang suruh aku tidur supaya aku segar bila memandu balik ke melaka nanti... aku pun apalagi... tanpa rasa bersalah... zzzzz... angah masak kari ayam dan sardin serta guli capati dan bancuh tepung roti jala... dila tolong angah... alf jaga sofea... dalam jam 5.30 bila aku bangun dari nap... semuanya hampir selesai... ayah dah beberapa kali menalipon kami... suruh balik awal kalau nak balik else sambung satu malam lagi di jaybee... aku cakap aku nak balik... kesian kat mak yang nak benar sahur ngan alf... leceh tul bawak anak bongsu ni jenjalan kan kan kan... hehehe... aku pun macam dah okay untuk memandu balik... tapi tu la... tiba-tiba hujan lebat dalam jam 6 tuh... aku tepon ayah dan ayah suruh kami balik esok paginya ajek... okay gak tuh... boleh aku sambung tido... truly... aku rasa toksik memang dah banyak sangat berkumpul dalam badan ni... tuh pasal asyik dok mengantuk ajek... hampeh tul...

maka... dengan itu kami pun lepak semalam lagi di rumah angah dan sahur di situ... lepas subuh... jam 12.30 tengahari... hehehe... kami balik ke jasin... memang aku ada ternanar tapi tak kronik sangat... singgah di pekan jasin beli bahan-bahan untuk buat popia daging... sampai rumah... rasa pressure dan tidur... celik-celik mata lagi setengah jam mahu berbuka... kami berbuka ala kadarisman ajek... puasa yang sebenar-benarnya puasa... lauk daging malabari ngan sup soon dan ikan cencaru stuff... popia daging... air teh o panas... of course... kurma jasin arab... aku makan sepinggan, pekena ubat batuk cap ibu dan anak dan immediately lepas maghrib aku tidur lagi... adeihh... memang aku rasa tak larat giler...

ni ha... disebabkan aku terbangun jam 1 pagi tadi maka tu la pasal aku dok menyempatkan diri berinternet... wahhh... ada beberapa email yang perlu aku balas... tapi nanti dulu la... aku nak bersahur dan punggung aku pun dah terasa kebas duduk berlamaan di atas kerusi yang langsung tak empuk ni... kepala aku pun masih terasa sedikit weng...

erk...

chahlo dulu! lain kalik aku sembang agik... selamat bersahur!

nota: Bersabar di Bulan Ramadhan bakal menyusul... cereka? ngeri? tungguuuuu...

Thursday, October 23, 2003

Pengsan Lagi???

Sudah dua hari aku pengsan kemabukan cheese, ayam dan tomyam. Perut sebu. Otak beku. Mata kuyu. Sehingga kini masih lesu.

hahahaa... truly my sunday was the happeningest... aku sampai teejay dalam pukul sepuluh lebih... huh... hanya ibu siti dan hahim ajek yang dah datang... orang bangi dan tee-es lum sampai agik... orang jasin jugak yang cargas... hehehe... erk... tapi bukan ibu siti dan hahim tuh tuan rumah ke? hahaha... ayam sudah diperap... tinggal tunggu semua orang datang untuk memulakan sessi makan-makan...

teejay sediakan ayam, hotdog dan daging burger untuk dilengitkan di atas dapur barbeque... tee-es rebus seperiuk terak tomyam campur yang super duper potion of the death... bangi buat greek salad yang cheesy juicy nyummy... aku godak cheese dan macaroni dalam kuali giant seolah-olah ianya bakal di baham oleh lapan ekor baby giant... erk... kalau taman samudra ada aku ingat mau dia jugak akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan... anyway, a perfect combination... memula ratah bahan-bahan ghadak bbq, kemudian makan greek salad dengan baguette, kemudian hentam mac and cheese dan finally washed all the fats dengan tomyam yang masam lagi maut kadar ke'potion'annya dan dineutralkan pula dengan punch buah-buahan yang nak manis tapi tak manis... begitulah circlenya berulang-ulang kali sehingga malam menjelma dan sehingga stok pemakanan ala baby giant kami tuh habis... erppp... alhamdulillah...

Thus, adakah benar aku telah pengsan selama dua hari? Percayakah kau?

meeting ringkas telah diadakan dan kami akan mencari satu masa yang sesuai untuk potluck dan juga acara makan kek di bulan puasa nanti... amacam? apakah menu kita kali ini?

Sebab pulut santan binasa sebab perut badan binasa. Sejauh manakah akan kebenaran ini? Bulan puasa bulan makan-makan? Adakah ini realiti atau fantasi?

the day ended well dan sebelum aku menumpang sebantal dua di ampang aku singgah sebentar di peejay untuk menghantar mac and cheese serta tomyam kepada arif... mang aiii... semasa aku mengecall semula arif setengah jam kemudiannya... aku dengar semacam ada background bunyian katak... aku ingatkan katak memanggil hujan... rupa-rupanya setelah aku amati betul-betul... ianya adalah bunyi dorm-mates arif sedang membuat choral burping... arif kata bebudak tuh kata kalau ada lagi tomyam dan mac and cheese depa nak lagi... hampeh betul bebudak ni... kalau dah dasar budak hostel tuh memang dasar budak hostel la jugak-jugak... nasib baik la teejay tapaukan dua tupperware tomyam dan dua tupperware mac and cheese... else... lagi terkulat-kulat la bebudak tuh... hehehe...

Budak hostel akan baham apa sahaja. Adakah statement ini benar?

sampai rumah pah an dalam jam 11.30 malam... terus kemaskan tempat tidur... bila aku bangun pagi baru aku perasan... kucing-kucing pah an telah mengonarkan aku... penuh seluar tidur aku dengan bulu kucing... hampeh... mementang la malam tu hujan habis kucing-kucing itu telah mengambil kesempatan untuk mengkrong di kaki aku yang mungkin panas agaknya bagi mereka... hampagas tul... bloody cats!!

Siapa yang bersalah? Aku atau kucing?

monday was another happening day... aku ada small reunion dengan dua kawan sharod aku... lunch di food court midvalley sambil bertukar-tukar gossip, cerita hangat serta mengenang kembali zaman ketaikoan di bangku sekolah dahulu... mereka masih cool... takde apa yang berubah... maintain gitu-gitu... bercerita mengenai itu dan ini... it was such a good feeling to meet them again... as if past was no longer in the past... present past... past present... aku sungguh rasa teruja... aku ingat kalau ramai lagi yang berkumpul mau lagi meriah dan terbang bumbung midvalley tuh... hehehe... thanks gals for the great moment... though it was too swift yet truly meaningful... lain kali kita lepak-lepak agik ek?

Kedengaran seperti kebanyakkannya sudah stabil dengan kerjaya mahupun dengan kehidupan rumahtangga. Adakah aku cemburu? Bilakah aku akan mencapai kestabilan itu? Mengapakah aku masih pentan? Atau, adakah aku sengaja mementankan diri? Kenapa? Mengapa? Bila? Di mana? Bagaimana? Soalan-soalan itu masih membayangi perjalanan kehidupan ini. Apakah yang perlu aku lakukan untuk mengecap tenang dan bahagia?

though mereka telah mengambil extra time untuk lunch... dalam jam 2.45 petang kawan-kawan aku terpaksa pulang ke opis sebab ada tanggungjawab yang menunggu...

Tanggungjawab. Segala perkara yang aku tanggung masih belum berjawab. Adakah terlalu berat sangat tanggunjawab itu sehingga ianya tidak tertanggung dan tidak terjawab?

aku dan dila... my chaperonis... hehehe... meneruskan aktiviti sosial kami sebelum berangkat pulang ke melaka... balik awal-awal pun tak best jugak... panas dan jalan mungkin sibuk... balik malam best sket... jalan sejut... alasan...

memula kami nak tengok League of Extraordinary Gentlemen tapi tak jadi disebabkan ada masalah teknikal show pukul 4.15 dibatalkan dan yang ada hanya show pukul 6.15... terlalu lewat tuh... dila nak sangat tengok Cinta Kolestrol tetapi aku tak hendak sebab aku selalu tensen dengan ragam audience panggung filem melayu ni... audience yang jenis mulut tertelan kaset dan jenis mulut tak berinsuran... dah banyak kali dah aku experience dengan audience yang takde manners bila tengok filem melayu ni... memekak tak tentu pasal... takde hormat pada audience lain yang nak menghayati jalan cerita dengan bijaklaksamana... maka aku rasa serik... dan disebabkan kami tak bawa student id untuk discount kepada enam ringgit maka aku tak nak bazirkan lapan ringgit aku dengan berada di dalam lingkungan audience yang sedemikian rupa... bab-bab camni aku memang berkira banyak... akhirnya... kami resorted to watch Tale of Two Sisters... dengan harapan audience cerita seram korea ni adalah audience yang cemerlang...

Padi yang ku harap lalang yang tumbuh. Adakah ini selalu berlaku kepada kita?

sementara menunggu jam 4 kami lepak-lepak di jayjay membeli tiga set vcds japanese drama series - Antique, God of Cookery dan Taiyo No Kisetsu - serta satu kipas kecik untuk menutup mata semasa menonton cerita seram tuh nanti... hahahaha...

Adakah benar aku telah pengsan selama dua hari? Atau....???

cerita seram korea tuh memang best... aku tengok 80% ajek sebab another 20% aku tutup mata dengan kipas kecik baru aku tuh... hampeh... ni pun membazir lapan ringgit aku ajek... cerita tuh memang seram dan saspen mencanak... aku ingat lebih seram daripada Dark Water tapi dari segi ketraumaannya... Dark Water lebih menghantui pemikiran selepas menontonnya... ntah apasal ntah... maybe sebab aku nih memang cuak dengan bebenda yang berkaitan dengan lift, air dan tangki air kot... setakat almari baju, sofa, bawah dapur dan hantu terbang atas katil tuh aku ingat tuh okay agik kot... tapi tu la... punya la hangin aku rasakan... ada seorang mamat muda depan aku ni tertelan kaset... walaupun dah dishooo oleh ramai orang dalam panggung tuh tetap dia memekak yang bukan-bukan... iskh la... mau ajek aku ketuk kepala dia dengan kipas kecik aku tuh... lagi aku nak lari dari this kind of audience lagi dia mai kat depan aku... aku sabar... aku tak mau cari gaduh... aku sabar... malu aku dengan sikap bangsa aku ni... very the very the very... argghhh... malas aku nak komen...

MOBIEEER... TANGKAP IA

habis dalam kul 7 lebih... aku dan dila pergi cari stock kudapan untuk perjalanan kami yang 'jaaaawwwuhhh"... singgah di bread loaf story dan shopping dua buntil beg plastik roties dan pastries untuk kudapan serta ole-ole buat mak, ayah dan alf di rumah... tak cukup lagi... singgah di la boheme cari donut kecik dan garlic bread... grabbed dua mocha dan zrassss balik melaka... sampai di rumah dalam jam 10 lebih kami berparti roti... yehaaa!!

hari selasa... aktiviti misteri... hari rabu... aktiviti misteri... hari ini... khamis... erkkk... alamak! dah terlewat la pulak... aku kena segera mandi dan bersiap... aku, dila dan alf akan ke jaybee... yehaaaa?! kena temankan angah dan sofea yang duduk keduaorangan sahaja di asrama yang sunyi sepi tanpa students... adik ipar aku ada camping la pulak... arif balik hari ni tetapi dia volunteer stay di rumah temankan mak dan ayah yang akan join venture dengan uteh buat kenduri esok di merlimau... ikut hati malas bonarnya aku nak keluar ke mana-mana tapi alf ngan dila takde lesen... hampeh... kang langgar tiang la pulak maniobi aku tuh... hehehe...

okie la... dah panjang sangat aku membebel... ciao dulu ;p

ana terbantut... lalalala... bulu kambing...

nota: misteri microwave yang lesap...

Sunday, October 19, 2003

perrghhh... tengok tuh... punya la siput aku nih... dah hari ahad baru nak ngupdate... hehehe...

aku nih bonarnya macam baru terjaga dari tidur dan payah pula nak sambung tidur so tetiba terasa macam nak berinternet plak... tak lama lagi subuh so, biarlah aku ngomel duluk kat awang kenit nih...

apa aku buat sepanjang minggu? nothing much... makan tido makan tido ajek... hehehe... suatu kehidupan hampeh yang terlampau... erk... sepatutnya aku ke kl hari jumaat lepas tapi replanned... perjumpaan aku dengan ex-school mate aku ditunda ke hari senin... takpe... aku cool ajek... lagipun sofea dan mak ayahnya tetiba terpacul kat jasin ni malam jumaat kelmarin... yeaaa... gumbira sungguh hatiku... plan nak ke kl hari sabtu tarus aku cancel dan aku akan pergi bila matahari terbit nanti "sebelum subuh" aku... hehehe... well... aku ada bbq hari ni dengan geng-geng M2RAH tapi tu la... aku rasa kurang best sket sebab korum tak cukup... sorang budak putih tuh kena pergi outstation ke kelantan la pulak hari ni... hampeh tul la majikan dia... hari jumaat baru balik dari outstation di penang hari ahad dah kena ke kelantan la pulak... dah la hari sabtu kena masuk keje kat opis... kesian sahabat aku tuh... nak buat camno... sebagai angkasawanita dia terpaksa menchaiyokkan diri... sabor je la sahabatku...

anyway... disebabkan kami yang lenglain ni lebih pentingkan perut kami... so to say la... hahaha... maka majlis bbq tetap on... nanti kami akan buat potluck masa bulan posa nanti bila korum semua cukup... time tuh baru la ada peluang nak potong cheese cake... hehehe... erk... cheeeese... yummy...

to come back to sofea... alahai cutey cutie makyong's cute comechek anak sedara... lahai... baru tujuh bulan dah pandai berdiri dan dah nak berjalan dah tu... sesungguhnya... like daughter like mother... kepochi... riuh berkicau di pagi hari mengejutkan makyongnya yang masih lena dibuai mimpi... alahai... mucuk mucuk... geram aku ngan baby genius sorang ni... hehehe...

uiks... mak aku pun dah bangun dah tuh... bersiap nak subuh aaa tuh... hmmm... heran gak aku kenapa aku terjaga awal bebenor nih... kena lactose attack kah? hmmm...

ooo... nih aku nak cerita gak... semalam kan... aku pergi bandau melaka... masa aku kat jayjay tuh aku okay ajek... tapi disebabkan barang yang aku nak carik takde di jayjay maka aku ke tesco... mang aiii... terkejut urat safari aku... melaka dah canteeekk... kat traffic light bukit baru ke kampung jambu air tuh air terjun buatan dia dah nak siap oooo... tinggal nak tunggu air ajek mengalir dari atas bukit tuh... kemudian kan... kat peringgit kan... highway peringgit tuh pun dah nak siap dah... perghhh... dahsat tul melaka ni... dila ngan aku tarus jadik inferior... "long, terukkan kita... melaka dah cantik pun kita tak tahu... memang kita nih hampeh orang kl tul la..." aku kata, "kita ni bukannya kl sangat pun... cuma sebab negeri kita adalah jasin... tu la pasal jiran negeri kita punya pembangunan pun kita tak perasan... tapi tul la... sangap tul kita ni... patut la ramai members aku yang ke melaka recently asyik dok memuji-muji melaka... cheh..." dan alf menyampuk, "erk... long, kau bukan orang kuala lipis pahang ke?"... sesungguhnya alf itu memang hampeh :p

realiti... walaupun dari segi infrastrukturnya melaka memang sah membangun... namun, aku ingat rakyatnya masih ramai yang tidur dan mengigau... aku semalam beberapa kali telah di'kejut'kan oleh kebrutalan pemandu-pemandu kenderaan di melaka... mang aiii... mengalahkan kl dan penang drivers la pulak mereka ni... heran tul aku... adakah aku dan maniob yang terlalu siput atau mereka yang terlalu 'kencang'? aku masih keliru beb...

erk... wokkehla... cecukup la aku merepek meraban di pagi hari cenggini... siang karang aku nak ke bangi... dila kena ikut aku... escorte de la mar... hehehe... buhsan seh memandu sensorang ni... nak bawak alf... uish... mahu habis sereban ayam kat umah sahabat aku tuh... hahahaha... takpe... semalam aku dah bribe dia masakkan mac and cheese untuk dia... mang aiii... sehingga menjilat periuk... hehehe... hari ni aku nak masak mac and cheese agik untuk bbq kami tuh... iskh... still rasa tak best sebab tak cukup korum... uhuk... uhuk... esok hari senin lepas sesi ghonjeng ngan dua orang footballers tuh aku balik la semula ke jasin ni... pekdah dok kl lama-lama... aku pun bukannya kaya bonar pun nak lepak lelama kat sana tanpa ada reason yang kukuh... aku ni nama aje baru dapat duit claim mengajar tapi hampeh... dah abis dah pun duit claim aku tuh dok pi bayaq hutang bank... kang tak bayaq kang dok cheq jugakkk la yang kena saman ngan loyar... kosa cheq... uiks... ter'penang' la pulak lidah aku ni... itu tandanya... tapi bila yek? aku ingat nak pi balik hujung bulan ni lepas supervisor aku abis deepavali... erk... supervisor aku masih nak ngaku ke aku ni supervisee dia? hmmm... aku dah terasa macam kena disown jek ni :|

oh ya! nih ada interesting stuff dari RealAge yang nak aku letakkan jugak di sini:

Getting along with your supervisor or supervisees may be a recipe for good health.
In a study, people who worked for someone that they perceived unfavorably had higher blood pressure readings compared to people who perceived their bosses favorably. Keep communication lines open with your supervisors to help reduce stress levels. If you manage others, brushing up on your people skills could help their health.


a good point to ponder... kan... kan... kan... okeh la... erk... brapa banyak okkeh daaa... okeh la... aku kena ciao duluk... kang melelas la pulak tangan aku ni... tangan aku injured... salah urat kot... tapi dah okeh sket bila dak dila dan alf dok ngurut aku ngan franch oil... better aaa sket... ntah pasal ntah... tetiba ajek terpeleot... kifarah dosa tak menjalankan tanggungjawab kot... cash on delivery tu... blewp... okie tokie... till later i don't know when... ciao duluk!


note: plan for this morning... teguk nescafe satu gelen supaya tak ternanar-nanar masa mandu ke bangi nanti... hahaha... aku bukan seorang morning person... hahaha...

p/s: kepada siti osmate aka landlord aku di penang, rest assured... i'll be baccckkk! ;-)

Tuesday, October 14, 2003

waaa... dah nak masuk rabu dah... punya la teruk aku knocked out selama dua hari... ntahnyer... tah hapa-hapa tah... baru marking 44 literature scripts dah nak pengsan dua hari... tuh belum marking 100 atau 200 papers agik tuh... sesungguhnya... aku memang pentan... hahaha...

so, trip aku ke KL khamis lalu memang boring... boring dalam erti kata aku tak dapat nak bawak adik-adik aku brahuha jalan-jalan pusing KL... plan nak pergi ke KLCC lawat Petrosains pun terpaksa aku mansuhkan... kesian alf ngan dila... ALF? yup! alf... mamat tuh habis final paper PMR - SEJARAH - pada pukul 4 petang... maka dengan pantas dia pun okay ajek teman aku ke KL untuk kerja marking memarking over the weekend... kemudian aku pun menjemput dila yang jugak baru habis final exam dan akan bercuti selama sebulan... waaa... meriah tul! tapi sayang... aku nih slow banyak bila bab marking papers ni especially sekiranya ada answer scheme yang perlu aku ikut maka sungguh skema la aku jadiknya... blewp... hahaha...

maka... kami pun berkurung di rumah kakak sahabat aku di damansara... melata di sana seolah-olah rumah itu kami yang punya... lenjan astro sampai pagi... ruang tamu jadik port tidur selerak... perghhh... sungguh melata... erk... mana tuan rumah? kakak wan sekeluarga tak ada di mesia... mereka di uk... buat phd... maka rumah itu di bawah jagaan adiknya aka sahabat aku... maka... apalagi... kami melata la sepuas-puas hati... hahaha... erk... terima kasih yek tuan rumah dan adik tuan rumah... terima kasih daun keladi... hehehe...

jumaat, sabtu dan ahad... kami berkurung di damansara... keluar hanya untuk mencari berpinggan-pinggan makanan... aku nampak alf semakin bulun... hahahaha... ahad petang aku dilanda trauma sebab kena tabulate marks... pergh... me and numbers? i'd rather die... hahahah... maka... setelah mencungap-cungap dan panik-panik isi borang markah (itu pun dengan belas ihsan pertolongan miot yang terer dengan numbers... hehehe... thanks dear) maka dalam pukul 8 malam... settle semuanya... alhamdulillah...

kami makan-makan di shah alam seksyen 13 (aku tak makan seharian woooo)... dan disebabkan ayah dah tepon suruh aku balik cecepat... erk... risaukan si alf lanih... pergghhh... leceh tul bawak anak bongsu ni jenjalan kan kan? hehehe... maka... zrassss... aku balik ke melaka ikut laluan NKVE... mang aiii... oh i seee... sungguh terang benderang highway laluan ke sepang nilai tuh... oh i seee... terasa seperti berjalan di taman yang indah tuh... oh i seee... hehehe...

siapa kata aku tak ngantuks? malam tuh masa memandu... madang ajek ternanar-nanar... dak dila dah cuak asyik dok reminded aku yang dia dan aku lum kawin agik dan faiz plak ada oral english esok pagi... cheh... maka kami terpaksa berhenti di r&r seremban... belikkan diri aku kuih pau dan jajan old tie (kerepek ubi) sebagai teman perjalanan ke melaka... aku ni kalau mulut busy mata sure tak jadi nak lelap... maka... oleh itu... sampai la kami ke melaka dengan selamat dan jayanya tanpa ada incident ternanar-nanar... muahaha...

senin dan siang tadik... takyah cerita aaa... gila menyakitkan hati ajek... erk... apa? cerita? okaylah... aku cerita... aku tidur sepanjang hari aaa beb sampai ayah aku naik risau... hehehe... otak aku penat ooo... kena la tidur... keh keh keh... kesian ayah sebab dok risau pasal aku yang kelihatan sungguh koma... hehehe...

namun... adventure aku belum habis agik... kelmarin di damasara... adventure tersekat namanya... hehe... aku masih ada plan bayyyeekk punya untuk hujung minggu ni... tapi... takpe aaa... esok lusa aku cerita... jasin hujan la pulak tetiba... best untuk mengcoccoonkan diri di bawah selimut... hahaha... tapi sebelum tuh aku nak jengok alf dan dila kat depan... diaorang tengah layan Kotoko dan Naoki kat depan nun... cheh... hampeh... layan cd cerita jepun tak ngajak aku bebudak ni... dushummm!!!


note: aku happy? hahaha... topeng ajek tuh... hanya topeng semata-mata...

p/s: Mac and Cheese sungguh nyummy... hehehe...

Thursday, October 09, 2003

yup! aku masih di sini...

belum pergi ke central agik... lepas lehur aku pergi la... "pergi la kalau tidak kau akan menyesal" :|

Banana Boat Song (Day-O)
by Harry Belafonte

Day-o, Day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home
Day, me say day, me say day, me say day
Me say day, me say day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home

Work all night on a drink a' rum [aku tak minum arak daaa]
Daylight come and me wan' go home
Stack banana till the mornin' come
Daylight come and me wan' go home

Come, Mister tally man, tally me banana
Daylight come and me wan' go home
Come, Mister tally man, tally me banana
Daylight come and me wan' go home

It's six foot, seven foot, eight foot BUNCH!
Daylight come and me wan' go home
Six foot, seven foot, eight foot BUNCH!
Daylight come and me wan' go home

Day, me say day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home
Day, me say day, me say day, me say day...
Daylight come and me wan' go home

A beautiful bunch a' ripe banana
Daylight come and me wan' go home
Highly deadly black tarantula
Daylight come and me wan' go home

It's six foot, seven foot, eight foot BUNCH!
Daylight come and me wan' go home
Six foot, seven foot, eight foot BUNCH!
Daylight come and me wan' go home

Day, me say day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home
Day, me say day, me say day, me say day...
Daylight come and me wan' go home

Come, Mister tally man, tally me banana
Daylight come and me wan' go home
Come, Mister tally man, tally me banana
Daylight come and me wan' go home

Day-o, day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home
Day, me say day, me say day, me say day
Me say day, me say day-ay-ay-o
Daylight come and me wan' go home



kami kemabukan pisang... pokok-pokok pisang ayah pesat mengeluarkan buah... pisang nangka... pisang nipah... pisang tanduk... bertimbun di dapur... goreng pisang... kerepek pisang... pengat pisang... cekodok pisang... gulai lemak pisang... segala-galanya berpisang-pisangan...

hmmm... musykil... kenapa aku masih tak lawas jugak jugak
hmmm... kepala aku pening... rasa mabuk kepayang...
hmmm... mungkin angin taik dah naik kepala kot!

enyah saja kau tahi!

Tuesday, October 07, 2003

brrrr...

aku dah fresh... baru lepas mandi dengan mandian menthol dan shampooan menthol... ditabur pula dengan bedak menthol... brrrrr... nasib baik aku tak merokok... else... mau gak aku tibai rokok menthol... muahahaha...

aku berjaya suppressed blues aku... nak tahu rahsianya? senang ajek... berlawanlah dengan purple monsters dan evil cactuses... muahahahaha... ntah bila ntah aku terjebak dalam arena main game ni... hampeh tul la influencer aku tuh... hahahaha... ;p

anyway... aku sudah siap siaga untuk ke pasar malam kesang... fuyyooo... kampung aku dah ada pasar malam sendrik tuh... ganas... ganas... maka... aku ingat nak meronda seround dua kat pasmal tuh... ayahhhh... nak duit... hehehehe... jangan ooo... aku berposah kerja part-time dua bulan lebih sampai kerja utama aku pun tersedak-sedak ni... namun... sob... sob... sob... sesen gaji pun aku lum dapat lagi ni... hampehs... hampehs...

erk... esok atau lusa aku akan shah alam agik... belum buat decision samada esok atau lusa... best tul coccoon aku ni... comfy... sejut... siap ada bantal busuk agik... hahaha... okay aaa... aku chahlo duluk... sajer jek nak lawat awang kenit ni kejap... hehehe... tatatititutu...

Tengkorakku Bocor

tengkorakku bocor
berlubang di sana sini

darahku memancut-mancut tanpa henti
otakku berdenyut perlahan
menanti masa...
sarafku mula terasa dingin
menanti masa...
ingin aku laungkan kesakitan ini
tiada manusia mampu faham

tengkorakku bocor
berlubang di sana sini
menanti masa...



aku ditekan dari setiap penjuru... dan... aku mula rasa tertekan... semula :|

jangan kau tekan aku
aku mungkin patah
jangan kau paksa aku
aku mungkin berundur
jangan kau leteri aku
aku mungkin lari

jangan...

kerana aku juga seorang insan
punyai kemahuan sendiri
punyai naluri sendiri
punyai nafas sendiri

izinkan aku menongkah arus ini dengan caraku sendiri...

Monday, October 06, 2003

muahahaha... alas!

dah habis dah kerja part-time aku di shah alam... khamis lepas hari terakhir aku mengajar di situ... ku sangkakan semuanya dah berakhir tetapi cheh... belum rupa-rupanya... aku kena marking those students punya final exam papers la pulak hari khamis ni... cheh... baru aku ingat nak masuk semula ke cengkerang aku dan berbungkus tidur dengan jayanya... hampeh! ;p

sabtu dan ahad aku dipenuhi oleh acara tidur-tidur sahaja... gila koma aku... aku pun tak berapa pasti kenapa aku koma sangat semalam dan kemarin... hmmm...

5 sebab kenapa mummy suka tidur:

1. tidur best... boleh berdengkur... boleh melawat alam fantasi... boleh memproduktifkan hasil pengilangan air liur basi... boleh kentut tanpa rasa self-conscious... muahahahaha...

2. knocked-out... gelap gulita yang best...

3. pause! boleh pause daripada ingat pada segala macam masalah... pause daripada reality sebenar kehidupan... pause daripada trauma kehidupan... pause daripada segala macam kekeliruan dan ketidakpastian... erk... macam ala-ala escapism aaaa... kononnya la...

4. tidur adalah salah satu daripada hobi-hobi yang best... takde kos... apa yang diperlukan hanyalah... bantal, tilam dan kipas angin ajek... hobi yang murah gila ading dong...

5. finally, tidur... kenapa tidur yek? sebab aku dah takde life dah kot... gila boring... gila mandom... gila tak bertenaga... erk... lame! huh... sebab aku suka tidur laaa... apparaa... oleh itu... mari kita tidur dan tidur dan tidur dan tidur dan tidur... huarghhhh... zzzzzzzz...

begitulah adanya... eh... mengantuks lagi la... aku nak pergi tidur lagi la... ciao! zzzzzzzzzzzzzzzz...


p/s:

SELAMAT MENDUDUKI PMR WAHAI ALF ADIKKU!

GAMBATE!

CHAIYOK!


Sunday, September 28, 2003

Wind of Change

friday, i had a two-hours replacement class with my students... we continued with the discussion on charlie's, the protagonist of Flowers for Algernon, progress reports after he came back from the convention in chicago and we analysed the highlighted lines together... it struck my senses into a swelling numbness when the issue on people's acceptance of changes was put under the blazing spotlight...

zoom in - 75% magnification

Charlie Gordon was a mentally retarded adult of 32 years old. Due to his determination and eager intention to get smart and to make many friends, he was chosen by Prof. Nemur and Dr. Strauss as a "specimen" in an experiment to increase human's intelligence through a brain surgery. The experiment was proved to be a success, initially, when it was performed on Algernon, a white mouse. After the operation, Charlie's IQ had increased from 70 into an IQ of 185. He was a complete genius. A genius who was able to speak many languages including the ancients' and also to digest and discuss unlimited branches of knowledge from the fields of literature, politics, religion, arithmetics, psychology, and many more. His sky-rocketed intelligence, though it was not proportionate with his emotional development, had obviously turned him into another different person. The once innocent and likeable Charlie ceased to exist anymore. He had become a new Charlie. His changes scared his friends at the bakery, irritated Alice Kinnian - his former teacher and his present lover -, and intimidated Prof. Nemur's intelligence as the mastermind of the experiment.

The heat started when we were discussing about Charlie's intention to meet his father, Matt, and tell him that he was Charlie, the son that he had left at the bakery under the hand of Mr. Donner. However, Charlie faced an internal dilemma whether to introduce himself or not. He kept quiet, unable to find the strength to uncover the truth that he was no longer Matt's dumb son. Fear enveloped him. He was afraid Matt could not accept his change.

I wasn't his son. That was another Charlie. Intelligence and knowledge had changed me, and he would resent me - as the others from the bakery resented me - because my growth diminished him. I didn't want that.


I asked my students, "Is it true that people can not accept changes that have happened to their relatives or their best friends?"

They answered, "Yessss... it is difficult for us to do so."

"But why? I don't understand... why must we afraid of changes? Okay... fine... there should be difficulties to accept changes if those changes direct our relatives or friends into an abyss of darkness but I think that there should be nothing wrong if those changes are into betterment... for the positives. Erk... can somebody please enlighten me? I am a bit confused by your response."

One of them answered, "C'mon Miss... are you sure that it is easy for you to accept changes? If I were Charlie's father, I would run away after Charlie told me that he was my son. Changed and intelligent. No... no not me... Sure it is difficult for me to accept changes especially from those who are very dear to me. Drastic changes would be the most difficult one. Eventhough a person is changing infront of me... still... I would have to take some time to adjust myself in knowing and accepting the new he/she."

"Yup! Well-explained... yet I am still wondering on the most convincing reason of why it is truly difficult for us to accept changes. We need to change in order to be successful. We need to change in order to become progressive beings. We need changes. Therefore, it is not too much to assume that people should accept changes open-mindedly. Shouldn't they? Shouldn't we? And then why a change in someone that is close to us seems like a threatening matter to be dealt with? Why? Any other views on this matter?

The discussion went on and on and on. I kept throwing questions and confusions to exercise their creative mind. The class ended with lots of issues to be further pondered... treatment of mentally retarded adults by the society... the pros and cons of "playing God"... intelligence vs. emotion... etc.

zoom out - end of magnification

I was deeply satisfied... yet... confused. Satisfied because my students were actively using their brains. Confused... because... yup! I am just a human. The one with many flaws and rooms for improvement. Though I view changes healthily, still, it is difficult for me to accept any observable changes that are happening to my closest friends and relatives. I am confused because I still do not know why I feel that way. I shouldn't. It is not fair for my closest ones to not change just because I don't want them to. They have the very rights to mould their own life and their own personality. I should not be that hideous boulder to block a river from flowing in peace.

Anyway, one thing for sure. I know that I am changing too. Unfortunately, my changes are those the not-good-ones. I do not know whether it is noticeable in the eyes of the others. Dila definitely notices it because she is here besides me 24/7. Yup! I notice it too and I totally do not like it even a bit. I want to be the old Mummy again. I do not want this ugly stupid Mummy. The difficulty to accept observable changes in my closest ones is one of the reasons that has triggered the changes. It made me tacky and careless with my words. Those words which I believe might leave scars in their hearts.

Yup! It is true. The closest you are with somebody, the most difficult it is to say out loud what you feel and what you think. There are hearts to not be slashed into pieces. There are feelings to not be scratched. There are souls to not be bathed in tears and blood. We are living in a cultured society, a complete Muslim Malay culture and tradition. There are ways, nice and polite ways, to say no and to disagree with others. The inability to communicate those ways would make matters worse. Friendship and ukhuwwah are unwillingly placed in a great jeopardy. Matters worsen. Life is just a pretense. On the surface, we smile at each others and exchange hugs and kisses. Deep down inside, there seems to exist a silent feud, ready to tear two innocent souls apart.

And... these are all because of the inability to accept changes in others with an open-heart. To let time beats us. To let the sound of ticking clock booms in our ears. To accept things as they are. We are evolving. We change with the every passing of time. It is impossible to stay young forever. Sooner or later, we will have to carry adult responsibilities on our shoulders. There is no room for brahuha. There is no room for late night escapades. There is no room for giggles and merriments. Isn't there any room? Or, is it us who cast away those rooms?

Hence, I rest my thoughts for tonight and hoping that the remaining one week in Shah Alam would bring me joy and happiness...


Whistle Down the Wind

Whistle down the wind
Let your voices carry
Drown out all the rain
Light a patch of darkness
Treacherous and scary

Howl at the stars
Whisper when you're sleepy
I'll be there to hold you
I'll be there to stop
The chills and all the weeping

Make it clear and strong
So the whole night long
Every signal that you send
Until the very end
I will not abandon you my precious friend

So try and stand the tide
Then you'll raise a banner
Send a flare up in the sky
Try to burn a torch
And try to build a bonfire

Every signal that you send
Until the very end
I'm there

So whistle down the wind
For I have always been
Right there
Oh yeah

Sunday, September 21, 2003

Hidup Berhikmah

uiks!

ieargghhh... bestnya bermalas-malasan di rumah ni... rasanya macam takmo balik kl ajek esok pagi... iearghhhh...

sememangnya minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk tetapi hmmm... sedikit tenang... di permukaan... namun... di bawahnya... bergelora berpusar macam lubuk maut... hehehe...

Cerita Accident

pagi jumaat... aku ada kelas ganti dua jam dengan students aku... 8-10 pagi... malang tak berbau... pagi tu semasa aku dalam perjalanan ke kampus... di tepi roundabout masjid shah alam tu... aku telah dilanggar oleh sebuah kereta peugeot... kereta sporty yang sebijit jenis macam kereta siti nurhaliza dalam video klip dia dengan rosyam nor tuh... hampeh... aku tak terperanjat... malah aku hampir tak sedar yang aku telah dilanggar dari belakang... cuma aku terasa macam ada bunyi sket dan maniobi terkedepan sedikit.. huih... nasib baik depan aku tak ada kenderaan lain... else... mau panjang ceritanya... dah la aku dah sedikit terlewat ke kelas... blewp...

yang buat aku perasan aku telah dilanggar tuh ialah bila mana aku kerling rear mirror aku dan nampak ada kereta peugeot marroon bagi signal berhenti... sah... maniobi telah dilanggar... kesian maniobi... mementanglah status quo dia di tahap just a kancil... tapi aku tahu perasaan perit yang dilalui oleh maniobi... maka... aku pun berhenti dan keluar dari kereta aku... seorang gadis remaja melayu keluar dari peugeot tuh... mang aiii... pucat betul muka adik tu... kelihatan seperti budak baik dan innocent ajek... dia seorang ajek... maka aku pun...

aku: why did you bump into my car? (dengan nada yang serious gaya seorang pensyarah... hahaha... teromputih la pulak pepagi buta camtuh... almaklumlah... aku dah mindsetting bahasa omputih sebab memang pagi tu aku nak pergi mengajar english literature... nasib aaa... hahaha...)

adik tu: sori... sori... i didn't see your brake light... i thought you were moving forward...(menggigil suara dia)

aku: oh dear... of course you couldn't see my brake light because i didn't step on my brake... i slowed down by changing gears... didn't you see a pakcik on his motorcycle passing infront of me? i had to slow down...

adik tu: sorry... sorry... i am sooo sorry...

aku: you should have maintained your distance and should not assume much... (aku seperti mahu memulakan pep-talk... hehehe...)

adik tu: how much do you want? i'll pay...

aku: (waaa... ganas tul budak ni...) are you a student?

adik tu: yes.

aku: uitm student?

adik tu: no... uia student...

aku: (lerrr... ) in which year?

adik tu: first year.

aku: hmmm (sambil check apa yang dah terjadi pada belakang maniobi) it seems that nothing much has happened... okay... just twenty ringgit to change the broken plat number (adik tu pergi ke kereta dia nak amik duit... muka dia... still pucat...)

adik tu: erk... i'm so sorry... i don't have small change... i have only 50 ringgit (alamak! trouble... aku pun takde sen ni... semekin beb... camna nak pulangkan 30 ringgit dia... aiyooo...)

aku: erk... 50 ringgit can also do... in fact... i've noticed that my bumper is slightly lowered... (damn! i felt really weally bad... terasa macam road bully la pulak)

adik tu: nah... sorry ya kak... i'm terribly sorry... i am a bit groggy this morning...

aku: (fine... kurang sket rasa bersalah aku... dia yang groggy dan since dia nampak ikhlas nak bagi 50 ringgit tu... aku pun terasa slighly better... hehehe...) okay... thanks... and next time... do drive carefully tau... terima kasih...

aku chahlo... zrasss... ke kampus... lambat 15 minit... hampeh... hanya 2 sahaja students aku yang baru sampai... hampeh... hampeh... nasib baik la aku ni hanya part-timer ajek kat situ... so... i reserve my comments... sekian... terima kasih...

_______________________________________

haaa... itu la dia major event yang berlaku dalam hidup aku minggu lepas... aku okay ajek... in fact apa yang berlaku adalah satu hikmah buat maniobi... ayah dah tolong tukarkan plat kusam yang tinggal separuh tu kepada plat yang putih berseri lagi mantap... huh... memang plat number tu 20 ringgit... (aku ingat... kalau aku terserempak ngan budak tu di uia... aku nak pulangkan la 30 ringgit dia... aku masih terasa jahat ni...) dan... tarus ayah aku servicekan air-cond maniobi serta touch up sket bumper maniobi tu... sekarang... berada di dalam maniobi seolah-olah berada di dalam peti sejuk... hehehe...

hujung minggu ni semua orang balik jasin except arif... dia ada exam... kami celebrate besday mak malam semalam... dinner seafood bakar di umbai... HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK! petang tadi angah sekeluarga dah balik ke jaybee... esok aku akan bertolak balik ke shah alam bersama dila... dia sedang dalam revision week... kemudian... selepas habis kelas di shah alam... as usual aku akan ke gombak... malam esok ada majlis... erk... mestikah aku pergi? hahahaha...

okie... babai for now... aku nak beradu mata... hehehe... see ya later!

tazkirah: maaf-memaafi adalah amalan yang mulia... to err is human... maka... buangkanlah yang keruh dan ambil yang jernih... to forgive is divine... insya-Allah... hidup akan diberkati :-)

Wednesday, September 17, 2003

rabu!

tidakkkkkkk!!

pish... posh... pish... posh...

PANIC ATTACK!

pish... posh... pish... posh...

tidakkk!

muahahahaha...

toing! toing! toing!

erk... apa yang aku mengarut ni?
nampak macam tak ada idea?
nampak macam kosong tak ada isi?

hahahaha....

tepuk kepala hentakkan ke dinding...
the truth is out there!

Sunday, September 14, 2003

Janji Diana... Janji Mummy...

aku baru lepas menonton cerita Janji Diana... aku jumpa cd cerita tu dalam bilik bayeed... walaupun aku not into malay movies tapi aku tetap sokong filem tempatan... aku tak anti filem tempatan cuma kengkadang tu ada beberapa filem yang aku tak boleh nak hadam dek mutu isi cerita dan mesej yang mengelirukan dan aku rasa it's better for me not to watch those confusing films... tetapi... Janji Diana ternyata tidak mengecewakan aku... gandingan rosyam dan erra memang mantap dan mampu membuatkan aku meneruskan aktiviti menonton... ianya sungguh mengesankan sebab ending dia berjaya membuatkan aku menaburkan air mata... hampeh! tak machess sungguh... hahahaha... ntahnyer... mungkin kisah diana dan haikal tu telah mengingatkan aku tentang pengalaman pahit manis aku dengan kejadian Tuhan yang bernama lelaki... hmmm...

malam semalam aku bermimpi... aku telah menemui sahabat lelaki aku yang paling istimewa di dalam hidup aku...



aku mula kenal dia semasa di matriculation center dahulu... dia sememangnya sungguh istimewa... aku gelarkan dia robinhood sebab dia seorang archer... alaaa... lebih kurang macam legolas dalam lotr tuh... nasib baik time tu lotr belum dibuat movie... else... mesti aku dah panggil dia legolas... hehehe... erk... in fact... susuk tubuh dia memang macam legolas... cuma a legolas with a chinese look... hehehe... memang hensem orangnya tetapi suka low profile... dia ni aktif dalam taekwondo dan juga program-program motivasi... aku kenal dia pun bila sama-sama jadi facilitator semasa program motivasi di samten... best betul kawan dengan dia ni... dia kawan dengan aku tanpa meletak apa jua syarat... dia boleh terima aku dengan seadanya... dia boleh terima kebrutalan aku... dia boleh terima kechubbian aku... dia boleh terima kepentanan aku... malah... dia okay ajek ngcall aku dan bergayut di tepon dengan aku berlama-lamaan walaupun dia di pahang dan aku di melaka... terharu betul aku... dia banyak bagi aku sokongan moral dan masa aku sedang belajar memandu dulu... dia selalu bagi aku pep-talk keselamatan di jalanraya... truly... we are just friends...

aku pernah jugak terasa macam nak jatuh hati pada robinhood... aku cuba buat beberapa perkara untuk bagi dia perasan yang aku sukakan dia more than as friends... aku buatkan kad raya giant untuk dia... many other lovely stuffs... dan... sampai aku berterus-terang kata aku suka kat dia 'lebih'... namun... dia memang a gentleman... dia tak chicken out dan melarikan diri dari aku... dia hanya kata kalau dia nak ada special dia tak mahu dari universiti yang sama dengan dia... sungguh gentleman dan bijak cara dia mengatakan tidak... ibarat menarik rambut dari dalam tepung... rambut tak putus... tepung tak berselerak... aku faham dan akur... apabila aku hitung-hitung kembali... dengan kadar kepentanan aku dan kadar kebaikan dia... aku ingat... he deserves a better woman... aku ni memang kurang sesuai dengan dia... dan sesungguhnya kami hanya boleh bersahabat sahaja... alhamdulillah... that's fine with me and indeed his friendship is the greatest gift for me :-)

aku masih ingat lagi masa graduation day di bukit jalil... robinhood broke free from his circle of male friends just to come to me untuk bertanyakan khabar dan mengucapkan tahniah... aku rasa kagum... dia ni tak ada ego sebagai seorang lelakikah? hmmm... sehingga kini keperibadian dia masih menjadi sebuah misteri untuk aku...

aku masih ingat lagi... aku ada di kuantan... di rumah wancu semasa minggu perkahwinan dia... aku called dia dan kata nak jumpa untuk memberikan hadiah perkahwinan dia... zrassss... dia terus ke rumah wancu walaupun dia baru sahaja sampai daripada rumah isterinya di central... aku ingatkan nak ajak dia keluar takut-takut dia segan dengan family aku tetapi amazingly dia kata dia okay ajek dan terus dinner dengan mak, ayah dan wancu sekeluarga... sesungguhnya keperibadian dia memang ternyata menakjubkan...

aku masih ingat lagi... dia sedikit berkerut bila aku katakan yang aku rapat dengan siapa pada waktu itu... tapi aku pentan... tak faham... mungkin dia kurang setuju dengan kenalan aku tu... cuma kini bila aku renung-renungkan kembali... baru aku faham... dia kenal kenalan aku tu dah lama dan mungkin dia tahu keperibadian kenalan aku tu... erk... anyway... everything was over between aku dan kenalan aku tu... itulah dia... kali terakhir aku jumpa robinhood... di kuantan... tahun 2000 kalau tak silap aku...

malam semalam aku bermimpi... aku bermimpi robinhood datang berjumpa aku dan meminta pertolongan... aku kurang pasti... mimpi aku samar-samar... erk... risau gak hati aku ni kalau dia benar-benar ada masalah... anyway...anyhow... mimpi hanya mainan tidur... lagipun aku tidur dalam keadaan tidak berwuduk semalam... hmmm... aku doakan agar robinhood, isteri dan keluarga agar senantiasa di bawah lindungan Allah dan semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang memperolehi kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat... aminnnn...

begitulah kisah aku dan seorang insan yang bergelar robinhood... kisah manis aku dengan seorang insan bergelar lelaki... erk... mungkin the only kisah manis sebab selebihnya sungguh pahit macam hempedu... aku bersyukur alhamdulillah... sebab... aku tidak menjadi seperti diana... aku bukan diana... aku adalah mummy... mummy yang seperti karang di lautan... indah dan cantik dipandang... hehehe... namun tahan dek bedilan ombak lautan yang sentiasa bergelora... karang yang misteri... lembut di lautan... keras di daratan... gitu-gitulah... hehehe...

okie dokie... esok kelas aku mula jam sepuluh pagi... nampak gayanya aku kena bertolak dari jasin seawal tujuh pagi... harap-harapnya aku tak dilanda morning blues esok pagi... hahaha... indeed... from tomorrow until friday aku akan mengalami a hectic week... aku ada sebelas jam kelas yang perlu aku conduct... dengan kelas gantinya la bagai... perghh... melelas... kaki ooo kaki... janganlah engkau pentan ek!

babai dulu! ;-)

note: aku tak blues... aku hanya nostalgialistic ;p

SIGHNOMORE aka Awang Kenit (its nickname daaa...)

whoa... i've forgotten something! tidakkkkk... ampunnnnn...

perghh... punyalah kusut masai aku ni sampai aku terlupa nak menyambut anniversary sambutan ulangtahun pertama kelahiran sighnomore di bumi maya ni... teruk betul aku ni... lousy sungguh... kesian awang kenit aku ni... tuan dia terlupa besday dia pada 6 september yang lalu... alahai... lahai...

dah setahun dah... pejam celik pejam celik... memang sungguh cepat masa berlalu... aku ingat lagi masa mula-mula aku create sighnomore... masa tu aku memang dalam keadaan blues... boring... lonely... dan terasa sangat mandom... aku di penang... dan emotionally aku memang tak stabil... erk... bukan maknanya sekarang ni otak dan emosi aku dah cukup stabil tetapi it is improving dan better sebab aku malas nak fikir banyak-banyak dan malas nak layan blues... we are what we think... aku ikut aje flow kehidupan aku... menunggu masa yang sesuai untuk membuat satu reformasi mendadak... hehehe... lagipun aku ada major distraction sekarang ni... aku ada tugas mengajar... memang aku tak ada masa untuk blues sesangat... dan... duduk di central berdekatan dengan ayah dan mak juga merupakan salah satu contributing factors untuk aku tak blues sesangat... banyak lagi faktor-faktor lain tapi tak apalah... biar aku seorang aje yang tahu ;-p

kembali ke masa tu... masa tu banyak sangat teka-teki di dalam kehidupan aku... banyak sangat soalan yang memerlukan jawapan... banyak sangat question marks tanpa ada titik noktah... segalanya-galanya berbentuk commas dan dashes serta susunan alphabets yang tunggang terbalik serta langsung tak make sense... selama dua tahun aku cuba bertenang dan mencari jawapan... alhamdulillah... kini... sedikit demi sedikit aku mula nampak jawapan kepada soalan-soalan yang mengelirukan tu... walaupun masih banyak yang belum terjawab tetapi aku sabar menunggu...

aku create sighnomore di atas pertolongan sifoo... dia yang introduce aku ke alam blog ni... mula-mula aku memang rasa cuak... of course... because it means that anybody can access my thoughts, feelings and emotions... then later i thought... what the heck... aku bukannya perlukan audience... audience tak penting... yang paling penting ialah supaya aku dapat menyalurkan blues aku keluar... macam buang toksik daripada badan... lebih kurang begitulah... dulu aku pernah tulis diari tetapi ntah macam mana ntah ada juga orang yang 'ter'baca diari aku tu di luar pengetahuan aku... so... again... what the heck... daripada orang 'ter'baca diari aku... baik aku buat journal atau diari di internet... hah... siapa nak baca boleh baca... siapa tak mahu... alhamdulillah... aku dah paparkan almost everything di sini... erk... still... cuma ada satu aje kelemahannya iaitu yang payah dan tak bestnya ialah aku terpaksa adjust penggunaan bahasa aku dan juga masih ada banyak perkara yang tak boleh aku curahkan sewenang-wenangnya... masih ada 40% yang terpaksa aku pendam bungkam sepi... kita hidup bermasyarakat... perlu berbasa-basi sedikit agar tiada yang terkucil hati dengan apa yang aku luahkan... aku tahu... pasti ada audience di luar sana yang kenal aku dan kalau tak kenal pun still... i am a human being yang mempunyai adab dan budaya... insan yang mempunyai batas sempadan di dalam setiap perlakuan dan pertuturan... hmmm... bukankah itu satu tanggungjawab yang perlu aku laksanakan terhadap diri dan kebudayaan aku sendiri? freedom of speech? benarkah kita mempunyai freedom of speech yang mutlak? hmmm...

alhamdulillah... sudah setahun berlalu... adakah sighnomore sudah matang? aku akui... wajah sighnomore masih tetap lebih kurang sama... erk... aku masih belum sempat belajar design page secara mendalam... masih sungguh basic... dari segi content? erk... aku rasa macam tu jugak-jugak... macam tin kosong yang ada dua tiga biji batu di dalamnya... kelentung kelentang bunyinya kalau ditolak jatuh bergolek dari bukit yang tinggi... bluesnya dah kurang tapi kadar kepentanan masih sama... hahahaha... anyway... anyhow... regardless apa yang mereka di luar sana perbentangkan mengenai pengertian blog dan ciri-ciri blog yang baik... aku tetap anggap sighnomore aku ni unggul... numero uno... yehaaaa! apa yang penting bagi aku... asalkan aku tak boring baca berulang-ulang kali apa yang aku dah celotehkan... maknanya sighnomore aku ni memang mantap dan best... hahahaha... erk... mana ek picnic basket aku yang berwarna merah tu? hahahaha...

sesungguhnya aku ni tak reti nak preach berkhutbah dan sememangnya belum layak sebab kehidupan aku sendiri pun masih tunggang langgang haru biru blues... apa yang aku boleh buat ialah menasihatkan diri aku sendiri dari masa ke semasa... nak kongsi ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah pun aku ingat belum larat lagi untuk aku laksanakan secara beristiqamah... hmmm... mungkin satu hari nanti kot... maka... oleh itu... cecukuplah sighnomore ni menjadi medan aku melepaskan angin blues dan gas carbon sulfida... merakamkan saat-saat best dan tak best yang berlaku dalam hidup aku... mengusha dan mengkutatkan mereka-mereka yang best dikutat e.g. alfonso... hehehe... serta of course... untuk mencukupkan statistic bilangan bloggers di dunia... hahahaha...

harapan aku... semoga sighnomore kekal bernafas selagi aku bernafas... erk... dan juga selagi blogger ni masih free... muahahahaha... ciao dulu dude! :-)


An Ode To Sighnomore

sighnomore... sighnomore... sighnomore...
tears
laughters
all are shared equally

a friend in need is a friend indeed
you are always there
to share... to listen... to understand...
to sooth the whining heart
to laugh the stupidity away
to bear the heavy loads of this thorny life

blame the phone line
blame the shillings
blame the account
for the reason of your loneliness

sighnomore... sighnomore... sighnomore...
do sigh no more
me... and... you...
let us face this world merrily :-)


p/s: jutaan terima kasih dan sekalung orkid kepada para pengunjung sighnomore yang sekaligus telah membisikkan kekuatan dan semangat kepada sighnomore untuk terus hidup dan hidup dan hidup dan hidup dan hidup... erk... macam iklan bateri eveready la pulak... lagi dan lagi dan lagi dan lagi... hehehehe... syukran jazilan ek :-)

Friday, September 12, 2003

wahhh... dah hari jumaat dah... huih... cepat sungguh masa berlalu... lip lap lip lap... dah jumaat...

aku ada di rumah... jasin... semjak dari rabu malam... pentan sungguh... aku terpaksa batalkan kelas hari rabu dan khamis serta the suppossed to be replacement classes today... alahai... mau melelas aku kena ganti kelas next week... mengikut perhitungan aku... mau cecah 11 jam aku kena ganti next week... atoi...

kenapa aku batalkan kelas? nope... aku bukannya balik ke penang tetapi aku balik ke jasin... kaki aku bengkak dan sakit menyucuk-nyucuk dari tumit membawa ke betis naik ke peha... saspen gak aku... manalah tau gout ke... uish... 'doktor' aku kat jasin ni kata... sebenarnya kaki aku sakit sebab accumulation of excessive toxic waste kat kaki aku ni... kiranya macam effect dari apple cider vinegar dan klorofil yang aku baru mula berjinak-jinak menjadikan minuman kesihatan harian... aiseh... nak sihat pun kena sakit dulu... maka memang benarlah kata pepatah orang tua-tua... bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian... haahnya... sakit sampai aku tak larat nak panjat tangga ke kelas... erk... tekan clutch ke jasin boleh la pulak... blewp... hahahaha... itulah namanya hendak seribu daya... sememangnya aku tepoten-poten memandu ke jasin malam rabu kelmarin... aku suruh alf tepon aku setiap setengah jam... in case... manalah tau... malang tak berbau... dah la sakit kang ngkalau accident kang... mau sakit lain yang datang... ke tak pun sakit yang satu tuh... huish... nau'zubillah... ngeri aku nak membayangkannya... hmmm... walaupun keadaan kat rumah aku ni sungguh messy... tetapi ntahnya... ada semacam therapheutic elements kat rumah ni... nampak ajek wajah mak dan ayah... apa jua penyakit pasti akan sembuh... muahhhsss... sayang ngan doktor-doktor aku ni... muahhhsss...

walaupun aku pentan... kaki terdengkut-dengkut kena pakai ankle guard... namun manusia yang paling meriah sekali yang tak pepaham yang aku ni sakit dan yang nak jugak-jugak aku bawak dia jenjalan adalah alfonso de albuequerque... hampeh... kaki aku tengah sakit ni pun ada hati nak ngpau aku... so semalam dengan keadaan terdengkut-dengkut aku gagahkan juga ke jayjay... have to go sebab nak bayar bil maxis... leceh tul... baru tak bayar sebulan setengah dah dapat surat lawyer... ntah ke bila ntah dak maxis ni lohrat sangat... dulu okay jek... boring tul... nih yang aku rasa macam nak tukar tmtouch ajek nih... majuk aaah... selepas bayar maxis aku terpaksa layan nafsu gluttony dak alf... alaaa... dia nak makan sphaghetti... layan ajek la... lagipun ada sedikit duit extra baki bayaran maxis tu... hahahampeh... baru aku ingat nak simpan untuk duit minuman maniobi next week... takpe la... alf punya pasal aku ikutkan ajek... kang dia majuk kang siapa pulak yang nak mengurut kaki aku ni.... siapa pulak la yang nak basuhkan dan sidaikan baju sekepok aku tuh... siapa pulak la yang nak basuh dan mengandam maniobi tu... alffff jugak... maka... aku ikutkan ajek la... hehehe... erk... am i spoilling him?

haahnyer... masa petang tuh okay ajek kaki aku... malam... jangan cakap... bertambah-tambah chronic la pulak rasa bisanya... alffff... you are going to pay for this!

erk... baiklah... nanti aku sambung celoteh lagi... kesian sighnomore ni... selalunya aku jengah setiap hari tapi semenjak dua menjak aku kerja kat shah alam ni... jarang-jarang la pulak aku dapat jenguk dia... boleh ajek kalau aku nak jenguk setiap hari tapi tu la... i need to have my own office dan pc dan server yang cargas... hahahaha... own? banyak la songeh... dah part-timer tuh, part-timer ajek aaa... over la pulak... hahaha... aku pun tak ingin nak beropis mepis... aku tak mau rasa terikat... walaupun pada hakikatnya aku memang sedang terikat... erk... any idea how to break free from this tight knot?

Monday, September 08, 2003

huarghhh...

pentan... pepagi lagi dah rasa mengantuks... walhal tidur awal aper... 1.45 pagi... kira awal adingdong aaa tuh... nasib baik tak ternanar-nanar masa memandu dari gumbak ke shah alam tadik... huarghhh... nak kata tak cukup oxigen... rasanya macam terlebih sebab sebelum keluar tadi aku dah meneguk segelas air klorofil... iskh la... tak faham tul aku physiology diri aku ni... ceh...

anyway... my weekend seemed very the very short... manataknya... selalunya aku tak ada kelas hari jumaat tapi last friday aku datang ke shah alam ni untuk frorwarded class... dua jam di waktu pagi... kemudian lepas kelas aku lepak di bukit jelutong... ingatkan petang nak balik ke gumbak... tapi tak jadi... dila demam... maka kami pun berehat sampai sabtu pagi... tengahari quite busy... aku, dila dan es ke majlis perasmian kelas pengajian al-quran secara individu member aku di kampung dato' harun... mang aiii... meriah tul... maksud aku meriah betul acara pertandingan karaoke yang diadakan di depan bangunan kelas mengaji member aku tuh... hehehe...

malam... kami lepak di rumah es... mendobi dan makan-makan... ahad sesubuh sepaie kami balik ke gombak... dila ada ceramah bina tatanegara dan aku... aku... aku yang kononnya chaiyok semalam telah terpentan rugi beberapa jam sebab tertidur kat katil dak dila yang empuk best tu... perghhh... rugi... rugi... lepas habis ceramah btn... kami ke rumah es semula untuk pick up baju yang dah kering... lerrr... dak es ni... siap masak dinner asam pedas dan goreng ikan masin gitu-gitu... perghhh... mencakar tobing tul... malamnya aku tidur bilik dak dila... kenyang dan lena... hmmm... tuh yang aku musykil tuh... kenapa la aku mengantuks terbabas-babas pagi ni... hampeh...

erk... dah lama aku tak bersoal hati kan... kan... tak sempat aaa... memang rasa mencanak-canak nak bersoal hati tapi tu la... tak sempat sehhh... kehidupan aku sedikit hectic dan keliru... nak dapat duduk diam-diam depan komputer buat enam jam straight pun payah... hmmm... nak buat camno... blewp...

erk... okie la... perlu pergi ke kelas ni... babai dulu... erk... harap-harap aku tak tertidur... hahahahaha...

p/s: muring, lawak dikesan... hahahah... silakan... mummy memang mengalu-alukan rakyat marikh ke jasin... yehaaa!